Prihatin dengan nasib orang ramai yang terjejas akibat wabak Covid-19, pelakon popular Ruhainies berbaik hati membuat sumbangan peribadi kepada suadara-mara dan peminatnya. Melalui mStar Online, Ruhainies mendedahkan yang dia pada awalnya enggan berkongsi perihal kerja amalnya itu kerana ada sebab tersendiri untuk tidak menghebahkan sumbangan yang diberikan. "Saya sebenarnya tak mahu bercerita mengenai bantuan yang diberi sebab takut orang salah anggap dan fikir kita hanya nak menunjuk-nunjuk, jadi saya rasa lebih baik bagi secara diam-diam. "Awalnya saya terima banyak Whatsapp dari kawan-kawan dan peminat di instagram yang bercerita mengenai kesempitan hidup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, bila saya semak memang mereka memerlukan," katanya.
Jelas Ruhainies, dia mendahulukan keluarganya terlebih dahulu sebelum menyalurkan sumbangan kepada peminat yang setia menyokongnya dari dulu. "Sambil duduk rumah pun saya boleh bantu, antaranya buat review perniagaan peminat di Instagram secara percuma, sekurang-kurangnya dapat membantu menjana pendapatan mereka. "Saya mahu turun padang menghantar bantuan kepada peminat tapi risiko ada, jadi saya memilih untuk buat pindahan (transfer) wang sahaja," katanya lagi. Semoga amalan murni Ruhainies ini dapat membantu mereka yang memerlukan. Jangan pula ada yang mengambil kesempatan berlakon menjadi susah. - CARI
|
Saya sebenarnya tak mahu bercerita mengenai bantuan yang diberi sebab takut orang salah anggap dan fikir kita hanya nak menunjuk-nunjuk, jadi saya rasa lebih baik bagi secara diam-diam.
ashilalat replied at 4-5-2020 12:17 PM
Saya sebenarnya tak mahu bercerita mengenai bantuan yang diberi sebab takut orang salah anggap dan f ...
miss_strangers replied at 4-5-2020 12:14 PM
Kenapa dia digelar kemut? Sbb Cara senyuman KE acaner?
ADVERTISEMENT