CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dikecam Kerana Rujuk Semula Dengan Aliff Aziz, Bella Astillah Maafkan Semua

28-4-2020 09:13 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 27540| Komen: 196|Original author: Oleh: Straya

Description: Penyanyi dan pelakon Bella Astillah baru-baru ini membuat pengakuan yang dia telah rujuk kembali dengan bekas suaminya, Aliff Aziz dan kini sedang menanti kehadiran anak kedua.

Kredit foto: Instagram bellastilah

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah baru-baru ini membuat pengakuan yang dia telah rujuk kembali dengan bekas suaminya, Aliff Aziz dan kini sedang menanti kehadiran anak kedua. 

Lantaran itu, rata-rata netizen memberi kecaman kepada Bella atas keputusannya itu.


Menurut laporan Harian Metro, Bella, 26, berkata yang dia memaafkan semua komen berbentuk cacian yang diterima. Bella menjelaskan dia mempunyai alasan berbuat demikian.


"Ramai yang mencaci saya bodoh, fitnah saya dan sebagainya, tapi saya maafkan mereka. Selepas ini, saya hanya fokus pada doa-doa yang lebih baik," katanya.


Menurut Bella, tiada guna dia memberi penjelasan panjang lebar sekiranya netizen tetap tidak mahu menerimanya


"Apapun yang mereka nak fikir mengenai saya, akan selamanya kekal begitu. Walaupun, saya cuba jelaskan, kalau mereka tak suka, tetap tak suka. Sama ada pilihan saya salah atau tindakan yang kurang bijak bagi sesetengah pihak kerana kembali rujuk dengan suami, itu akan ditanggung oleh saya sendiri.

"Pilihan saya adalah untuk anak memiliki ibu bapa yang lengkap dan cuba perbaiki apa silap sebelum ini. Mudah untuk orang menilai, tetapi hanya saya dan keluarga tahu niat utamanya sudah memadai. Perkara yang pernah berlaku biarlah berlalu, manusia tiada yang sempurna," jelasnya.



Isteri Aliff Aziz Tidak Halang Berlakon Adegan Romantik

Foto kredit: Roti Kaya


Penyanyi lagu Tenang itu juga berkata, dirinya kini semakin matang untuk tidak berkongsi hal rumah tangga dan berharap akan terus memperbaiki dirinya.


"Perkara yang lepas menjadikan saya lebih matang dan sangat berhati-hati dalam perkongsian soal peribadi. Tidak pernah saya minta simpati atau meroyan di media sosial, itu pilihan saya untuk korbankan cerita rumahtangga saya supaya menjadi iktibar pada orang lain," tambahnya.


Bella juga berharap di bulan Ramadan yang mulia ini, kita semua sama-sama memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.


Pada Mei tahun lalu, Bella dan Aliff Azizi bercerai kerana penyanyi itu didakwa curang dengan beberapa wanita berbeza. Pasangan ini pernah mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean yang berusia tiga tahun.


Bella memaklumkan kepada pengikutnya di Instagram yang dia dan Aliff sudah rujuk ketika masih dalam iddah dan kini hamil anak kedua. - CARI

1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • RatuDunia94

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • DayangKirana


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 28-4-2020 09:14 AM
Biar lah .... dia nak baik balik dgn mantan laki. Korang macam mak pak si bella pulok. Nak marah marah dan tak boleh terima


Quote bracebintang 28-4-2020 09:14 AM
Edited by bracebintang at 27-9-2022 02:02 PM

--deleted post--
Quote Tinot7 28-4-2020 09:32 AM
Drama yg tak berkesudahan

Sementara itu, Bella menyifatkan perceraian adalah jalan terbaik selepas tersebarnya gambar Aliff dengan gadis dikenali sebagai Nismel kelmarin.

“Semua orang nak kekalkan masjid (perkahwinan) yang dibina itu. Tapi, kita manusia biasa dan saya sudah buat macam-macam.

“Walaupun orang cakap saya tak ada akal, dah kena curang banyak kali pun masih lagi nak dan kenapa nak pertahankan lagi. Tak mengapa, yang komen itu pun mereka pernah buat salah dan minta maaf. Saya memang maafkan Aliff.

“Tapi, kali ini biarlah dengan berpisah menjadi jalan terbaik. Saya tak nak hidup dalam suasana negatif. Apa pun yang terjadi, sampai bila-bila pun Aliff tetap bapa kepada anak kami,” katanya.

Bella mengakui hilang sedikit beban ditanggung selepas mereka bercerai.

“Suami selalu curang. Sekali dua semua orang buat silap. Apabila lebih, itu adalah pilihan. Jadi, tak ada apa boleh ulas, perpisahan yang terbaik.

“Memang beban itu rasa berkurangan, tapi siapa sukakan perpisahan. Memang sedih, lima ke enam tahun kami kenal dan melalui banyak perkara bersama.

“Saya yang tak kerja selalu ikut Aliff. Saya dapat rasakan perubahan itu. Tapi saya cuba secara perlahan-lahan dengan sokongan mak dan ayah serta anak, insya-Allah boleh,” katanya.

Apa yang penting bagi dirinya sekarang adalah teruskan kehidupan dan memberi fokus kepada anak mereka.

Ditanya sekiranya Aliff mahu rujuk semula, Bella menyerahkan pada ketentuan Allah.

“Kalau saya kata ya, tapi perkara itu tak jadi, tak boleh juga. Kalau tak, tak juga. Jadi saya berserah dan waktu. Sebab hati kita berubah-ubah.

“Saya cuma harapkan dengan keputusan ini akan fokus pada anak dan buat yang terbaik. Saya muhasabah diri dan Aliff pun sama. Dengan perpisahan ini dan kontroversi terjadi dia boleh buat yang terbaik untuk dirinya.

“Soal sayang, tipu kalau kata tak sayang sebab kami dah bersama hingga ada anak. Memang masih ada sayang. Cuma berikan ruang dan waktu saya nak muhasabah diri juga. Banyak lagi kekurangan diri yang perlu diperbaiki,” katanya.

Terdahulu, Aliff yang sebak melafazkan talak satu pada 3.45 petang di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25.

Permohonan cerai itu difailkan Bella Astillah selaku plaintif pada 21 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun.

Aliff kembali hangat apabila didakwa curang buat kali ketiga selepas gambar berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular.

Selain gambar, turut tersebar satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel itu.

Aliff juga terpalit kontroversi pada Julai 2017 dengan adik Anzalna Nasir, Afifah.

Bagaimanapun, Bella memaafkan perbuatan Aliff hingga kejadian membabitkan pelakon baharu, Oktovia Manrose, Februari lalu.

Quote kelapaparut 28-4-2020 09:34 AM
sia2 je dok mmikir meratap kes cerai kawen balik dieorg ni, peminat2 sepatutnye jgn amik cakna langsung, pilih artis lain la sbg idola..
Quote chandrahusin 28-4-2020 09:38 AM
dia pregnant kan
ok la ada laki
Quote Lailerthee 28-4-2020 09:49 AM
Semoga alip berubah jd ayah dan suami yg baik
Quote miszclassique 28-4-2020 09:54 AM
Okay bella, jaga kandungan baik2 nanti stress pula baca carutan netizen..
Nak keluarga lengkap tapi kalau bapaknya takboleh pakai susah jugak, akan bagi effect kat anak2

Apa2 pun iol takboleh komen lelebih sebab belum kahwin, moga2 dijauhkan dapat laki gini {:cryrun Kalau dapat laki gini pun harap2 parent masih berfikiran normal tolong jauhkan dari jantan sebegitu
Quote azimodin 28-4-2020 09:56 AM
anak2 x perlukan keluarga yang lengkap, banyak je anak yang dibesarkan oleh single parent yang herlok kejadian. Co-parenting tanpa parents yang bercakaran pon ok juga.anak2 perlukan hubungan yang non-toxic
Quote FY08 28-4-2020 10:15 AM
Jd ms dia rujuk tu la ms alip byk kes gaduh tu kan..yg mcm org xbtul tu?
Quote bracebintang 28-4-2020 10:16 AM
Edited by bracebintang at 27-9-2022 02:01 PM

--deleted post--
Quote mh17 28-4-2020 10:17 AM
Aku ta pham kenapa ramai nk tlg sebok hdup dia..bak kata anjuling...she dnt need all the fuck advice,she's happy with aliff
Quote acik79 28-4-2020 10:18 AM
Aku tak kisah pun... hidup ko tak perlu la tahu apa orang cakap... ko yg lalui hidup ko tu...
Quote manehnya 28-4-2020 10:21 AM
Rujuk dlm edah Kau... Mati2 aku ingat dia dah berkerat rotan dgn alip Ni Masa awal cerai,

Tgk madam mawar, cerai x toleh dah

Quote nuryakmal 28-4-2020 10:32 AM
Entah. Accidentally got pregnant ke apa?
Quote Abot 28-4-2020 11:08 AM
korang ni.. jgn la kecam dia..  kite kene terima hakikat x semua hati same.  aku rase bella ni jenis hati lembut.  mudah memaafkan..  kite x thu mybe betul alif tu da insaf..  doa baik2 sudah.  peace...  
Quote merahrose 28-4-2020 11:43 AM
ayat nk sedapkn hati sndri...
Quote fliphair8 28-4-2020 11:44 AM
Kena kebalkan hati ye bella dlm keadaan covid, pregnant, dedua jobless with one toddler to feed....it will be one hell of a challenge this time! Good luck. Hakak doakan yg baik2...
Quote Anne.W 28-4-2020 11:47 AM
Good la dia kantoi preggy.. If not pemenat akan still panggil bg talk ala2 wanita tabah la apa la.. Hujung2 tewas di kaki alip. Dah rujuk terus buat hal non stop now nak cuci cakap alif kena buatan orang. Walhal si belot ni yang terkena buatan alip. Ekeke
Quote sweetfasha 28-4-2020 11:48 AM
apa apa jelah bella

moga lebih bahagia lepas ni

Lihat semua komen(196)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.082716 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top