CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Trauma Saksi Suami, Anak Ditetak Depan Mata

18-5-2020 09:51 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 6758| Komen: 73|Original author: Oleh: top5complete

Description: Desakan dan tekanan hidup membuatkan manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup termasuk memudaratkan orang lain.
Desakan dan tekanan hidup membuatkan manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup termasuk memudaratkan orang lain. 

Seperti dilaporkan Harian Metro, wanita berusia 56 tahun trauma selepas menyaksikan sendiri suami dan anak lelakinya ditetak berkali-kali oleh sekumpulan penyamun, malam kelmarin di kediamannya di Kampung Air Tawar, Tok Bali.



Foto: Harian Metro, Berita Harian

Menurut Che Minah Che Muda, sebelum kejadian sekitar jam 10 malam, dia sedang memasak sup ayam, manakala suaminya, Syed Akhbar Mukaddim Shah, 32, menyiram tanaman di belakang rumah.


"Saya baru siap hidang makanan dan suami nak basuh tangan, tiba-tiba tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan pedang samurai masuk melalui pintu dapur dan terus menetak kepala suami berkali-kali.

"Saya terus menjerit meminta tolong, tetapi dua lagi lelaki dengan seorang daripadanya mencekik leher saya, manakala seorang lagi mencabut barangan kemas yang ada pada jari dan tangan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Dalam kejadian itu, dua utas gelang tangan emas dan sebentuk cincin yang dianggarkan berharga lebih RM70,000 berjaya dilarikan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa sudah membuat laporan polis di Balai Polis Cherang Ruku, semalam.

Kata Mohd Azmir, pihaknya kini sedang memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 18-5-2020 09:53 AM
Dalam kawasan rumah pun tak selamat sekarang ni. Aku pun pelik juga tengok group2 di fb yang tayang barang kemas. Tak takut ke? Keinginan untuk riak melebihi akal.
Quote epal21 18-5-2020 09:58 AM
Suaminya 32 & isterinya 56 tahun? Ganas betul perompaknya,takde bagi amaran terus fitetaknya suami tu.
Quote zehra2 18-5-2020 09:59 AM
Hutang ke?
Bini 56.. laki 32.. harus siasat suamimu jua..
Quote nazzse 18-5-2020 10:03 AM
Suami makcik ni abangla or pakistan kan? Mesti pencuti dah usha gelang & cincin besar tu lamaaa
Quote cupu 18-5-2020 10:08 AM
zehra2 replied at 18-5-2020 09:59 AM
Hutang ke?
Bini 56.. laki 32.. harus siasat suamimu jua..

Hutang apanya...makcik ni tokey dkt pasar.mmg selalu melaram dgn gelang besar..sampai siku gelangnya.
Quote Lavender85 18-5-2020 10:15 AM
pedang samurai
Quote miznora 18-5-2020 10:23 AM
Bahaya la pakai emas sampai harga rm70k makcik!!
Quote misc 18-5-2020 10:26 AM
Acik ni kena aim lama ni sebab ada byk brg kemas. Tetak2 tu supaya mangsa takleh lawan balik.
Quote Atata 18-5-2020 10:39 AM
Tua lagi anak dia dari suami.
Quote Lailerthee 18-5-2020 10:47 AM
Salam takziah      
Quote syamzana 18-5-2020 10:52 AM
cupu replied at 18-5-2020 10:08 AM
Hutang apanya...makcik ni tokey dkt pasar.mmg selalu melaram dgn gelang besar..sampai siku gelangn ...

huhu...smpai siku nah. mest lama dah perhati ni dah makcik pun jenis suke melaram
Quote ^CUN_GILA~. 18-5-2020 10:53 AM
Tu pasal makcik2 ni suma degil.  Nak jugak tunjuk barang kemas.  
Quote cupu 18-5-2020 11:03 AM
syamzana replied at 18-5-2020 10:52 AM
huhu...smpai siku nah. mest lama dah perhati ni dah makcik pun jenis suke melaram

Baca komen dlt page kelantan mmg dh banyak kali kena samun. Kali ni je sampai bertetak.
Quote Aliaskotonggo 18-5-2020 11:11 AM
syamzana replied at 18-5-2020 10:52 AM
huhu...smpai siku nah. mest lama dah perhati ni dah makcik pun jenis suke melaram

org kelantan, Ganu mmg pakai dan simpan emas. tradisi dorang gitu. Perompak mmg dah tau org2 perempuan ni simpan emas.

Quote Esel768 18-5-2020 11:21 AM
Seramnya.. Musim2 terdesak skrg ni ramai je yg sgup buat macam2
Quote sukacactus 18-5-2020 11:39 AM
Wahhhh
2 gelang, 1 cincin dah 70k
Besar mana la gelangnya
Tiap kali angkat tangan dah mcm workout
Quote hiswife 18-5-2020 11:46 AM
Semoga kena tangkap perompaknya
Quote syamzana 18-5-2020 11:49 AM
cupu replied at 18-5-2020 11:03 AM
Baca komen dlt page kelantan mmg dh banyak kali kena samun. Kali ni je sampai bertetak.

tak ambil pengajaran makcik pun. nasib hidup lagi.
Quote nenekglamer 18-5-2020 12:25 PM
Makk aihh.. syukurlah nyawa xmelayang. Harap si isteri tu jgn lah pakai lg brg2 kemas tu beso2. Jadi target penyamun.

OT sikit: suami isteri gap umur jauh gak tuh. 24 tahun. Ok.. now I dun feel so bad hahaha

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.057751 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top