Namun, masih ada amalan ponteng puasa dari golongan tertentu yang mana kebanyakannya terdiri daripada mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil. Geng plastik hitam ini nampaknya tidak pernah pupus kewujudannya walaupun saban tahun pihak berwajib berusaha membanteras kegiatan mereka seperti dikongsikan dalam video ini. Loading FB Post...
Saat mereka terciduk kelihatan agak lucu, namun ia sudah semestinya salah di sisi agama dan menimbulkan rasa tidak senang kepada umat Islam lain. Ramai yang dilihat kecewa dengan kejadian yang berlaku kerana si pelaku adalah dari kalangan orang-orang dewasa. Sewajarnya semua umat Islam lebih peka dan menghormati kesucian bulan Ramadan. - CARI
|
shazaz replied at 13-5-2020 05:46 PM
Bagi mu cara hidup mu.. Bagi ku cara hidup ku... Al kafirun
ADVERTISEMENT