Gara-gara kerap menagih hutang, lelaki maut leher hampir putus akibat ditetak kenalannya. Memetik BH Online, kejadian berlaku di Simpang Taman Warisan 4, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu, tengah hari semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad, adik ipar mangsa, Hardisyam Saparuddin, 11, turut cedera diserang suspek, manakala Fazrin Ibrahim, 30, meninggal dunia di tempat kejadian. Difahamkan, suspek melarikan diri sebaik melakukan serangan itu, meninggalkan adik ipar suspek menangis di sisi mangsa sebelum ditenangkan orang ramai yang berada di lokasi.
"Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan. "Hasil temubual dengan kanak-kanak terbabit, suspek dikenali sebagai 'Kajan' itu dikatakan mempunyai hutang dengan abang iparnya. "Ketika kejadian, suspek berada di dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang lalu menyerang mangsa dari belakang menggunakan parang jenis barong. "Akibat kejadian itu, leher mangsa hampir putus manakala adik ipar mangsa turut cedera luka di jarinya," katanya. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat, sementara suspek diburu dengan unit anjing pengesan (K9). Sementara itu, BERNAMA melaporkan, siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu mengambil adik iparnya dari sebuah sekolah sebelum singgah mengambil suspek. "Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. - CARI
|
prettyuglybabe replied at 25-4-2018 10:26 AM
sial sangat manusia berhutang tak bayar ni..
sampai orang yang bagi hutang pulak bersusah payah..
...
ardy replied at 25-4-2018 02:51 PM
klu kena gelek lori, mati... sape nk bayar hutang? hahaha...
ADVERTISEMENT