CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mungkin Dulu Nasib Tak Menyebelahinya, Tapi Zul Tak Patut Cakap Begitu - Rosyam Nor

17-5-2020 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20681| Komen: 151

Description: "Bagi saya, dia tak sepatutnya bercakap begitu."
"Bagi saya, dia tak sepatutnya bercakap begitu."

Penerbit dan pelakon popular Datuk Rosyam Nor nampaknya terasa dengan kata-kata Zul Yahya yang memberi bayang bahawa karier dalam inndustri seni tidak berkat.


Tegas Rosyam dalam temu bual bersama Harian Metro, Zul tidak sepatutnya berkata demikian kerana rezeki datang dalam pelbagai cara.


Kredit foto: IG Rosyam/Zul

"Dia juga tak sepatutnya menuduh ada rasuah dan lain-lain perkara buruk. Mungkin dia rasa tak dapat apa-apa ketika aktif dulu kerana nasib tak menyebelahinya dalam bidang seni.

"Jadi, sesiapa yang masih lagi cari makan dalam bidang ini, mereka perlu teruskan perjuangan untuk mencari rezeki," katanya.

Katanya, kru belakang tabir sebenarnya mempunya peranan besar bagi menjayakan sesebuah program seperti program ceramah dan dakwah yang turut mempunyai unit kru sendiri.


"Tapi itulah, ini pandangan peribadi Zul. Mungkin nasibnya dengan izin Allah, dia dapat mencari rezeki dengan cara yang lain," katanya.

Tambahnya, tidak semua kru belakng tabir kekal dalam industri kerana ada juga yang beralih mencari kerjaya lain.

"Kalau Zul tuduh kata tak berkat, rasanya itu agak mengguris perasaan semua orang.

"Sebenarnya berada dalam industri drama dan perfileman pun rezeki daripada Allah juga.

"Biarlah orang-orang seni berhadapan dengan rezeki mereka dan Allah yang menentukan," ujarnya. 



Rosyam bagaimanapun menolak untuk dipertumkan dengan Zul kerana enggan isu ini diperbesarkan.

"Terpulanglah apa dia nak cakap. Dalam kerjaya kami, satu yang bagusnya ialah semua orang boleh komen baik buruk industri tapi kami tak kisah dan tak jadi kudis pun.

"Cakap apa pun, kami tetap bekerja meneruskan perjuangan kami. Mungkin ada orang keluar dari industri itu kerana dia seakan gagal bertahan," katanya.

Ada betulnya kata Rosyam, kalau orang nak buat kerja tak baik, dalam masjid pun boleh berlaku, bukan dalam bidang seni saja.  - CARI



1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sokmogitu 17-5-2020 11:51 AM
Aku rasa Zul yahya bukan artis sendu masa muda dulu. Banyak juga drama kelakar yang dia jadi hero, budak-budak pun kenal dia masa tu. Maybe sbb dia tak selalu jadi hero filem macam Rosyam atau tak bukak production house, Rosyam fikir Zul yahya tak dapat apa yang dia nak. Masalahnya tok rosyam oi, kehendak manusia lain2.... matlamat pun lain2. Mungkin Zul blah dari industri sebab dia fedup dgn layanan industri sendiri. Jangan nak nafikanlah takde unsur2 ampu rasuah jilat menjilat...kita yg tengok tv pun boleh tahu wujud. Jangan sampai netizen ungkit kejadian tok rosyam mengampu Jibby pasal David teo vs Mat over. Tu pun salah satu contoh jijik tau tak?
Quote fahdramli 17-5-2020 11:52 AM
sokmogitu replied at 17-5-2020 11:51 AM
Aku rasa Zul yahya bukan artis sendu masa muda dulu. Banyak juga drama kelakar yang dia jadi hero, b ...

Aku paling infant mat over tampar David Te'o , gila live kat TV masa Tu kalau tak salah
Quote sokmogitu 17-5-2020 11:54 AM
fahdramli replied at 17-5-2020 11:52 AM
Aku paling infant mat over tampar David Te'o , gila live kat TV masa Tu kalau tak salah

masa tu Afdlin shauki tegur sikap dia.. rasanya sampai sekarang rosyam dengan afdlin tak ngam
Quote rospinki 17-5-2020 12:11 PM
eleh rosyam..nak nafikan apa.
rosyam kalau tak kuat mengampu kuat jilat adeke smpi tahap skrg? wa tgk lu pun da tau de
Quote Sazida 17-5-2020 12:25 PM
Hbs share dlm St Rosyam mart tu tak guna lidah ea
Quote ntohapehapentoh 17-5-2020 02:18 PM
ada orang makan cili ke?
Quote nefnefnef 17-5-2020 02:38 PM
Berbalas pantun dah theyols
Quote Orix 17-5-2020 02:42 PM
Edited by Orix at 17-5-2020 02:45 PM

Eleh, keje gomen pun hasil dari duit cukai judi cukai rokok cukai arak etc. Dahtu Zul, ko suh la semua pekerja gomen tu bhenti keje menuju ke jalan Allah gittuhh.

Pokok pangkalnya kau buat jela apa2 kerja yg halal as long as bukan kau yg terlibat atau menjadi dalang pd perbuatan yg x elok tu. bukannya kau suh org terus x payah keje. Otak ada ke ?

So kalau PM ke TPM kita main rasuah, semua pekerja kerajaan x payah keje la gamaknya kalau ikut fahaman zul ni
Quote tupaiterbang 17-5-2020 02:43 PM
mmg betul pun apa si Zul khabar, esp mamat yg sentap ni
Quote bondeh 17-5-2020 02:52 PM
Rasuah, ampu semua tuh tak termasuk lagi pelakon wanita kena angkut dgn penerbit utk dapatkan job. Cousin meolls berjiran dgn ex wife salah sorang penerbit & pengarah drama terkenal (lah jugak)... kata penerbit tuh, bapaknya si 'anak papa' antara penerbit film yg rajin angkut pelakon wanita yg nak bekerja dgn beliau. Salah sorangnya adalah Ratu (mungkin ramai yg tahu)...
Quote ReginaGeorge 17-5-2020 02:56 PM
Atok terasa ke tok
Quote missyL 17-5-2020 02:56 PM
Dieorg ckp bende btol abg rosyam oi.at least die berani berckp benar.
Quote missyL 17-5-2020 02:58 PM
rospinki: eleh rosyam..nak nafikan apa. rosyam kalau tak kuat mengampu kuat jilat adeke smpi tahap skrg? wa tgk lu pun da tau de


Kan. Nmpk sgt die terasa.
Biarlah zul nk hidup lebih berkat.
Xde die mintak bpn
Quote balakkampung 17-5-2020 03:00 PM
datuk rosyam tolong la simpan misai lebat...uolls kalau cukur misai nampak aneh..
Quote missyL 17-5-2020 03:02 PM
bondeh replied at 17-5-2020 02:52 PM
Rasuah, ampu semua tuh tak termasuk lagi pelakon wanita kena angkut dgn penerbit utk dapatkan job. C ...

Cube jelaskn sket.u punye ex husband jiran tu terlibat jgk ke.. Xphm sbb byk sgt censor lol.
Tp mmg leh caya pon. Sbb tu ramai org kayu kayan laku je berlakon.
Tp worth it ke.. Dating je ke smpi ke katil?
Bkn nye femes sgt pon tp gadai maruah.
Lain lah klo harry weinstein. Ade yg siap dpt oscar lol
Quote tagas 17-5-2020 03:15 PM
Ni nama nya POLITIK

tak kira ape bidang keje pun ade politik

politik office, politik hiburan etc


ckp rosam betul ckp zul pun betul

so tepuk dada tanye selera utk pilih jln yg mane

mencarik rezki demi sesuap nasik yg halal
Quote chandrahusin 17-5-2020 03:15 PM
Belagak nya ckp mcm ni
Sori la Rosyam Noor.. drpd tgk kau 10x aku lebih suka tgk Zul Yahya..
Ternmpak babak kau rogol sapa ntah cerita samseng tu.. jijik lah..
Quote annadonna 17-5-2020 03:25 PM
Semua kerjaya pun terdedah pada keburukan dan kebaikan. Zul Yahya dan Rosyam dua dua ada point. Jadi guru agama pun kalau gagal dengan nafsu still buat maksiat jugak. Perjuangan melawan nafsu ni adalah dosa individu dengan Allah. Jangan dikait kaitkan dengan kerjaya. Memanglah menyinggung hati orang.
Quote bondeh 17-5-2020 03:27 PM
missyL replied at 17-5-2020 03:02 PM
Cube jelaskn sket.u punye ex husband jiran tu terlibat jgk ke.. Xphm sbb byk sgt censor lol.
Tp  ...

Erkkk I punya ex husband jiran?????? Apa u merepek lol. I rasa I tulis cousin... baca sekali lalu ke cyst

Lihat semua komen(151)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.233536 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top