CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Wanita JPJ Berbangsa Melayu Fasih Mandarin Tarik Perhatian Netizen

20-9-2017 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 15461| Komen: 162


sumber : Harian Metro


Baru-baru ini, dua orang pelajar yang berasal dari China mengunjungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Perlis untuk memperbaharui cukai jalan. 

Disebabkan tidak fasih bertutur bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan pegawai JPJ yang bertugas.

Namun mujur ketika itu seorang pegawai wanita JPJ berbangsa Melayu mahir bertutur bahasa Mandarin tampil menghulurkan bantuan. 



Video berdurasi 1 minit 32 saat yang dimuat naik di laman Facebook Siakap Keli menunjukkan pegawai wanita yang bernama Nur Syafiqah Azaman fasih bertutur bahasa Mandarin dengan dua pelajar China tersebut. 

Memetik laporan Harian Metro, gadis berasal dari Changlun, Kedah dan berdarah kacukan Cina dari sebelah ibunya berkata, ketika itu dua pelajar dari Shandong, China yang menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang kewangan dan pengurusan perniagaan mahu membuat pertukaran nama hak milik kenderaan.

“Mereka berdua baru saja membeli sebuah kereta untuk kegunaan di negara ini. Namun, ketika berurusan di kaunter, saya perhatikan mereka tidak boleh berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris juga tersekat-sekat."

“Jadi saya terpanggil untuk membantu dan memberi sedikit penerangan mengenai prosedur yang perlu dilakukan oleh mereka termasuk di PUSPAKOM (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) dalam bahasa mandarin. Syukur mereka boleh memahaminya dengan jelas.”

Tambah Nur Syafiqah, rakan sekerjanya yang merakam dia berbual dan memberi penerangan kepada dua pelajar terbabit memuat naik video itu ke laman rasmi JPJ Perlis sebelum ia dikongsikan netizen.

Dilaporkan video tersebut tersebar luas di media sosial, rata-rata netizen memuji kebolehan Nur Syafiqah menguasai bahasa ketiga. 

Ada segelintir netizen pula berpendapat pegawai yang berkebolehan sebegitu wajar diberi insentif tertentu sebagai tanda penghargaan. 

Setakat ini, video tersebut telah memperolehi lebih daripada 1.37 juta tontonan dan telah dikongsi sebanyak 17,500 kali.- CARI


20

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
18

Sedih
9

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote toteng 19-9-2017 10:08 PM
Pergi jah borneo ramai yang boleh cakap mandarin walaupun bukan cina
Quote nobito 19-9-2017 10:09 PM
Kalau akak.....akak suroh dia buka kamus baru berurusan.....

Tak kuasa akak nak cong ceng cong cong  macam Tikus cencurot
Quote edee_91 19-9-2017 10:10 PM
nexxxxxttttttttt... sikit pun tak impressed.
Quote mm333 19-9-2017 10:11 PM
nape tak dapat tengok video.???
Quote Madel 19-9-2017 10:11 PM
Aku lgi fluent dari akak ni..tak ada slang melayu....
Aku speking mandrain tak ada 'yah' 'lah'

Quote mm333 19-9-2017 10:13 PM
Madel replied at 19-9-2017 10:11 PM
Aku lgi fluent dari akak ni..tak ada slang melayu....
Aku speking mandrain tak ada 'yah' 'lah':la ...

awak org cina mestilah xde slang

Quote wana89 19-9-2017 10:13 PM
Ada orang nasihatkan wana suruh belajar chinese language sebab china bakal mendoniya di malaysia xlama lagi.. tapi probnya bab belajar bahasa wana lembam sikit.. bersungguh dia ajar.. satu hari 2 perkataan.. dulu la..
Quote nobito 19-9-2017 10:17 PM
edee_91 replied at 19-9-2017 10:10 PM
nexxxxxttttttttt... sikit pun tak impressed.

Pada akak is nothing pandai cakap bahasa bunyi macam tikos cencurot.....memalukan lagi ada....so gross...xda class

Kalau bunyi macam America tak pe jugak
Quote mm333 19-9-2017 10:19 PM
nobito replied at 19-9-2017 10:17 PM
Pada akak is nothing pandai cakap bahasa bunyi macam tikos cencurot.....memalukan lagi ada....so g ...

Asyik America je, awak org Asia Ke omputeh
Quote cheergirlz 19-9-2017 10:20 PM
dlu x reti jgk..blaja ckit2..fhm ckit2 bole laa...pastu dh lama tinggal...
Quote moonbug 19-9-2017 10:22 PM
Teringat kat member aku yg fluent ckp Tamil and Mandarin
Quote nobito 19-9-2017 10:23 PM
mm333 replied at 19-9-2017 10:19 PM
Asyik America je, awak org Asia Ke omputeh

Arab pon asia jugak kan dik.....akak suka Arab dan America....akak tak suka East Asia.

Takda class East Asia.....bahasa macam bunyi tikos cencorot
Quote nobito 19-9-2017 10:26 PM
cheergirlz replied at 19-9-2017 10:20 PM
dlu x reti jgk..blaja ckit2..fhm ckit2 bole laa...pastu dh lama tinggal...

Akak pon ada belajar.. Ni zuo shenme zai zheli? Bla bla bla ...tapi Mandarin tak menarik...so boringgg....

Buang masa akak je ambik bahasa cine ni sebagai 3rd language dulu.
Quote Madel 19-9-2017 10:31 PM
mm333 replied at 19-9-2017 02:13 PM
awak org cina mestilah xde slang

Aku melayu islam le..
Mak cina..ayah melayu.
Akak JPJ ni pekat bahasa Perlis tu yg b.cina dia berslang melayu.
Quote cheergirlz 19-9-2017 10:36 PM
nobito replied at 19-9-2017 10:26 PM
Akak pon ada belajar.. Ni zuo shenme zai zheli? Bla bla bla ...tapi Mandarin tak menarik...so bori ...

hihihiii...ni zuo shenme mingzhi..wo zai ipoh mali...sronok jgk laa kaka nobito...tp kna sntsa prctice laa baru fluent..
dlu sy stay sarawak..satu habuk x fhm..ms blaja sy hentam jer ckp..hahaha smpai kwn2 ckp abiz rosak bahasa diorg..smpai sy pndai..hihihi..
Quote chazey 19-9-2017 10:38 PM
Madel replied at 19-9-2017 10:11 PM
Aku lgi fluent dari akak ni..tak ada slang melayu....
Aku speking mandrain tak ada 'yah' 'lah':la ...

Chuol tak kira. Chuol ada DNA China ren.
Quote nobito 19-9-2017 10:43 PM
cheergirlz replied at 19-9-2017 10:36 PM
hihihiii...ni zuo shenme mingzhi..wo zai ipoh mali...sronok jgk laa kaka nobito...tp kna sntsa prc ...

Wo jiao nobito, wo shi 18 sui le.....wo shi alaboyu ren....wo zhu zai Jilongpo
Quote Peterpan17 19-9-2017 10:45 PM
toteng replied at 19-9-2017 10:08 PM
Pergi jah borneo ramai yang boleh cakap mandarin walaupun bukan cina

akak aku punya fasih ckp Mandarin. Cina banana pun kalah. Aku blh ckp sikit dan faham sikit Mandarin, Cantonese dan Hakka. Klu setakat kutuk2 tu, jgn cuba cuba ckp depan aku. Aku faham
Quote edee_91 19-9-2017 10:46 PM
nobito replied at 19-9-2017 10:17 PM
Pada akak is nothing pandai cakap bahasa bunyi macam tikos cencurot.....memalukan lagi ada....so g ...

memang is nothing special pun. tapi sebab cantik kan. so gerakan cobaan untuk famouskan beliau tu tinggilah.

Lihat semua komen(162)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.037817 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top