Ketika namanya hangat diperkatakan gara-gara mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James tular lagi kerana bergaduh hingga membaling gelas. Menerusi rakaman video yang kini tular di media sosial itu, Samantha dilihat bergaduh dengan individu dipercayai bukan warga tempatan di sebuah lokasi yang tidak diketahui.
Menurut perkongsian Murai, video berkenaan sebenarnya berlaku di Afrika Selatan pada 2017, iaitu tahun dan lokasi sama ketika beliau mewakili Malaysia bagi pertandingan Miss Universe 2017. Menerusi vodeo itu, kelihatan Samantha dipercayai dalam keadaan mabuk menghamburkan makian dan membaling beberapa gelas kaca terhadap individu terbabit hingga objek berkenaan pecah.
"Ini adalah sebabnya anda masih berada di bawah! Maaf sayang, awak sama sekali tidak akan berada di atas. Malaysia jauh lagi bagus dari negara ini. "Awak yang patut diam, sila diam! "Saya tak peduli siapa awak," katanya dipetik Murai.
Ramai rakyat Malaysia meluahkan rasa malu terhadap sikapnya yang tidak semenggah itu di ruangan komen hingga ada yang enggan mengaku Samantha sebagai rakyat Malaysia. Meninjau Instagramnya pula, Samantha memuat naik permohonan maaf berhubung kelancangannya mengeluarkan kenyataan berbaur rasis sebelum ini. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|