Gara-gara tidak dapat menahan rindu pada isteri yang bekerja di Malaysia, lelaki tergamak menyetubuhi lima gadis bawah umur. TribunNews melaporkan, kejadian berlaku di Tulungagung, Jawa Timur.
Menurut bapa salah seorang mangsa dikenali sebagai Melati (bukan nama sebenar), anaknya itu sering mengunjungi ke rumah suspek. Lama-kelamaan, dia berasa khuatir kerana suspek tinggal bersendirian berikutan isterinya kerja di luar negeri. Selepas ditanya pada Isnin lalu, Melati akhirnya mengakui sering ke rumah suspek selepas dijanjikan wang belanja 450,000 rupiah RM(RM133) setiap bulan. Lantaran pengakuan mengejutkan itu, bapa mangsa membuat laporan polis sebelum suspek ditahan, semalam di rumahnya ketika sedang tidur. Ketika disoal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan jijik itu kerana tidak tahan kepuasan nafsunya tidak dipenuhi.
Katanya, bukan Melati seorang, malah terdapat empat lagi gadis bawah umur menjadi mangsa nafsu serakahnya. Difahamkan, suspek menjanjikan habuan kepada semua mangsa yang tidak pernah dikotakannya dan Melati dikatakan hanya menerima 40,000 rupiah (RM11.80) daripada 450,000 rupiah yang dijanjikan. Atas kesalahannya itu, suspek berdepan hukuman 15 tahun penjara. - CARI
|
Eric.n9 replied at 21-5-2020 05:11 PM
Janji dengan duit je, sudahnya jadi pemuas nafsu.
Berkali kali gi, umah org tu.
Tu pun dapat 40k r ...
ADVERTISEMENT