Pada Jumaat lepas, TV Al-Hijrah telah telah menganjurkan satu rancangan debat tentang isu vaksin yang bertajuk "Vaksin: Perlindungan Atau Kemudaratan" yang dihoskan Syafinaz Yunus.
Debat tersebut dihadiri dua orang panel iaitu Dr. Nurul Huda (Freelance Medical Doctor) dan Dato Dr. Musa Mohd Nordin (Pediatric Specialist). Perdebatan itu mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia kerana rentetan isu Suhaimi Saad serta segelintir rakyat Malaysia yang membangkang penggunaan vaksin ini. ketika perdebatan berlangsung, majoriti rakyat Malaysia menyebelahi Dr. Musa yang menyokong penggunaan vaksin. Hujah-hujah Dr. Nurul Huda juga turut dipersoalkan netizen apabila dikatakan hujahnya tidak menjawab soalan dan tiada isi. Rancangan ini mendapat respons netizen yang rata-rata mengecam Dr. Nurul Huda, namun masih ada yang menyebelahi beliau. Namun, Dr. Nurul Huda mempertahankan dirinya dan berkata beliau tidak diberikan taklimat tentang soalan-soalan yang akan diajukanmeskipun sudah bertanya beberapa hari sebelum rancangan tersebut. Sebenarnya, perdebatan ini adalah satu idea yang sangat bagus kerana kita dapat melihat pandangan dari kedua-dua belah pihak dengan hujan dan kajian mereka. Rakyat Malaysia boleh menilai sendiri dari perdebatan ini, mana yang baik dan mana yang buruk. Jadi, apa pendapat anda tentang isu ini? Buat korang yang masih belum menonton perdebatan ini, boleh tengok dulu dan baru nilai okey? - CARI |
6
Bagus |
11
Marah |
8
Terkejut |
6
Sedih |
8
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
minahmanja: dr nurul ni dr hosp mana... i mean b4 jadik freelance mo ... tkde sesapa ke nk check qualification beliau..
helicornia replied at 18-2-2019 01:54 PM
ada aku baca dia penah keje di klinik di bdr seri putra. lulusan ukm
KulitKayuManis replied at 18-2-2019 02:10 PM
Ikut medical field, dr "freelance" tu lebih tepat di describe sebagai "doctor locum"..contoh hospita ...
ADVERTISEMENT