Bukan sahaja didapati 'hilang' dari rumah mayat tetapi disemadikan oleh 'orang lain', situasi yang mengejutkan itu dialami oleh ahli keluarga Fong Meng Tuck berusia 60 tahun yang maut dalam kemalangan.
Difahamkan mayat Meng Tuck dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat sebelum ahli keluarga mangsa dibenarkan untuk menuntut mayat bagi tujuan upacara pengebumian. "Kami pergi ke bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada pukul 2 petang Isnin. Selepas menandatangani 'borang pelepasan mayat' hospital memberitahu kami bahawa mayat bapa saya tiada di bilik tersebut." Menurut salah seorang anak mangsa, Edward Fong selepas menunggu kira-kira sejam, ahli keluarga individu lain yang maut dan mayatnya juga berada di bilik itu memberitahu bahawa keluarga mereka tersilap menuntut mayat bapa saya dan upacara pembakaran sudah dilakukan. Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat dan ahli keluarganya mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab, tambah Edward. Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kakitangan hospital yang terlibat dalam insiden itu sudah digantung tugas kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perkhidmatan Perubatan Forensik. "Kementerian telah mengarahkan semua hospital untuk meningkatkan SOP mereka bagi memastikan kejadian sama tidak berulang."- CARI |
42
Bagus |
41
Marah |
42
Terkejut |
47
Sedih |
36
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sayamerah replied at 22-11-2016 11:21 PM
"kenapa kau menangis kat kubur anak pakcik'?
jeng jeng jeng
FARRAZOOL replied at 22-11-2016 11:15 PM
Hishhhh...cuainya.Bab mati..mayat segala kan isu sensitive utk fmly @ waris trdekat..
PongKang replied at 22-11-2016 11:27 PM
mungkin mayatnya telah dibakar... jeng jeng jeng...
sayamerah replied at 22-11-2016 11:21 PM
"kenapa kau menangis kat kubur anak pakcik'?
jeng jeng jeng
Nenasketum replied at 22-11-2016 11:34 PM
Klakar la pulak komen ni. Aku mampu ketawa walaupun ada orang hilang mata pencarian. Sila cari loy ...
kechikchomel replied at 22-11-2016 11:36 PM
satu tu mayat lelaki Chinese
satu lagi tu mayat siapa ye?
tadi ada kat buletin utama, tapi tak ten ...
ronapink replied at 22-11-2016 11:33 PM
setuju..kalau kena famili kita, apa rasa,
kita tengah sedih kutt
FARRAZOOL replied at 23-11-2016 12:52 AM
Khenn???Aptb
ADVERTISEMENT