CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umpan Aiskrim, Kanak-kanak 5 Tahun Diperkosa Dan Dibunuh Kejam

10-7-2020 10:30 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7510| Komen: 49|Original author: Oleh: Cari Azza

Description: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati di tengah sawah, Pasuruan, Surabaya. Mangsa diperkosa sebanyak dua kali oleh tertuduh yang dikenali sebagai MT, 27, yang mendapat kerjasam ...




Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati di tengah sawah, Pasuruan, Surabaya. Mangsa diperkosa sebanyak dua kali oleh tertuduh yang dikenali sebagai MT, 27, yang mendapat kerjasama isteri tertuduh iaitu IM, 19.

Pasangan suami isteri itu tinggal tidak jauh dari rumah mangsa. Kedua-duanya didakwa memujuk kanak-kanak malang itu yang sedang bermain di sungai untuk masuk ke rumah mereka dengan helah membelikan aiskrim pada Selasa lalu, jam 10 pagi seperti dilaporkan Tribunnews.com


Kredit foto : Kompas


Menurut Ketua Polis Daerah Pasuruan, AKBP Rofiq Ripto Himawan menjelaskan pasangan suami isteri itu memujuk mangsa untuk menyerahkan barang perhiasannya iaitu lima utas gelang dan seutas rantai. Barang bukti itu telah ditemui di dalam almari rumah tersebut.

"Di dalam rumah itu juga, MT sempat memperkosa mangsa sebanyak dua kali ketika isteri tertuduh keluar rumah. MT mengakui aksinya itu kepada polis dan hasil bedah siasat menunjukkan ada luka di bahagian intim mangsa."


Kredit foto : Kompas

Lebih malang, mangsa kemudiannya di bawa ke tengah sawah dan dipukul di kepala hingga terjatuh.

"Tertuduh menenggelamkan kepala kanak-kanak tidak berdaya itu ke dalam lumpur sehingga tubuhnya tidak bergerak. Perbuatan kejam suami isteri itu sebenarnya mengelirukan kami."


Lakaran mangsa dibunuh di sawah - Tribunews.com

Entah apa yang berada di fikiran suami isteri itu. Sudahlah menculik mangsa, mencuri barang perhiasan, merogol dan akhir sekali mangsa dibunuh. Jahatnya mereka. - CARI



Selasa sore, jasad korban ditemukan petani yang pulang dari menggarap sawah, kemudian melaporkannya ke polisi. Tidak lama kemudian, kedua pelaku ditangkap berkat keterangan sejumlah saksi yang mengaku melihat pelaku bersama korban. Polisi masih terus mendalami motif pembunuhan tersebut dengan melibatkan ahli kejiwaan. "Motif sesungguhnya masih kami dalami. Aksi suami istri ini di luar nalar berpikir," pungkas dia.

Artikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "Kronologi Pembunuhan Bocah 5 Tahun di Pasuruan, Dijanjikan Es Krim, Dihabisi di Tengah Sawah", https://regional.kompas.com/read/2020/07/08/22370881/kronologi-pembunuhan-bocah-5-tahun-di-pasuruan-dijanjikan-es-krim-dihabisi?page=all#page2.
Penulis : Kontributor Surabaya, Achmad Faizal
Editor : Robertus Belarminus

Bagus
7

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 10-7-2020 10:35 AM
sadisnya.. kenapa lah manusia2 (pembunuh) macam ni wujud..
Quote dewi_rina 10-7-2020 10:43 AM
Edited by dewi_rina at 10-7-2020 10:46 AM

Allahuakbar, yang isteri tertuduh tu takde sifat belas kasihan ke ye ..Semakin bebal takde kasih sayang kat budak perempuan tu
Mintak jauhlah benda2 macam ni dalam keluarga kita
Quote MissyMolly 10-7-2020 10:47 AM
pening baca ni
Quote kuzaime 10-7-2020 10:59 AM
Kenapalah kejam sgt semoga laki bini setan ni dapat hukuman yg setimpal
Aku n maybe kita semua biasa ajar anak utk tidak ambik apa2 barang dr orang yg kita x kenal, lagi baik beringat walaupun org tu mungkin xde niat x baik. Nak2 budak kalau dah kena umpan dgn jajan / mainan. Tapi kes mangsa ni setan 2 ekor ni jiran dia aje pun. Duduk pulak kawasan kg, budak2 biasa keluar pi memana sndiri, budak2 x tau kat luar tu bnyk org tp hati mcm setan
Quote lattehazelnut 10-7-2020 11:02 AM
Seperti biasa standard answer

Perempuan salah sbb xtutup aurat
Perempuan salah sbb gedik
Perempuan salah sbb pakai filter insta
Perempuan salah sbb xpndai masak
Perempuan salah sbb lambat report kes
Perempuan salah sbb tak pandai jaga diri
Quote Kurex 10-7-2020 11:14 AM
Leluhur leluhur..........

Benda pertama yg aku tgk dalam gambar polis tu, kening polis pak rofik
Quote Megikari 10-7-2020 11:28 AM
Speechless
Quote ikanmasin 10-7-2020 11:38 AM
jahat dan kejam...
Quote batmana 10-7-2020 11:42 AM
dua2 psiko kot
jodoh dgn org gila,lama2 jadi gila

Quote ell768 10-7-2020 11:50 AM
gila..takde perasaan...
Quote Beribear 10-7-2020 12:17 PM
Kurang ajar laki bini. Paling perangai busuk sekali laki dia. Harap hukuman dia paling teruk sekali dekat dunia akhirat
Quote PerKasa 10-7-2020 12:20 PM
Edited by PerKasa at 10-7-2020 12:24 PM
EvieWanKenobi replied at 10-7-2020 10:35 AM
sadisnya.. kenapa lah manusia2 (pembunuh) macam ni wujud..

nanti adalah pengikut lobai komen
dah takdir
maafkan jelah
yg memaafkan akan masuk surga
hidup di dunia ini sementara jeberdoa mohon ampun kita pun buat silap



Quote missbigrockstar 10-7-2020 12:21 PM
Murung baca berita pagi ni. Celaka laknat kau suami isteri dunia akhirat.
Damailah kau di sana anak kecil
Quote Xim 10-7-2020 12:22 PM
Gile....buat rakaman utk pedo ke??bini pn baru 19....selalu umur cmni excited nk mlayan suami.....
Quote epuepy 10-7-2020 01:17 PM
Kejiiiii. Kalo anak aku kena buat mcm ni seumur hidup aku x maaf kan.

Bdk2 kot.! Hoii naik BP ari nih
Quote Nenasketum 10-7-2020 02:15 PM
OOOOIII, binatang pun tak perangai macam ni lar. Dahlah brengsek, goblok badigol pulak tu!
Quote shark_eow7 10-7-2020 02:16 PM
tolonglah bagi hukuman mati aje kat org mcm ni. jgn dibiarkan hidup. kesian kt budak tu.
Quote EvieWanKenobi 10-7-2020 03:00 PM
PerKasa replied at 10-7-2020 12:20 PM
nanti adalah pengikut lobai komen
dah takdir

maafkan jelah

amboiii.. kalerpulnya..
Quote dua_chzy 10-7-2020 03:10 PM
lattehazelnut replied at 10-7-2020 11:02 AM
Seperti biasa standard answer

Perempuan salah sbb xtutup aurat

Budak perempuan, dan perempuan, tak sama.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048818 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top