Sudah buat salah, tak mahu mengaku. Apabila suapan rasuah ditolak, dia pula naik angin memaki hamun anggota JPJ! Gara-gara sikap penting diri individu ini, dia menghina anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas enggan menerima rasuah dengan memuat naik status berbaur cacian dan makian di laman sosial baru-baru ini.
Ekoran itu, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJS) bagi mengenakan tindakan terhadap individu terbabit. Menurut Presiden KPPJS Hamzah Masri, dua laporan polis dibuat berhubung penghinaan terhadap anggota terbabit yang dimuat naik menerusi aplikasi WeChat.
Anggota di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, Perak membuat laporan pertama pada 28 Januari lalu, manakala laporan kedua dibuat KPPJS di Balai Putrajaya, Selasa lalu. Kata Hamzah, perbuatan memuat naik status bersama gambar anggota JPJ dan menyebarkannya di laman sosial jelas tidak bertanggungjawab! "Difahamkan kejadian berlaku sewaktu anggota bersama pasukannya menjalankan rondaan Op Tahun Baru Cina 2017, mereka menahan sebuah Perodua Myvi dan mengeluarkan saman kerana memandu di lorong kecemasan di Kilometer 318.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Tapah, jam 4.25 petang pada 27 Januari lalu. "Kita minta polis cari dan ambil tindakan tegas terhadap pelaku yang memuat naik gambar berserta status menghina itu. Berdasarkan situasi, wujud cubaan suapan, maka kita harap tindakan dapat diambil SPRM," katanya kepada Harian Metro. Menerusi status itu, individu itu melemparkan cacian terhadap anggota JPJ terbabit selepas enggan menerima wang ditawarkan apabila dia dan rakannya disaman kerana memandu di lorong kecemasan. - CARI
|
27
Bagus |
17
Marah |
14
Terkejut |
28
Sedih |
11
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
airfilterkotor replied at 3-2-2017 10:08 AM
Baru aku tau tulisan bebudak wechat macam tu.
Sedih tengok BM dia.
Star_el replied at 3-2-2017 10:23 AM
ke tu cm google translate? gigih na taip dlm bahasa
airfilterkotor replied at 3-2-2017 10:11 AM
Ntah-ntah kat cermin keta ahbeng ni ada tampal sticker 'Bribe Free Malaysian'.
airfilterkotor replied at 3-2-2017 10:27 AM
Ko budak Wechat ehh...?
ADVERTISEMENT