Baru-baru ini, industri tanah air digemparkan dengan berita penyanyi popular Ziana Zain menuntuk cerai terhadap suaminya selepas 20 tahun usia perkahwinan mereka. Alasannya kerana kes penderaan terhadap anak-anak. Mujur Ziana Zain menguatkan diri untuk menuntut penceraian, jika tidak tidak tahu apakah nasib anak-anaknya. Mungkin kisah penceraian ini menghantui netizen sehingga dengan tidak semena-mena rumah tangga pasangan romantik Nora Danish dan Nedim Nazri turut dikatakan berantakan. Dalam pada Nora Danish dan suaminya memuat naik foto-foto bahagia di media sosial, ada juga mulut jahat pak cik bawang yang membuat tuduhan tidak berasas. Tanpa mempedulikan kapsyen romantis yang dimuatnaik Nora, individu berkenaan telah membuat tuduhan melulu menyatakan Nora Danish sedang membuat tuntutan cerai. Rata-rata peminat Nora yang melihat komen itu membalas supaya pak cik bawang insaf dan berhenti membuat fitnah. Nampaknya, netizen semakin bijak menilai berita benar atau palsu. Tetapi, jika dibiarkan mungkin berita tidak benar ini akan tersebar luas dan menjadi buah mulut. Dari mana agaknya netizen mendapat info tadi ya? Adakah ianya sengaja direka? Setahu kami, pasangan romantis ini tidak mempunyai masalah dan sering dilihat memberikan komen bahagia sesama sendiri. - CARI
|
whitePoison replied at 16-5-2018 06:10 PM
Biarlah nd dan bosned tu selesaikan masalah peribadi tu..netizen jangan nak membatu api meruntuhkan ...
ADVERTISEMENT