Nama Muhammad Azhar Ali tiba-tiba meletup selepas dia berkongsi 'kejayaannya' menerima biasiswa Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA) Amerika Syarikat (AS) melalui Twitter pada 30 April. Siapa yang tidak bangga apabila seorang pemuda dari Malaysia berjaya dalam cabaran mereka sut angkasa lepas untuk Misi Artemis ke Marikh.
Namun, seperti dilaporkan portal Edisi9, kegembiraan rakyat Malaysia berakhir apabila Muhammad Azhar menjelaskan e-mel yang diterima mengenai tawaran biasiswa NASA adalah palsu. Sebelum itu, ada pihak mempertikaikan tawaran tersebut setelah mereka tidak menemukan sebarang maklumat tentang Muhammad Azhar dalam laman sesawang NASA. Bagi mempertahankan dirinya, pemuda berusia 20 tahun itu mendakwa dia memang benar-benar menyertai cabaran Misi Artemis pada 20 Mac. Dua minggu kemudian, dia berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakannya melalui Twitter dan mengumumkan 'keputusan cemerlang' yang diterima melayakkannya menduduki tempat satu peratus tertinggi dalam kalangan lebih tiga juta peserta. “Dua perkara berlaku selepas itu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada saya dan beberapa orang lagi menyemak kesahihan tawaran berkenaan. “Terima kasih, anda semua adalah wira-wira saya. E-mel utama hanya mempunyai lampiran dan pautan ke portal untuk menghantar gambar saya,” jelasnya. Selain itu, Muhammad Azhar mendapati e-mel yang kononnya dihantar oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) kelihatan meragukan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin merupakan antara pemimpin negara yang mengucapkan tahniah kepada Muhammad Azhar. Setelah mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, beliau menyifatkan perkara itu sebagai pengajaran kepada semua pihak untuk menyemak fakta sebelum berkongi maklumat dalam talian. Teruk juga Muhammad Azhar dikecam oleh netizen berikutan tindakannya berkongsi maklumat yang tidak sahih. Semak dulu kesahihan sesuatu maklumat sebelum ditularkan agar tidak mengelirukan semua orang. - CARI
|
RatuDunia94: Awal2 aritu iols dh smell fishy yach dgn berita ni.. satu Malaysia kena kencing dgn heshe.. hahaaa.. x boleh belah PM pon ucap tahniah. Siap.. masuk b ...
RatuDunia94: Awal2 aritu iols dh smell fishy yach dgn berita ni.. satu Malaysia kena kencing dgn heshe.. hahaaa.. x boleh belah PM pon ucap tahniah. Siap.. masuk b ...
ADVERTISEMENT