Siapa tak kenal dengan chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih popular dengan panggilan Chef Wan. Bukan sahaja hebat di dapur, malah dia terkenal dengan kelancangannya dalam menyuarakan pendapat.
Menerusi entrinya di laman sosial Instagram baru-baru ini, Chef Wan berkongsi pengalamannya bersembang dengan seorang pemandu teksi ketika berada di Pulau Pinang. Entri tersebut disertakan sebuah video memaparkan perbualan mereka yang menyaksikan kegembiraan pemandu teksi terhadap kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang yang kini diterajui DAP. Berkongsi pengalamannya membawa pelancong, pemandu terbabit mendakwa rata-rata mereka memuji Pulau Pinang yang kini lebih bersih selain usaha kerajaan memulihara bangunan-bangunan lama di situ.
Menurut pemandu itu, dia mendakwa usaha dan pencapaian pentadbiran kini lebih baik dan berbeza jika sebelum ini. "Saya tak tengok bangsa, agama atau kulit. Siapa bagus, saya ikut," katanya. Rancak berbual dengan pemandu tersebut, Chef Wan juga bersetuju dengan pendapatnya itu. "Kita nak perubahan sebab kita nak kebaikan yang dapat memberi manfaat kepada semua orang," kata Chef Wan. Sementara itu, Chef Wan turut mengkritik segelintir pemimpin politik yang penuh muslihat untuk menjatuhkan sesama sendiri selain sering menyentuh sentimen perkauman. "Isu perkauman yang sering timbul buat saya rasa loya! Mereka yang bodoh saja tak nampak semua ini kerana ada agenda tersendiri kononnya takut itu dan ini," tambahnya. Perkongsian itu sememangnya mencuri perhatian netizen yang menyokong isi perbualan Chef Wan dan pemandu berkenaan serta keberanian Chef Wan bersuara. "Ucapan bagus Chef Wan, bangga sebagai orang Penang. "Selangor masih tak berubah, sedih," antara komen netizen. Dalam pada itu, ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapat Chef Wan. Apa pula pandangan anda? - CARI |
10
Bagus |
15
Marah |
30
Terkejut |
25
Sedih |
22
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pulauturtle replied at 10-4-2017 08:17 PM
Penang makin maju dan macai anti penang makin tertekan
vandergooh replied at 10-4-2017 09:15 PM
Yg terbaru aku tengok kerajaan penang buat water treatment plak bagi bersihkan sungai2 penang...
aHoi83 replied at 10-4-2017 11:37 PM
Paling ketara komtar yg dulunya mcm bangunan tinggal waktu BN , skrg dah berseri kembali. What a was ...
ADVERTISEMENT