CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Orang Tak Solat Boleh Pula Berkumpul Dalam Masjid" - Sabri Yunus Sindir Siapa?

17-5-2020 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9765| Komen: 23

Kredit foto: FB Sabri Yunus


Nampaknya, isu wartawan bersesakan di dalam masjid ketika solat Jumaat baru-baru ini, turut mendapat perhatian pelakon hebat Sabri Yunus.


Kredit foto: FB Sabri Yunus

Hantarannya di Facebook jelas menggambarkan kekecewaannya berhubung insiden berkenaan.

"Ibadah solat Jumaat bersyarat itu tujuannya untuk tidak berlaku jemaah berkumpul dalam masjid. Namun, berlaku juga berkumpul dalam masjid tanpa jarak sosial pada yang tidak bersolat.

"Akal saya kata, baiklah benarkan jumlah orang solat seramai jumlah yang tak solat, tapi dibenarkan masuk dalam masjid masa orang solat. Peluang untuk orang solat lagi ramai. Dah lama tak solat ni," tulisnya.




Kredit foto: FB Sabri Yunus

Sementara itu, dalam hantarannya pagi tadi Sabri yang juga lebih dikenali dengan julukan Pok Ya Cong Codei turut mempersoalkan perlakuan orang ramai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Bharu, Kelantan.


Loading FB Post...

"Seperti ada pesta! Tiada beza dengan persediaan hari raya, cuma semua orang pakai pelitup (topeng muka) saja," ujarnya.


2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nefnefnef 17-5-2020 02:33 PM
Yes, kasikan pada diorang, pok ya {:laugh
Quote sharlenetexas 17-5-2020 02:38 PM
Tak terfikir pun nak gi aeon tesco ni. Gi the store je sbb dari dulu mmg tak ramai orang.
Quote Kharuka 17-5-2020 02:52 PM
Taktahu la nak kata
mungkin sebab kuman xnampak kan
depa semua xtakut la
tambah2 skrg kat mall makin ramai2 org
xpaham la org mesia ni
Quote nazzse 17-5-2020 03:13 PM
Edited by nazzse at 17-5-2020 07:35 AM
sharlenetexas: Tak terfikir pun nak gi aeon tesco ni. Gi the store je sbb dari dulu mmg tak ramai orang.


Dengar kata kedai colek pun penuh ...kerah palo pok2 ni
Quote sharlenetexas 17-5-2020 03:26 PM
nazzse replied at 17-5-2020 03:13 PM
Dengar kata keda colek pun penuh ...kerah palo pok2 ni

Kalau nampak gajah rimau berjuta2 ekor baru tahu erti takut tak berani keluar rumah.
Quote Lailerthee 17-5-2020 03:56 PM
Wartawan lettew
Quote esbok 17-5-2020 03:58 PM
Kelakar le juge. Ada orang meronta ronta nak tunaikan solat jumaat, tahan je perasaan. sbb bukan norma dia tinggalkan solat jumaat. Alih2 ramai pulak yang masuk masjid, mmg lah bakalan menyakitkan hati orang yang tak boleh pegi solat jumaat.

Angle tak angle. Covid 19 ni bukannya bole kona lipat kalau nampak orang tengah aim ambik gamba utk news.
Quote prettyuglybabe 17-5-2020 04:13 PM
kalau pergi masjid takat jumaat, tarawih, raya je, takyah la dok bising..
lain la kalau kita hari-hari meramaikan saf tiap waktu solat..
berjemaah saja la di rumah bagi yang berkeluarga tu..
yang bujang duduk sorang untung-untung ada jin jadi makmum
Quote awenda507 17-5-2020 04:20 PM
prettyuglybabe replied at 17-5-2020 04:13 PM
kalau pergi masjid takat jumaat, tarawih, raya je, takyah la dok bising..
lain la kalau kita hari-h ...

setuju. ramai yg bising2 ni sori to say kebanyakkannye bkn rajin sgt jemaah kat masjid. bila dah gini bising2 pulak mcm kat masjid je sah solat.hmm..
Quote salamon 17-5-2020 04:42 PM
dlm ramai2 tu iolss rase msti ada yg positif covid yg x bergejala...tggu aja tempoh pengeraman covid tu nnti meletopp booomm!!!
Quote Melur1 17-5-2020 04:47 PM
prettyuglybabe: kalau pergi masjid takat jumaat, tarawih, raya je, takyah la dok bising..lain la kalau kita hari-hari meramaikan saf tiap waktu solat..berjemaah saja  ...


iolls daripada mood membawang tukar jdi mood seram. Pasal makhluk2 halus ni i kennot. Nasib baik hijab tebal kalis peluru
Quote Miss_LoveLeen 17-5-2020 05:48 PM
Kat mana org berhimpun dlm video tu?
Quote alesandra 17-5-2020 06:02 PM
prettyuglybabe replied at 17-5-2020 04:13 PM
kalau pergi masjid takat jumaat, tarawih, raya je, takyah la dok bising..
lain la kalau kita hari-h ...

tak baeekk.bukan jin... malaikat.
Quote Tinot7 17-5-2020 06:10 PM
Ramainya nak masuk soping.
Quote bakingsoda 17-5-2020 06:20 PM
Miss_LoveLeen replied at 17-5-2020 05:48 PM
Kat mana org berhimpun dlm video tu?

aeon kota bharu. eewww kan mcm tak penah jumpa mall selama idop
Quote cruz2 17-5-2020 07:24 PM
bakingsoda replied at 17-5-2020 06:20 PM
aeon kota bharu. eewww kan mcm tak penah jumpa mall selama idop

Itu la tempat paling hipster kat kota bharu sis..time2 bln posa nk raya gini mmg org sentiasa bersesak2 kat situ.cari mende pon tak tahu la
Quote prettyuglybabe 17-5-2020 08:20 PM
alesandra replied at 17-5-2020 06:02 PM
tak baeekk.bukan jin... malaikat.

oh.. malaikat ke.. ingatkan jin..
Quote one_aiman 17-5-2020 08:32 PM
eleh, macam la mall kat KL ke JB ke kat tempat2 lain tu x penuh
Quote Rogue98 17-5-2020 08:57 PM
Wartawan2 kan tugas mereka nak menyampai kan kpd rakyat tentang sop ke masjid time PKPB ni. Bukannye diaorang dtg setiap kali solat Jumaat pun.Hanya sekali tu jer kat satu masjid. Dah pihak masjid tetap kan kawasan tertentu saja utk ambik gambar tu yg berkumpul kat sudut kecik tu.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.124068 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top