CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cradle Fund - Kesan Haba Tunjuk Tiada Pergerakan Mangsa Ketika Kebakaran

10-7-2020 10:46 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 8197| Komen: 45|Original author: Oleh: kp5x

Description: Tertuduh, Samirah Muzaffar - Kredit foto : The Star"Saya melihad jasad mangsa dalam keadaan terbaring dan nampak ada kesan terbakar di bahagian kepala dan badan. Saya lihat badan mangsa juga lebih k ...
Tertuduh, Samirah Muzaffar - Kredit foto : The Star


"Saya melihad jasad mangsa dalam keadaan terbaring dan nampak ada kesan terbakar di bahagian kepala dan badan. Saya lihat badan mangsa juga lebih kepada terkena haba yang mana bukan kesan kebakaran tetapi kesan kepanasan. Kesan ini berlaku apabila mangsa tidak beralih (bergerak) ke tempat lain daripada punca api." 

Dr Nur Shafaradila Shamsul Anuar, saksi pendakwaan ke-26 yang juga pegawai perubatan di Hospital Sungai Buloh berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam berhubung kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.


Katanya, dia tiba di tempat kejadian jam 1.12 tengah hari pada 14 Jun 2018 dan setelah pemeriksaan lanjut dibuat, beliau mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sekitar jam 1.13 tengah hari.

"Saya membuat pemeriksaan nadi di kawasan leher kanan dan tangan sebelah kanan mangsa.

"Saya dapati tiada denyutan nadi dan saya sendiri sahkan mangsa sudah meninggal kira-kira 1.13 petang," katanya ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rohaida Che Hamid berhubung keadaan mayat Nazrin seperti dipetik dari Bernama.

Ketika ditanya bagaimana reaksi tertuduh pertama, Samirah Muzaffar iaitu isteri mangsa ketika dimaklumkan kematian mengenai kematiannya, Dr Nur Shafaradila berkata Samirah tidak menunjukkan sebarang reaksi, sama ada terkejut ataupun sedih.

"Berdasarkan pengalaman saya, mereka yang kehilangan ahli keluarga terutamanya suami atau isteri akan terkejut dan sedih apabila kejadian seperti itu berlaku. Tetapi, saya tidak nampak apa-apa reaksi pada isteri mangsa (Samirah)," katanya.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 10-7-2020 10:57 AM
Perghhhh... Kejam betul perempuan ni.
Quote Kurex 10-7-2020 11:11 AM
Semoga cash
Quote Orix 10-7-2020 11:26 AM
Gila lah........
Quote tupaiterbang 10-7-2020 12:10 PM
kalau berdarah kelly ng ni mcm2 dia sanggup buat
Quote dudaberhias 10-7-2020 12:37 PM
muka samirah ni mengingatkan iols pada sorang mistress yang masih hidup tapi jadi parasit.

dari muda lagi dia target nak dapat mat salleh kaya, now mat salleh tu la sebagai sugar daddy dia... takde ikatan perkahwinan pun just jadi mistress pada orang tu, dapat la merasa duduk kondo Hempshire Residence, beg Chanel dan bercuti.

Tapi sangat la sombong, siap ada hate page untuk dia
Waiter, customer service tersilap sikit di makinya, di samannya. Padahal bukan kaya pun
Quote epuepy 10-7-2020 01:42 PM
Muka xde perasaan. Laki meninggal kot. Bole dia wat lek wat peace.

Kalo Ai, mau meraung kt situ jugeek
Quote me12345 10-7-2020 01:42 PM
Wow...dalam penjara boleh mekap ye...
Quote shark_eow7 10-7-2020 02:10 PM
samirah. semiramis sangat perangai kau..
Quote missus_meow 10-7-2020 02:35 PM
i wonder what she's thinking now
Quote awekjepun 10-7-2020 03:44 PM
Kes org have have ni mmg lmbt nk selesai ke?
Quote husna_amal 10-7-2020 04:09 PM
Harap cepat selesai kes ni dan terima balasan.
Quote aznizazzadele 10-7-2020 04:43 PM
dudaberhias replied at 10-7-2020 12:37 PM
muka samirah ni mengingatkan iols pada sorang mistress yang masih hidup tapi jadi parasit.

dari m ...

agak-agak glamer x mistress ni ? kalau ya nak tahu sapa ?
Quote dudaberhias 10-7-2020 05:00 PM
aznizazzadele replied at 10-7-2020 04:43 PM
agak-agak glamer x mistress ni ? kalau ya nak tahu sapa ?

tak glemer pun tapi dia jenis kehulu kehilir bawak title dia mengaku malaysia's next top model 2009... self entitled gitu la....
Quote Delifrance 10-7-2020 05:37 PM
How does she sleep at nite? Ex husband dia aman2 je naik pangkat .. Samirah, orang tamak mmg selalu rugi sis!
Quote lattehazelnut 10-7-2020 06:02 PM
I xside sape2..
Tp just nak tau arwah laki dia buat apa sampai hati dia keras mcm ni..
Quote MissLana 10-7-2020 06:47 PM
dudaberhias replied at 10-7-2020 05:00 PM
tak glemer pun tapi dia jenis kehulu kehilir bawak title dia mengaku malaysia's next top model 200 ...

i need her name initial sis hehehe
Quote dudaberhias 10-7-2020 07:33 PM
MissLana replied at 10-7-2020 06:47 PM
i need her name initial sis hehehe

Alah tak popular pun walaupun sombong dan berlagak macam superstar...

Priscilla Daisy Collar
Quote slavehunter 10-7-2020 07:36 PM
Rasa2....Samirah ni ke tali tak?
Quote slavehunter 10-7-2020 07:38 PM
tupaiterbang replied at 10-7-2020 12:10 PM
kalau berdarah kelly ng ni mcm2 dia sanggup buat

Tengok jer la gengster mereka ni semua, semua yang jenis bunuh bergang.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.099700 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top