CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ditahan Polis Gara-gara Menghina Kerabat Johor

24-11-2016 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3294| Komen: 13

Description: Polis semalam, menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Polis semalam, menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.



Sumber foto: Harian Metro

Menurut BH Online, kejadian berlaku di Bayan Baru, Pulau Pinang, malam tadi di mana lelaki itu dipercayai membuat kenyataan jelik berkenaan menerusi laman web forum.lowyat.net.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata suspek ditahan pada jam kira-kira 8.45 malam selepas sebuah laporan diterima pada Isnin lalu berhubung penyalahgunaan laman web dengan menghina Kerabat Johor yang boleh meggugat keharmonian dan kesejahteraan negara.


"Suspek ditahan di Pejabat Komersil Balai Polis Bayan Baru dengan kerjasama anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. 

"Polis juga merampas sekeping sim kad dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek bagi membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor," katanya kepada BH Online.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sekiranya disabitkan kesalahan mengikut seksyen itu, suspek boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. - CARI


15

Bagus
11

Marah
25

Terkejut
17

Sedih
16

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juliez 24-11-2016 09:32 AM
Forum lowyat????

Tak lama lagi pdrm singgah la Forum Cari
Quote intan_smsb 24-11-2016 10:03 AM
jaga2 ada mata2 yang memerhati
Quote kemaruk 24-11-2016 10:05 AM
Bang karim arim dah lepak kat forum lowyat rupanye
Quote capiloton 24-11-2016 10:19 AM
bila pulak penghina Najib dan Rosmah nak masuk penjara?
mau penuh penjara satu malaya.

Quote kentel 24-11-2016 10:23 AM
amboi makin giat memburu
Quote CiliPadiSedap 24-11-2016 10:31 AM
peYno ada kat forum lowyat dan cari gold, tetapi peYno duduk jepun jual proton.
Quote FARRAZOOL 24-11-2016 12:10 PM
Penyo dh kluarr penjara ke blm?
Quote Tapayana 24-11-2016 01:27 PM
wow !! cepatnya buat keja
Quote nikaido 24-11-2016 01:32 PM
capiloton replied at 24-11-2016 10:19 AM
bila pulak penghina Najib dan Rosmah nak masuk penjara?
mau penuh penjara satu malaya.

dah ada yg kena tahan 2hari lepas. yg penganggur tu komen dkt twitter
Quote jengkoil 24-11-2016 01:34 PM
Bila bam karim arin aka public enemy no 1 aka peyno nak kuar? Kitaorg rindukan posting abam..
Quote m.kumaran 24-11-2016 01:38 PM
pesalah ini tidak tahu menghormati rukun negara kesetiaan kepada raja dan negara. tidak tahu menghormati sumpah sendiri sebagai rakyat malaysia. orang yang melanggar rukun negara dipatutkan hukuman.


MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
KESOPANAN DAN KESUSILAAN



Quote OmJualGas 24-11-2016 01:47 PM
Patriotik juga kau kumaran...
Quote -electrifying- 24-11-2016 02:23 PM
mne la si peyno ni kan...
dlu dok brgdh psl produa n proton dgn dia

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.465864 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top