Pertengkaran akibat masalah ekonomi dihadapi keluarga mendorong wanita menetak suaminya dengan parang. Memetik TribunNews, kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Leuweung Tengah di Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat jam 11 pagi pada Sabtu lalu.
Jurucakap polis AKP Rizka Fadhila menjelaskan sebelum kejadian tercetus pertengkaran antara pasangan itu sebaik mangsa membicarakan soal masalah rumah tangga hingga ada menyebut perkataan cerai. Situasi semakin tegang apabila wanita itu tidak puas hati selepas suaminya meminta kembali tanah yang diberikan kepadanya. Tanpa berfikir panjang, wanita berkenaan terus mencapai parang di atas pintu rumah dan menetak suaminya di bahagian kiri punggung dan kaki sebanyak dua kali. Difahamkan, mangsa yang cedera segera dibawa ke klinik kesihatan berhampiran.
Rizka bagaimanapun berkata, keluarga berkenaan enggan memperbesarkan kes itu dan ia sudah diselesaikan secara baik. - CARI
|
sekngucing replied at 28-4-2020 05:22 PM
itu bukan parang.. itu namanya golok
golok I | 1. sj parang yg matanya diasah melengkung; ~ Rembau sj senjata yg matanya diasah melengkung (penumbuk lada); 2. Jk sj pedang pendek: ~ Sunda pedang Jawa; laksana ~ kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku prb pengetahuan yg tidak mencukupi tidak ada gunanya; menggolok menetak atau memotong dgn golok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
KIM.K replied at 28-4-2020 06:36 PM
Mintak tanah balik eh. Kalau aku pun tak pikir panjang nak tetak
CARI-MAL replied at 28-4-2020 05:26 PM
ADVERTISEMENT