Menurut pakar perubatan dari China, vaksin bagi COVID-19 dijangka dapat disiapkan pada hujung tahun ini atau awal tahu depan, sekiranya proses penyediaannya berjalan lancar, lapor BERNAMA. "Ketika ini, seluruh dunia sedang berusaha keras untuk menghasilkan vaksin berkenaan dan jika semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat lihat vaksin siap digunakan menjelang hujung tahun ini atau awal tahun hadapan. "Bagaimanapun, memandangkan permintaannya amat tinggi, boleh dikatakan bahawa vaksin itu pastinya boleh digunakan oleh pesakit tahun depan," katanya menerusi penterjemah dalam satu temu ramah eksklusif bersama media di Pejabat Kedutaan China.
Foto: The Star Online Doktor dan penyelidik pasca kedoktoran Universiti Sun Yat-sen di China, Sun Jiufeng berkata, republik itu sedang membangunkan dua vaksin berbeza yang masih di peringkat percubaan klinikal dan dijangka siap pada Mei atau Jun nanti. Turut hadir dalam sesi temuramah itu ialah ketua doktor, profesor dan penyelia pasca siswazah Perubatan Kecemasan Bersepadu China dan Barat, Li Jun yang berkata, ketika ini banyak perbahasan timbul mengenai rawatan alternatif untuk COVID-19. Walaupun tidak menunjukkan bukti klinikal mengenai keberkesanannya, ubat tradisional China dikatakan banyak digunakan bagi merawat pesakit wabak maut itu di republik berkenaan dan telah dibuktikan agak berkesan. "Kami berkongsi pengalaman mengenai keberkesanan rawatan ini dengan rakan sekerja dari Malaysia. Kami harap sekiranya keadaan mengizinkan, Malaysia akan memperkenalkan ubat tradisional China ini dalam merawat COVID-19 secepat mungkin untuk manfaat pesakit. "Setiap rawatan tertentu ada perbezaannya, bergantung kepada pesakit dan keadaan, jadi kami mengunakan kaedah perubatan yang berbeza bagi setiap pesakit, dan memastikan mereka sesuai dengan keadaan berkenaan," katanya. - CARI |
ResellerMaxis replied at 3-5-2020 01:08 PM
Ni china bebetul hantar pakar covid ke tabib yg terpaksa tutup business sbb lockdown?
ResellerMaxis: Ni china bebetul hantar pakar covid ke tabib yg terpaksa tutup business sbb lockdown?
Tinot7 replied at 3-5-2020 09:02 AM
Bior betik?
"Kami berkongsi pengalaman mengenai keberkesanan rawatan ini dengan rakan sekerja dar ...
gigahertz replied at 3-5-2020 09:11 PM
i dah ada ubat. ubat dia air kelapa. minum air kelapa dapat menjauhkan corvid ( insyallah )
i aga ...
Tinot7 replied at 3-5-2020 01:17 PM
Mkn panadol pun boleh turunkan demam...
Tapi virus masih bergentayangan.
Org yg ada imuniti tu o ...
gigahertz replied at 3-5-2020 09:20 PM
Air kelapa kalau minum jangan campur ais jangan campur gula. minum mentah. isi makan sekali. Sepan ...
ADVERTISEMENT