Sudah bosan dengan drama-drama yang diulang di kaca televisyen? Ini khas buat anda, sebuah mini drama berantai arahan Erma Fatima dibintangi pelakon popular seperti Nora Danish, Neelofa, Umie Aida, Shery Hadad, Janna Nick, Remy Ishak dan bintang negara jiran, Baim Wong.
Yang menariknya, topik diketengahkan adalah mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 di mana rakyat Malaysia tidak dibenarkan keluar kecuali ketua keluarga sahaja. Oleh itu, setiap pelakon dikehendaki merakamkan sendiri babak mereka sebelum digabungkan menjadi satu cerita. Ianya disiarkan di saluran YouTube dan Instagram barisan pelakon terbabit. Dengan adegan comel oleh Nora Danish, gedik oleh Neelofa, rempit dari Sherry serta perasan dari Janna Nick pastinya menggamatkan penonton. Sementelah lagi watak ibu yang dibawa oleh Erma dan nenek yang dijayakan Umie Aida memang menggelikan penonton. Malah, ada yang meminta sitkom atau sketsa tersebut disambung lagi selepas ini. Erma Fatima ketika memuat naik episod terakhir turut menyatakan mereka yang tidak menyukainya boleh berasa lega kerana ia sudah tamat. Eh! Ada yang sakit hati ke?
Bagaimanapun, ianya ternyata mengubat hati peminat dengan drama comel ini. Lagi pula, ianya sekadar hiburan, Jadi, 'chill' saja okey. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|