CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Luah Masalah Cinta Di Lorong, 2 Remaja Ditahan Ingkar PKP

23-4-2020 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3665| Komen: 26

Walaupun maklum mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesannya jika ingkar perintah berkenaan, ia tidak menghalang dua remaja bertemu di lorong untuk 'sesi luahan perasaan'.

Harian Metro melaporkan, dua remaja ditahan di lorong tepi sebuah bank, Beaufort Jaya, di Beaufort, malam tadi kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).




Remaja lelaki berusia 18 tahun berkenaan menemui rakan wanita berusia 19 tahun untuk meluahkan masalah percintaannya yang sedang retak.

Bagaimanapun, mereka kemudian ditahan anggota polis yang membuat rondaan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, 7.20 malam tadi selepas perbuatan mereka ingkar PKP disedari anggota yang sedang membuat rondaan.

“Pemeriksaan mendapati lelaki itu sedang meluah perasaan mengenai masalah cinta antara dia dengan teman wanitanya kepada rakannya yang juga teman kepada kekasihnya di lorong tepi bank berkenaan.


“Remaja perempuan (yang ditahan) pula adalah rakan sekerja kepada teman wanita lelaki terbabit. Kedua-dua mereka ditahan kerana gagal memberi alasan yang munasabah berada di kawasan berkenaan,” kata Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak.


Kredit foto: Harian Metro

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yuki812 23-4-2020 01:50 PM
lainkali luah kat porem ye dik...
Quote sfrnna 23-4-2020 02:00 PM
adoi. kerajaan bagi data free luahkan je kat whatsapp. skype ke apa.
Quote nefnefnef 23-4-2020 02:02 PM
Tak pasal pasal kena cekup
Quote polluxsstar 23-4-2020 02:02 PM
X pasal2 kena byr denda 2k ni. Sapa byrkan tu dik?
Quote Kurex 23-4-2020 02:24 PM
Ke cik loi dekat lorong?
Quote domestobot 23-4-2020 02:39 PM
meluah perasaan ke meluah serakah kat "kawan" tu? entah2 kena tangkap sebelum berlaku penetration.
Quote gummiebear 23-4-2020 02:40 PM
Luah dalam whatsapp je tak boleh ke dekk
Quote belilies 23-4-2020 02:42 PM
Tetek baru nak abis fasa membesar pun xfaham curfew
Quote Artemesiaa 23-4-2020 02:43 PM
Sendiri yang cari pasal melanggar arahan maka mendapatlah
Quote Catpaw 23-4-2020 02:56 PM
Tambah baik ke tambah masyalah dek
Quote salmon-suki 23-4-2020 03:01 PM
yuki812: lainkali luah kat porem ye dik...

bhahahahaha...dorg berani ke nak masuk porem ni?kekekeke~{:smile
Quote Xim 23-4-2020 03:25 PM
Threesome ke ni??
Quote BoLapciOus 23-4-2020 04:30 PM
Sesi kaunseling di tepi lorong ke..alahai kepamm
Quote sukacactus 23-4-2020 04:37 PM
Korang ni xde hp ke apa?
Nak jg jumpa depan2, kan dah tambah problem
Org kata dik, jgn luah kat pihak ke 3
Kang yg ke 3 tu masuk jarum...byk dah jd gitu
Quote Akumagoukioni 23-4-2020 04:57 PM
belilies replied at 23-4-2020 02:42 PM
Tetek baru nak abis fasa membesar pun xfaham curfew

Fasa akhir membesar umur brp thn?
Quote belilies 23-4-2020 05:06 PM
Akumagoukioni replied at 23-4-2020 04:57 PM
Fasa akhir membesar umur brp thn?

Umur si tertuduh ni lah
Quote LadyCarefree 23-4-2020 06:09 PM
Luah perasaan kt kawan baik gf.
Quote Supersirap 23-4-2020 07:17 PM
Semoga kita mengambil iktibar daripada peristiwa ini
Quote Lailerthee 23-4-2020 08:01 PM
Takde tempat lain ke nak luah perasaan

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.127249 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top