Kredit foto: Instagram ashrafsinclair Diam tak diam, sudah dua bulan pelakon, Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lepas. Adik kepada Ashraf iaitu Aishah dan Adam Sinclair serta adik iparnya, Yuna Zarai telah memuat naik gambar-gambar di laman Instagram sempena memperingati abang mereka itu.
Dalam foto yang dimuat naik Aishah, dua anak perempuannya kelihatan berada dalam pelukan abangnya dan mereka bertiga tersenyum ke arah kamera. Aishah juga menulis pesanan yang menyentuh hati buat Ashraf.
"Hari ini genap dua bulan. Tidak ada satu hari kami pun kami tidak mengingatimu. Mereka mengatakan, waktu akan memulihkan tapi ia masih menyakitkan," tulis Aishah. Aishah masih merindui abangnya dan sering mendengar rakaman suara Ashraf yang tersimpan di dalam Google Drive-nya. Menurut Aishah, ia dapat membantunya mengubat kerinduan. "Saya terjumpa rakaman suaramu di Google Drive. Mendengar suaramu membantu saya mengubati rasa sakit ini sedikit, tetapi kemudian saya menyedari, ada ruang kosong di hati yang tak mungkin terisi lagi sejak pemergianmu," luah Aishah. Adam Sinclair turut merasa kerinduan terhadap abangnya dan memuat naik foto lama yang menunjukkan momen dia dipeluk Ashraf ketika kecil.
"Genap dua bulan sejak kau pergi. Aku hanya ingin mengucapkan terima kasih kerana selalu mendukungku. Hari ini, aku mencuba sesuatu yang baru. Aku rasa kau akan bangga denganku. Sayang kamu selalu Abang Ash, Al-fatihah," luahnya. Yuna Zarai, isteri kepada Adam pula memuat naik gambar-gambar kenangan ketika arwah berkunjung ke Los Angeles buat kali terakhir. Yuna menulis panjang lebar mengenai perasaannya yang masih tidak percaya Ashraf telah meninggalkan mereka.
Yuna masih teringat kenangan ketika Ashraf dan keluarga berkunjung ke New York beberapa minggu sebelum Ashraf meninggal dunia. Yuna seterusnya memuji Ashraf sebagai seorang yang hebat dan boleh dijadikan contoh sebagai seorang anak, suami, abang dan ayah kepada Noah. Sayu membaca status di IG mereka bertiga ini. Orang yang baik akan sentiasa diingati walaupun sudah meninggal dunia. Moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman dan dirahmati Allah. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|