CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rangkul Pingat Emas Pertama Kejohanan Dunia, Tahniah Buat Azizulhasni Awang!

14-4-2017 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 14698| Komen: 158

Description: Azizulhasni Awang merangkul pingat emas pertama negara acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI yang berlangsung di Hong Kong. Thursday, 13 April 2017 | MYT 10:12 PM ...
Tahniah buat Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang kerana berjaya menamatkan penantian Malaysia dalam acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI.

Memetik laporan Bernama, pagi tadi beliau mempamerkan kayuhan bertenaga untuk merangkul pingat emas pertama negara acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI yang berlangsung di Hong Kong.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' menghadapi tentangan sengit daripada lima pelumba lain sebelum mencecah garisan penamat untuk meraih pingat emas dalam perlumbaan yang diadakan di Hong Kong Velodrome Park.

Sementara itu, Kejayaan jaguh trek negara, Azizulhasni Awang merangkul gelaran dunia acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, turut dikongsi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi akaun Twitter miliknya sebentar tadi, beliau mengucapkan tahniah kepada pelumba berusia 29 tahun dari Dungun, Terengganu itu.


"Juara Dunia Keirin 2017, #PocketRocketMan ! Tahniah @AzizulAWANG menang Kejohanan Track Berbasikal di Hong Kong! #Kebanggaanku." 

Pelumba Colombia Fabian Hernando Puerta Zapata memenangi perak manakala gangsa milik pelumba Tomas Babek dari Republik Czech, menurut laman web kejohanan itu; www.trackworldchamp.hk.

Mohd Azizulhasni bersama seorang lagi pelumba Malaysia Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang pertama kali bersaing di kejohanan dunia akan memberi tumpuan acara pecut individu yang berlangsung Sabtu ini.- CARI

sumber foto: The Star
sumber foto: The Star

            
                       
        
   




                                       





34

Bagus
38

Marah
28

Terkejut
27

Sedih
18

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (175 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote momomikomiki 13-4-2017 10:18 PM
Tahniah laaa
Quote VioletsAre_Blue 13-4-2017 10:19 PM
berdebar-debar akak tengok tadi dik..keunggulan azizul langsung tak dicabar..tahniah gelaran juara dunia pertama beliau
Quote (=_=) 13-4-2017 10:25 PM
takde video ke?senyap2 je jijoe rangkul gelaran dunia..lcw dan pandelela bila lagi?
Quote MissNigga 13-4-2017 10:37 PM

tahniah jijullllll ... lope you
Quote VioletsAre_Blue 13-4-2017 10:40 PM
MissNigga replied at 13-4-2017 10:37 PM
tahniah jijullllll ... lope you

keciknya jijoe tapi world champion ok..dia ni boleh jadi contoh takde lagi alasan nak jadikan kekurangan fizikal sebagai halangan
Quote VioletsAre_Blue 13-4-2017 10:42 PM
(=_=) replied at 13-4-2017 10:25 PM
takde video ke?senyap2 je jijoe rangkul gelaran dunia..lcw dan pandelela bila lagi?

akak cari tadi takde lagi kalau ada akak tempek
Quote cicakgemok 13-4-2017 10:48 PM


usaha tangga kejayaan.tahniah
Quote GegarVaganja 13-4-2017 10:49 PM
Nice one, tahniah
Quote dauswq 13-4-2017 10:52 PM
acara track, bukan keiren rupanya
pelik lak jason kenny tu tak masuk
Quote mjla 13-4-2017 10:56 PM
Tahniah dr den.
Pas ni jgn sindir mb lg
Quote MissNigga 13-4-2017 11:01 PM
VioletsAre_Blue replied at 13-4-2017 10:40 PM
keciknya jijoe tapi world champion ok..dia ni boleh jadi contoh takde lagi alasan nak jadikan keku ...

kecik kecik cili padi uols......
hat off to this guy ... he is the man ...

[fbv]1494750640544385[/fbv]

Quote MissNigga 13-4-2017 11:03 PM
pusingan terakhir ... kat corner tyme dia pecut tue ... mmg terbaekkkkk
Quote elastico 13-4-2017 11:04 PM
MissNigga replied at 13-4-2017 10:37 PM
tahniah jijullllll ... lope you

tengok gambar ni teringat pernah baca artikel orang yang menang bronze medal lebih gembira dari silver..ternyata benar tengok mimik muka menceritakan segalanya
Quote MissNigga 13-4-2017 11:05 PM
awenggg... awengggg... awengggggg
Quote de_ikea 13-4-2017 11:07 PM
Tahniah jijo. Mlaysia berbangga
Quote MissNigga 13-4-2017 11:08 PM
elastico replied at 13-4-2017 11:04 PM
tengok gambar ni teringat pernah baca artikel orang yang menang bronze medal lebih gembira dari si ...

pingat perak tu exceli frust sebab .. kalo dia work a bit harder ... he'd have won the race ...
pingat gangsa lak ... happy ... sebab ... gangsa gangsa ler .. daripada tak menang pingat pun ...
Quote MissNigga 13-4-2017 11:09 PM
weh....tt ... mohon edit tajuk ... sila letak 'malaysia mendunia ... followed by the title
Quote VioletsAre_Blue 13-4-2017 11:13 PM
MissNigga replied at 13-4-2017 11:09 PM
weh....tt ... mohon edit tajuk ... sila letak 'malaysia mendunia ... followed by the title

dah uols
tajuk thread macam nak bako indon je dik
Quote airfilterkotor 13-4-2017 11:15 PM
MissNigga replied at 13-4-2017 11:09 PM
weh....tt ... mohon edit tajuk ... sila letak 'malaysia mendunia ... followed by the title

Kita bako kita bako!  

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.091463 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top