CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Tengah Mengajar Pun Boleh Kena Samun

20-4-2018 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4560| Komen: 28

Seorang lelaki tanpa rasa takut menyamun seorang guru yang sedang mengajar di sekolah kebangsaan di Puchong Indah, Puchong, jam 5.20 petang semalam, lapor Harian Metro.



Gambar Hiasan: Bangladesh Time

Difahamkan, ketika kejadian guru wanita berusia 30 tahun itu duduk di mejanya selepas meminta lebih 40 pelajarnya menyalin satu nota tugasan.

Kemudian, seorang lelaki bertopi keledar merah berpenutup muka masuk ke dalam kelas sambil membawa sekeping kertas kononnya ingin bertanya lokasi sebuah kelas lain.

Bagaimanapun, suspek terus menarik beg tangan mangsa di atas meja sebaik mangsa ingin menunjukkan lokasi kelas ditanya.


"Mangsa terus berusaha menarik kembali beg tangannya, namun suspek terus merentap beg berkenaan sebelum melarikan diri.

"Ekoran dari itu, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan pada lutut kanannya," kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati suspek memasuki sekolah melalui pintu belakang yang tidak dikawal.

"Kita tidak menolak kemungkinan faktor kedudukan kelas yang terletak di hujung blok serta berhampiran pintu belakang menyebabkan suspek menjadikannya sebagai sasaran.

"Selain itu, pada masa kejadian, terdapat dua pengawal keselamatan berada dalam kawasan sekolah berkenaan, namun siasatan lanjut sedang dilakukan," jelasnya.

Pemeriksaan mendapati barang yang dicuri termasuk wang tunai RM100, kad pengenalan, lesen memandu, kad pengeluaran wang (ATM), dua telefon bimbit serta kunci rumah dan kenderaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun. - CARI
20

Bagus
20

Marah
25

Terkejut
30

Sedih
28

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 20-4-2018 05:56 PM
berani tol penyamun skang..
Quote tanakkampung1x 20-4-2018 05:59 PM
muridnya pasti terkejut ingatkan lakonan
Quote Manjahati 20-4-2018 06:30 PM
Kenapalah pintu tu x bermangga.. Merbahaya org luar boleh senang-senang masuk
Quote cahaya_almas 20-4-2018 06:46 PM
Bahayanya wei...tu cikgu...keselamatan murid2 guana...
Quote shernazz 20-4-2018 06:51 PM
Skola.skamg kan kebanyakan ada 2 pintu kan..
Satu pintu ada guard
Satu pintu xdak...
Huhu
Quote eLiaD 20-4-2018 06:56 PM
tak lama kne cekup la peyamun tarbus tu sbb polis pun rasanye dh dpt clue
Quote batmana 20-4-2018 07:01 PM
msti bkas pelajar skola tu juge
tau selok belok dlm tu
Quote dani-rox 20-4-2018 07:01 PM
Penyamun makin berani
Nasib baik tak bawak parang.
Quote delia3003 20-4-2018 07:03 PM
Macam mana orang luar boleh senang2 terlepas masuk? Biasa pintu pagar sekolah tutup waktu persekolahan. Menjawab ler pak guard
Quote iloveselangor 20-4-2018 07:03 PM
Sekolah ni kat Bangla ke kat Malaysia.

Drama Tamil sangat
Quote jazaa100 20-4-2018 07:06 PM
penagih le tu.......

Dah terdesak sgt....
Tak mcm bf pompuan yg bersekedudukan smlm....
dia kata, bf dia baik...wlupun menagih, tapi tak mencuri....
cuma tak dpt nikah je...
klu dah nikah nanti, bf dia berhenti menagih.....


Quote CiliPadiSedap 20-4-2018 08:25 PM
ini sekolah
sekolah ada dua pintu
satu di depan satu di belakang

ini sis vokuru
sis vokuru ada dua
satu di depan satu di belakang
Quote LautBiru52 20-4-2018 09:38 PM
Nasib baik penyamun tu tak buat apa2 dekat anak murid. Budak2 mesti blur. Yela tgh salin nota kan.

Ot kejap
Aku pula pernah kena ragut dpn rumah. Modes operandi yg sama. Konon nk tny alamat. Sempat tepis tapi aku jatuh terduduk time tu. Nasib dia tak dpt ape2. So hati2 la kalau ade org nk tny alamat ni.
Quote asfaz 20-4-2018 10:34 PM
Sekolah anak ai ni. Kelas ni belakang kelas anak ai. Kelas darjah 1
Quote ninja boy 21-4-2018 12:11 AM
musim nak raya nak puasa mmg kecurian akan bertambah. warga asing merompak modal balik kg raya. iklan2 scam2 mlm2 akan bertambah cari wang lebih. paksa2 beli barang. paksa2 majikan sediakan wang raya.
Quote oggy 21-4-2018 12:17 AM
Aduhaiii kat sekolah pun boleh.
Quote RatuDunia94 21-4-2018 02:58 AM
Zmn iols dulu monyet yg bw lari beg cikgu..
Quote FanTasyCreaTioN 21-4-2018 04:31 AM
dah lama perati dan rancang kot

Quote onexox97 21-4-2018 06:15 AM
maksudnya lepas ni takleh layan la org buat tany alamat
masalah nya sy pun sering bertanyakan alamat pada yg saya tak kenal
tapi sy xperompak

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.088709 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top