CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Norma Baru, Kakitangan Twitter Kerja Dari Rumah Selama-lamanya

17-5-2020 09:36 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4745| Komen: 30|Original author: Oleh: natrahn

Description: Kesan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia membawa kepada satu budaya kerja baharu iaitu bekerja dari rumah.


Kesan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia membawa kepada satu budaya kerja baharu iaitu bekerja dari rumah. 

"Jika kakitangan kami mampu bekerja dari rumah dan ingin teruskan begitu, kami akan pastikan ia akan berterusan."

Terbaharu, memetik laporan Business Insider, kakitangan Twitter dibenarkan untuk bekerja dari rumah buat selama-lamanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey melalui satu hantaran emel kepada semua kakitangan pada Selasa mengumumkan perkara tersebut yang merupakan salah satu pendekatan bertimbang rasa syarikat laman media sosial berkenaan kepada pekerja mereka. Bertuah betul!


Kredit foto: Business Insider


Walau bagaimanapun, polisi ini tidak terpakai kepada pekerja yang perlu hadir secara fizikal ke pejabat tersebut.

Selain itu, Twitter turut menyediakan elaun bekalan barangan sebanyak ASD1,000 (RM4,300) untuk setiap kakitangan mereka kerana menjangkakan bahawa premis pejabat Twitter tidak akan dibuka sehingga sebelum September ini.

Sejak awal Mac lalu lagi, Twitter telah mula menggalakkan kakitangannya untuk bekerja dari rumah ekoran penularan wabak COVID-19. 

Pendekatan sama turut diambil beberapa syarikat teknologi lain termasuklah Microsoft, Google dan Amazon.

Anjakan paradigma - Dasar baru Twitter ini mungkin membantu menjadikan kehidupan lebih baik bagi jutaan pekerja, namun dalam masa sama mungkin menggugat kerjaya sebahagian pekerja lainnya. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote natrahn 17-5-2020 09:36 AM





Kesan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia membawa kepada satu budaya kerja baharu iaitu bekerja dari rumah.


"Jika kakitangan kami mampu bekerja dari rumah dan ingin teruskan begitu, kami akan pastikan ia akan berterusan."



Terbaharu, memetik laporan Business Insider, kakitangan Twitter dibenarkan untuk bekerja dari rumah buat selama-lamanya.


Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey melalui satu hantaran emel kepada semua kakitangan pada Selasa mengumumkan perkara tersebut yang merupakan salah satu pendekatan bertimbang rasa syarikat laman media sosial berkenaan kepada pekerja mereka. Bertuah betul!




Kredit foto: Business Insider



Walau bagaimanapun, polisi ini tidak terpakai kepada pekerja yang perlu hadir secara fizikal ke pejabat tersebut.


Selain itu, Twitter turut menyediakan elaun bekalan barangan sebanyak ASD1,000 (RM4,300) untuk setiap kakitangan mereka kerana menjangkakan bahawa premis pejabat Twitter tidak akan dibuka sehingga sebelum September ini.


Sejak awal Mac lalu lagi, Twitter telah mula menggalakkan kakitangannya untuk bekerja dari rumah ekoran penularan wabak COVID-19.


Pendekatan sama turut diambil beberapa syarikat teknologi lain termasuklah Microsoft, Google dan Amazon.


Anjakan paradigma - Dasar baru Twitter ini mungkin membantu menjadikan kehidupan lebih baik bagi jutaan pekerja, namun dalam masa sama mungkin menggugat kerjaya sebahagian pekerja lainnya. - CARI
Quote 234126 17-5-2020 11:39 AM
untungnya staff dapat kerja dgn industry yg jaga hubungan sesama manusia ni pastu bos pulak genuine hati murni. Sangat rare lah.
Quote Groovykid 17-5-2020 09:12 PM
Bestnya! I is jeles ...
Quote dua_chzy 17-5-2020 11:17 PM
Kalau ko jenis pekerja dedikasi, kerja dari rumah pon tara apa hal. Lagik produktif kot bila hati gumbira.
Quote sitisitu25 18-5-2020 12:44 AM
Co aku pun da buat wfh is permanent option smpi bila pon xtau..maybe smpi thn dpn agaknya..sb bil utilities jimat juta2 setiap bulan bila wfh..mgt manyak syokk..lalu suh teruskan lah wfh
Quote hiswife 18-5-2020 01:02 AM
Tahniah.. Huntunglaa
Quote kroit92 18-5-2020 01:06 AM
bestnya

where do i sign? haha
Quote gigahertz 19-5-2020 07:05 AM
234126 replied at 17-5-2020 03:39 AM
untungnya staff dapat kerja dgn industry yg jaga hubungan sesama manusia ni pastu bos pulak genuine  ...

duduk rumah tak boleh buat keje la. kucing datang mintak makan.naik atas meja. mak suruh beli kelapa. Orang TNB datang
nak tukar meter. internet wifi putus putus. bini ajak keluar gi supermarket. jiran sebelah anak nangis.
Quote 234126 19-5-2020 09:49 AM
gigahertz replied at 19-5-2020 07:05 AM
duduk rumah tak boleh buat keje la. kucing datang mintak makan.naik atas meja. mak suruh beli kela ...

mak suruh beli kelapa kuikuikui realiti tapi memang kelakar
Quote ninjago 19-5-2020 10:57 AM
wadidaww.. untungnya staff2 twitter
Quote ninjago 19-5-2020 10:59 AM
gigahertz replied at 19-5-2020 06:05 AM
duduk rumah tak boleh buat keje la. kucing datang mintak makan.naik atas meja. mak suruh beli kela ...

hahaha.. reality WFH kan..tak tenang rasa buat keje. cam ktrg, boss tak galakkan dah WFH, suh keje kt ofis je. sbb dia pun rasa WFH tu camne susahnya. tp ada org yg aman2 suka je takyah gi ofis.
Quote annehuda 19-5-2020 11:07 AM
hakikatnye bile korg WFH, dah mcm  24-7 keje.
Quote cikrosienona 19-5-2020 11:15 AM
I work in US, company I wfh sampai vaccine jumpa and bagi staff pandemic allowance, every 2 weeks dapat USD 200. Gaji kat sini every 2 weeks so pandemic allowance tu campur sekali masa dapat gaji.

Tp memang susah la nak masuk company ni, ada 5 stage sebelum dapat offer. Final round interview je 4 jam, habis interview terus migrain haha

Tapi bila dah masuk i rasa kerja dia lagi senang dari interview i tu lol
Quote KukuNeeng 19-5-2020 01:32 PM
cikrosienona replied at 19-5-2020 11:15 AM
I work in US, company I wfh sampai vaccine jumpa and bagi staff pandemic allowance, every 2 weeks da ...

bestnya company ape u kerja
Quote ajiqah 19-5-2020 01:51 PM
cikrosienona replied at 19-5-2020 11:15 AM
I work in US, company I wfh sampai vaccine jumpa and bagi staff pandemic allowance, every 2 weeks da ...

wow.. you mesti sangat pandai dapat lepas interview dia.. industry apa ye?
Quote azimodin 19-5-2020 02:25 PM
Aku personally rasa yang team aku lebih produktif jika WFH sebab kurang gangguan dari orang2 department lain dan kurang berborak nak makan apa lunch ni or nak masak apa balik ni. Cuma boss aku ni jenis x percaya orang and asyik fikir negatif. hari2 remind suruh duduk depan laptop & ambik cuti kalau nak keluar rumah beli barang hari kerja. Tepat pukul 8.30 dia dah buat spotcheck.

downside nya macam @annehuda cakap, macam 24/7 kerja. kadang2 aku buat tak tau je bila email masuk pada hari cuti
Quote gigahertz 19-5-2020 07:08 PM
ninjago replied at 19-5-2020 02:59 AM
hahaha.. reality WFH kan..tak tenang rasa buat keje. cam ktrg, boss tak galakkan dah WFH, suh keje ...

WFH ni yang paling aman boleh work pukul 12 tgh malam semua org dah tido. kedai kelapa tutup. bini pun terbongkang tido. time tu paling mujarab buat keje
Quote cikrosienona 19-5-2020 07:14 PM
KukuNeeng replied at 19-5-2020 01:32 PM
bestnya company ape u kerja

I xleh bg tau nama company, i disclose industry je ye..industry financial services
Quote cikrosienona 19-5-2020 07:24 PM
WFH ni depends bukan semua org can do it, tengok situasi dan individu. personally prefer keje kat office sebab semua org buat kerja, so i motivated buat kerja. Motivation i jadi kurang sejak wfh and lagi satu susah nk tanya org kalau ada soalan, kalau kat office senang je pusing badan je colleagues kiri kanan.

Topic wfh ni dekat kat hati i sebab dari i start kerja sampai skrg topic ni jadi issue.

Ada ex-collague I bila dia wfh, dia cakap dia tak boleh attend meeting sebab dia wfh, what?? So boss i marah la. Bila u wfh you should work macam biasa u keje kat office. Kalau bg alasan xboleh buat certain tasks due to wfh, mmg wfh tu ditarik balik la.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.253324 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top