Lelaki ditemui maut dipercayai akibat bunuh diri selepas mengalami masalah dalam percintaan. Kompas melaporkan, dalam kejadian di Kalimantan pada Sabtu itu, mayat mangsa, Wangun, 20, ditemui tergantung di pokok di halaman belakang rumah salah seorang penduduk Desa Lampeong di Kecamatan Pematang Karau.
Polis tidak menolak kemungkinan mangsa membunuh diri selepas menemui pesanan ringkas di telefon pintar miliknya dipercayai ditujukan kepada gadis pujaannya. "Esok, kamu lihat aku bunuh diri di hadapan rumah kamu. Biar kamu lihat mayatku," kata Ketua Polis Daerah Pematang Karau, Inspektor Rochman Hakim, lapor Antara. Malah, hasil bedah siasat juga tidak menemui kesan luka atau lebam akibat pukulan objek tajam mahupun tumpul. "Kami simpulkan kematian mangsa sebagai bunuh diri," ujarnya.
Berdasarkan keterangan beberapa saksi, Wangun sedang mendekati seorang gadis berusia 21 tahun dan meluahkan hasrat ingin tinggal bersama di rumah gadis itu. Bagaimanapun, permintaannya ditolak gadis berkenaan yang ingin tinggal bersama ibu bapanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT