Minggu lepas kecoh mengenai seorang lelaki mualaf yang ditemui bergelandangan kerana dibuang keluarga. Hantaran yang ditulis oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai pihak serta portal media yang menceritakan kembali kisah sedih tersebut. Malah difahamkan, diwujudkan juga tabung untuk membantu lelaki berusia tersebut. Lebih teruk, pakcik tersebut sebenarnya mempunyai rekod kes dadah.
Menurut pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Faisal Rahim, isu dadah itu bukan biasa-biasa kerana banyak kali tangkapan ke atas pakcik tersebut dibuat, malah membabitkan kes Seksyen 39A. Atas nasihat Polis, dia diserah ke Bahagian Narkotik, Sungai Buloh.
Jadi, Faisal menasihatkan agar orang ramai tidak terlalu percaya dengan cerita orang tepi jalan. Bagaimanapun, ia tidaklah bermakna pihak berwajib melarang badan bukan kerajaan (NGO), mahupun orang persendirian yang ingin membantu golongan seperti ini, malah ianya dialu-alukan. Tetapi, adalah lebih baik dapatkan maklumat terlebih dahulu sebelum bertindak sendirian yang hanya akan memburukkan imej jabatan tertentu. "Pengalaman kerja zakat ni, hampir semua kes ada cerita disebaliknya (dadah, jenayah, lari dari polis dan sebagainya.Jadi jangan terus kutip duit bantuan dari orang ramai jika jumpa kes sebegini." Langkah seterusnya adalah jika kes tersebut berada di kampung atau taman perumahan, adalah sebaiknya bertanyakan dulu orang sekeliling mengenai status gelandangan tersebut. Ini kerana orang terdekat inilah yang lebih mengenali kejiranan mereka berbanding kita yang baru sekali terjumpa kes sebegini. Faisal juga turut mengemaskini bahawa sumbangan yang telah dikumpul oleh wanita itu telah diagihkan sebaiknya. Malah, pakcik tersebut turut dihantar ke Rumah Transit Anjung Budi, Kuala Lumpur beserta bantuan kewangan. Memandangkan kes 'gelandangan' seperti ini banyak berlaku kerana
orang ramai mudah percaya dengan cerita mereka. Sebenarnya, ia boleh
dielakkan jika kita sama-sama mencari maklumat terlebih dahulu sebelum
menyiarkan di media sosial. Jadi, sama-sama ambil tanggungjawab untuk menyebarkan perkara yang betul kepada orang awam. Yang penting, semak dulu sebelum sebar ya. - CARI |
Themilo replied at 4-6-2020 08:40 AM
sorry OT, singlet yang uncle tu pakai pun Bintang Pilsener Bali. Kau rasa?
DayangKirana: same macam kes yang pernah kluar kat socmed dlu..katenye dibuang anak, hidup merempat tak dipedulikan keluarga..rupa2nya masa muda, dia sendiri memang ...
Themilo: sorry OT, singlet yang uncle tu pakai pun Bintang Pilsener Bali. Kau rasa?
lonely_classic replied at 4-6-2020 09:10 AM
kan.... first thing yang noticed tshirt dia tu
Megikari replied at 4-6-2020 11:11 AM
Apa tu?
ADVERTISEMENT