Kerajaan negeri menghadiahkan insentif wang tunai RM100,000 dan RM100,000 lagi untuk skim insentif latihan buat pelumba negara, Azizulhasni Awang, sebagai pengiktirafan di atas kejayaannya menjuarai acara keirin Kejohanan Trek Basikal Dunia di Hong Kong, minggu lalu.
Memetik laporan Berita Harian, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif mengumumkan perkara itu pada majlis menyambut kepulangan dan meraikan kejayaan anak jati Dungun itu, di Wisma Darul Iman , Kuala Terengganu hari ini. "Kejayaan Azizulhasni sangat membanggakan seluruh rakyat Terengganu dan insentif ini adalah penghargaan di atas segala kerja keras dan pengorbanan beliau untuk negeri dan negara." Tambah beliau, insentif berkenaan diharap bukan saja dapat menjadi pendorong buat Azizulhasni mencipta lebih banyak kejayaan di dalam dan luar negara, tetapi juga sebagai penyuntik semangat untuk atlet dan anak muda lain melakar kejayaan dalam bidang sukan. Dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan meneruskan pembinaan velodrom di Dungun dengan kos keseluruhan dianggarkan RM10 juta dan Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan RM1 juta untuk kerja tapak, ujar Ahmad Razif.- CARI
|
31
Bagus |
24
Marah |
29
Terkejut |
25
Sedih |
21
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zidane_ziege replied at 19-4-2017 06:27 PM
bijak roket poketman ni..dekat2 nk PRU la dia menang world champ..
ffbeauties replied at 19-4-2017 11:25 PM
The pocket rocketman kan? Bukan rocket pocket man.. Lari maksud uuuu
ADVERTISEMENT