Sudah hampir sebulan Allahyarham Abam meninggalkan kita dan banyak kontroversi telah berlaku sejak pemergiaannya. Terkini, balu Arwah Abam iaitu Siti Nor Hidayah telah mengambil alih Instagram Arwah Abam yang memiliki lebih 2.5 juta pengikut itu.
Nor Hidayah sendiri memberitahu perkara itu menerusi sebuah posting pada Khamis. Hidayah memaklumkan bahawa akaun itu digunakan semata-mata untuk membuat kemas kini berkaitan anak lelakinya itu Semoga Nor Hidayah dan keluarga lebih tabah dan kuat dalam mengharungi hari-hari akan datang dan jangan lupa ramai netizen yang akan sentiasa memberikan sokongan kepada keluarga anda terutamanya Adik kecil Hamzah. - CARI |
ADVERTISEMENT