CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Awas, Mitos Belimbing Buluh Boleh Buat Bayi Anda Menderita

13-10-2016 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6542| Komen: 18|Original author: Oleh: Myra Rozi


Seorang bayi yang usianya baru menjangkau empat hari menderita teruk akibat ditumbuhi ruam merah sehingga menutupi keseluruhan badannya.

Perkara ini didedahkan oleh seorang doktor dari Klinik As-Salam 24 Jam Bandar Baru Bangi yang terkejut kerana ruam tersebut membuatkannya hampir tidak perasan tentang jaundis bayi tersebut.

Lagi mengejutkan apabila ditemukan potongan belimbing buluh di celah-celah barut dan lampinnya dan ini adalah gara-gara ibunya yang terpengaruh dengan petua yang ditemui di Facebook.

Pos yang dimuat naik oleh akaun Wasiat Iman itu terus menjadi viral dan dikongsi kebanyakannya oleh ibu bapa yang teruja untuk menghilangkan jaundis bayi mereka dengan cepat.

Ia menyatakan tentang khasiat belimbing buluh yang kononnya boleh dijadikan penawar bagi merawat kuning pada bayi yang baru lahir dan mendapat jumlah 'share' sebanyak lebih 24 ribu kali.

Sebagai info, apabila seorang bayi lahir, haemoglobin yang berlebihan akan diuraikan menjadi kompaun bilirubin. Kompaun bilirubin inilah yang menyebabkan kekuningan pada bayi.

Tubuh badan bayi boleh mengurangkan bilirubin dalam badannya dengan sendiri tanpa bantuan lain. Disebabkan itu kebanyakan bayi akan diperhatikan tahap kandungan bilirubin dalam darahnya sahaja.

Cuma jika tahap bilirubin mencapai kadar yang tinggi barulah bayi akan diletakkan di bawah lampu biru.

Oleh itu, mitos tentang belimbing buluh untuk mengurangkan kekuningan pada bayi ini perlulah dihentikan segera kerana cara ini langsung tidak terbukti keberkesanannya. -CARI

15

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
2

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fishcracker 13-10-2016 12:33 PM
budak kena jaundis bagi je susu banyak2,
Quote DeeHanania 13-10-2016 01:27 PM
Kalo baby kena kuning,trus bwk g spital masuk dlm inkubator bwh lampu biru...slalu bgi baby mnyusu bdn,sbb baby yg demam kuning nie,slalu yer bnyk tidur
Quote HazeLJoseph 13-10-2016 02:01 PM
Obat dia susu badan mak banyak2 laa weyyy.. melampau2 semua benda nak di try tempek dan bagi makan kt budak yg baru celik tgk dunia
Quote HazeLJoseph 13-10-2016 02:01 PM
Obat dia susu badan mak banyak2 laa weyyy.. melampau2 semua benda nak di try tempek dan bagi makan kt budak yg baru celik tgk dunia
Quote mamapea 13-10-2016 02:45 PM
anak aku yg no 2 masa kena kuning  mcm2 aku buat...masa tu jahil...
bg minum air anggur hijau la..minum air serbuk mutiara, sengkuang cina la...
mandi dgn kucai, air kelapa..daun apa ntah lg...paling kesian jemur kt matahari pagi2..
last2 bw pi jumpa pakar kt hkl...doktor pakar ckp kalau lbh 2 minggu kuning biar jer...nanti hilang sndr...yg kena risau baby umur bwh 2 minggu sbb otak blm matang...bg minum susu badan jer bnyk2...baby kuning dia x aktif...asyik tido jer...kena kejutkan 2-3 jam skali utk menyusu...
anak no 3 pun kena gak...bnykkan menyusu je la..dua2 anak aku kena prolong jaundice...sampai sbln lbh..
Quote Artemesiaa 13-10-2016 04:37 PM
Lain kali kena tanya pada yang pakar jangan nak pandai2 sendiri percayakan apa orang lain kata sangat akhirnya menyusahkan diri sendiri
Quote sabar_sabariah 13-10-2016 04:38 PM
betul, bagi susu ibu je banyak2
kalau baby kuning, usaha tu lebih kepada ibu
maksudnya, kalau kata susu kambing tu boleh kurangkan kuning, ibu yg kena minum
bukan bagi kat baby
lepas tu ibu kena usaha banyakkan susu badan
kalau baby asyik tidur je, kena usaha nak bagi baby minum susu
ini ada petua kalau anak kuning, suruh jauhkan segala-mala benda yg warna kuning
kejadahnya...
habis, kalau dinding rumah kuning
dan2 time tu lah nak cat rumah bagi kaler lain?
lucu betul!!
Quote teha86 13-10-2016 05:59 PM
sape la bg mitos bukan2 ni...hahaahah
bg air susu ibu je laaa...
tu yg paling mujarab..
Quote mirandanicky1 14-10-2016 08:27 AM
Tak penah dgr petua ni..first time.
Quote sapeka 14-10-2016 08:48 AM
nape la takut sgt nak ke klinik jumpa doktor?
Quote CikNia 14-10-2016 10:11 AM
aku dlu cmtu gak masa bersalin anak sulung.mcm2 bg last skali ok ngan susu ibu.even susah sgt nk bg sbb dia suka tidur.kejut pn xnk bgun.sua ke mulut pn xnk hisap..
Quote Miming2 14-10-2016 10:53 AM
adoiyai... neonatal jaundice nie sebab deficiency of enzyme G6PD lah... xda kaitan pun dgn starfruits!
Quote fifie_olin 14-10-2016 11:17 AM
kesian aku tgk baby tu...
dorg ni men blasah jek...
bwk je la jmpa doktr...ssh sgt ke...
Quote haryatie 14-10-2016 02:28 PM
ada ke baby sekecil gitu dibuat yg pelik2
Quote daunanijau 14-10-2016 04:13 PM
ni takut memudaratkan baby aderla..doctor pon advise just keep giving the baby susu ibu biar pee and poop byk2 and jgn miss gi klinik monitor bilirubin..been there too bertungkus lumus hubby and i kejutkan beliau mase umur seminggu ke bawah..siap geletek mulut hidung kaki telinga ape yang boleh digeletek semata2 nak bagi menyusu 1-2 jam sekali
Quote tupaiterbang 15-10-2016 12:11 PM

Kebanyakan baby yg kena jaundis ni sebab mak dan baby tu berdarah O
So bakal mak yg berdarah O tu be prepared la, kebarangkalian baby korang akan dapat jaundis tu mmg tinggi
Bagi susu badan byk2, tu je caranya

Quote Youngest_Aiyu 15-10-2016 01:03 PM
first time dgr letak belimbing buluh .
Quote oshinz 19-10-2016 12:21 PM
anak sy pun prolong jaundice. kitorang husband and wife darah o. masa ulang alik jumpa doktor check pasal jaundice ni, ada satu doktor tu gitau kalau boleh bilik yang kita duduk dengan baby tu kena cukup mencahayaan. means biar cahaya matahari pagi tu masuk dalam bilik. taktahulah sejauh mana kebenarannya.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.102706 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top