|
Seorang bayi baru dilahirkan maut selepas dicampak ibunya dari tingkat 13 sebuah apartmen di Bandar Baru Farlim, Air Itam, Georgetown, pagi ini. Harian Metro melaporkan, ibu bapa suspek ada di rumah ketika gadis berusia 18 tahun itu mencampak bayinya menyebabkan mangsa parah di kepala. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan mayat bayi berkenaan ditemui penduduk yang mahu ke tempat kerja. Difahamkan, itu kejadian kedua berlaku dalam tempoh dua bulan di kawasan berkenaan. Pada 13 Mei lalu, bayi yang baru beberapa jam dilahirkan ditemui masih bernyawa di bahagian kawasan terbuka flat Persiaran Mayang Pasir 5 selepas dicampak dari tingkat empat.
Sehubungan itu, polis menahan ibu mangsa berusia 18 tahun dan teman lelakinya untuk membantu siasatan. - CARI
|

Allahuakbar. Tak dpt bayangkan. Sedihnya. Aku harap walau secara zahirnya kita rasa baby tu sakit amat, tapi dia tak rasa apa2 semasa habis umur. Kira mcm malaikat sambut dia. Aku berharap mcm tu lah, Allah ringankan kesakitan dia, baby yg tak berdosa suci ibarat kain putih. Aku tak boleh lah kalau kes2 baby, kanak-kanak, haiwan. Tadi baru je murung baca kanak-kanak 5 tahun dirogol dan dibunuh di indon. Makin hari makin sadis manusia, siapa yg binatang takda akal sebenarnya ni? 
ADVERTISEMENT