Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sikap terbuka dan melindungi pendatang-pendatang warga asing yang mencari perlindungan di negara ini. Namun, baru-baru ini tular di media sosial apabila dikatakan terdapat sebuah organisasi bukan kerajaan telah menuntut hak sama rata dari segi kerakyatan dan pendidikan.
Zafar Ahmad Abdul Ghani, 47, Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) dilaporkan telah menghantar memorandum untuk menuntuk hak sama rata seperti rakyat Malaysia. Antara isinya adalah warga Rohingya telah banyak menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan di Malaysia. "Penyumbang signifikan kepada pembangunan dan ekonomi Malaysia selama 30 tahun," itu antara isi memorandum yang ditulis Zafar Ahmad. Antara lain isi kandungan pertimbangan cadangan memo yang diserahkan kepada Kementerian Sumber Manusia Malaysia adalah: 1. Memberi kebenaran bekerja kepada pelarian Rohignya mengikut sektor pekerjaan yang sesuai dengan mereka. 2. Mewajibkan majikan menginsurankan pelarian Rohingya yang bekerja dengan mereka. 3. Mengurangkan kos rawatan dan merawat pencari suaka bagi kes berisiko. 4. Tidak menangkap pelarian Rohingya yang bekerja di atas dasar kemanusiaan. Permohonan pertimbangan perkara tersebut dilaporkan terhasil daripada penindasan yang dilakukan terhadap etnik ini. Antaranya, pelarian Rohingya yang tidak mempunyai kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) mengalami kesukaran mendapatkan pekerjaan. Ini kerana proses yang terlalu panjang sehingga mencecah tiga hingga enam tahun hanya untuk mendapatkan status pelarian dan menyebabkan mereka ditangkap semasa bekerja. Selain rawatan perubatan dinafikan, antara faktor lain adalah kos rawatan yang terlalu tinggi akibat status mereka sebagai pelarian dan bukan warga negara yang sah. Zafar juga menuntut anak-anak Rohingya mendapat sistem pendidikan yang lebih terjamin dan tersusun. Untuk rekod, komuniti pelarian Rohingya itu hanyalah bergantung kepada sistem pendidikan tidak formal yang diuruskan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Ketika ditemui Berita Harian dan New Straits Time di Persidangan Khas Jawatankuasa Rohingya Kebangsaan MRM bertempat di Setapak, Zafar yang baru dilantik sebagai Presiden MERHROM menggesa kerajaan melihat isu pendidikan untuk anak-anak Rohingya dan meminta kerajaan memberi dokumen supaya mereka dapat bekerja di Malaysia secara sah. Hasil tuntutan daripada MERHROM ini ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut. Apa pula pendapat anda? Antara hak dan isu kemanusiaan, di manakah jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini? - CARI
|
Bagus |
26
Marah |
2
Terkejut |
2
Sedih |
3
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lurve82 replied at 23-4-2020 09:05 AM
eh dah 30 tahun ddk sini...apa sumbangan ko harumkan negara? sukan menang olimpik? saintis cipta ses ...
Tinot7 replied at 23-4-2020 01:10 AM
Betui ka depa ni dr myammar? Iols tgk muka myammar mcm cainis. Depa muka mcm india.
Dah dok sini 3 ...
Akumagoukioni replied at 23-4-2020 09:21 AM
Tu yg aku tertanya2 tu. Sumbangan ape
harizs replied at 23-4-2020 09:22 AM
bila dah ramai & membiak pasti mrk akan tuntut hak sama rata...begitulah kaum cina & india yg diangk ...
ADVERTISEMENT