CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mana Duitnya, Nak? Kami Lapar, Gas Dah Habis - Rayu Bapa

13-10-2016 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8015| Komen: 35|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Sebak hati membaca kisah seorang bapa menunggu kiriman duit daripada anaknya yang tak kunjung tiba.
Sebak hati membaca kisah seorang bapa menunggu kiriman duit daripada anaknya yang tak kunjung tiba. 

Seorang netizen, Ak Mal (nama Facebook) yang cakna menulis pada status Facebooknya mengenai kisah bagaimana dia terserempak dengan seorang lelaki dikenali sebagai Paklong.


Ketika ditemui, Paklong berwajah muram dan hampa seperti bermasalah. Selepas disapa, Paklong meluahkan rasa hampanya apabila dia masih tidak menerima wang daripada anaknya walaupun hampir dua jam dia menunggu di sebuah ATM di stesen minyak berdekatan.

"Dekat dua jam saya tunggu. Anak di KL kata nak masukkan duit tapi dah dua hari saya periksa, duit tetap tak masuk lagi.

"Saya dah hubungi anak, tapi dia suruh tunggu malam pula." kata Paklong sambil menolak huluran duit diberikan Ak Mal dengan air di mata kelihatan bertakung.

Akmal juga terdengar bisikan si anak yang membonceng di belakang ayahnya menyuruh ayahnya untuk pulang sahaja dan makan sekadar termampu.

Si ayah bagaimanapun mengatakan bahawa mereka tidak dapat memasak kerana gas di rumah sudah habis.

Mendengarkan bisikan si anak, Ak Mal terus menghulurkan wang itu kepadanya sambil berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh dan bantu ibu bapa apabila berjaya kelak.



Peristiwa menyayat hati itu membuat Ak Mal sangat berharap supaya anak Paklong di KL terbaca kisah itu dan segera bertanggungjawab. Kisah itu turut mendapat perhatian daripada netizen yang rata-rata sangat bersimpati dan kesal pada nasib orang tua itu. 

"Sekarang anda tak peduli  pada ibu bapa, kelak anak anda akan melakukan perkara sama kepada anda," komen RaiRai Love.



Netizen juga kesal dengan sikap anak Paklong yang tidak bertanggungjawab memberi harapan palsu kepada dia.



Tidak kurang juga netizen yang berfikiran positif terhadap si anak yang menyatakan kemungkinan si anak juga mungkin sedang dilanda masalah.



Sementara itu, netizen turut berharap agar kisah itu menjadi teladan kepada pembaca supaya bertanggungjawab kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka dalam keadaan susah mahupun senang.

Tidakkah kita ingat sakitnya badan ibu mengandungkan kita, peritnya ayah menjaga ibu yang sedang mengandung dan betapa mereka berjerih mencari sumber pendapatan supaya kita tidak sempat merasa peritnya kebuluran. Sayangilah ibu bapa anda. - CARI
15

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bob92 13-10-2016 01:06 PM
kot la anak dia d kolumpo pun takda duit..doa yang baik2 aje
Quote krustykrab 13-10-2016 01:39 PM
Tah2 anak die pun dah brp hari x makan
Quote HazeLJoseph 13-10-2016 01:59 PM
Tulaaa... silap2 anak kt.kl pun tgh kehulu hilir nak meminjam tak dapat2

Tak dimention pon anak dia kaya ke kayap ke kerja apa ker.. silap2 sorang tu la pembiaya seisi keluarga . Kesian kenyataan marhaen tatkala ini.
Quote chinta89 13-10-2016 02:34 PM
semoga baik2 dua2 nya..
Quote missinpiece 13-10-2016 02:49 PM
Cte kak hasanah ke ? Si anak tu, kalau xde duit, bgtau xde duit. Bunyi mcm lari2 bg mcm2 alasan. Tu bukan bunyi xde duit sebab susah. Btw kalau terjumpa, hulurla brp bantuan yg termampu. Kdg2 ade yg menipu, tp tu hal dia ngan tuhan.
Quote Star_el 13-10-2016 03:54 PM
missinpiece replied at 13-10-2016 02:49 PM
Cte kak hasanah ke ? Si anak tu, kalau xde duit, bgtau xde duit. Bunyi mcm lari2 bg mcm2 alasan. T ...

Enabler!



Kenapa tah aku bayangkan cite kakhasanah lol!
Gila like betul org zaman skrg.
Quote Artemesiaa 13-10-2016 04:29 PM
Kena dengar citer dari si anak pulak baru le adil nak komen.  Bersangka baik tah2 anaknya pun tengah kering nak pingam dengan kengkawan pun sama kering tunggu gaji masuk baru nak boleh ulur gaknya
Quote vee_zara 13-10-2016 05:31 PM
Whatever lah. Skrg ni pun ramai je bapak yg masih sihat umur pun baru 40+ tak masuk 50 lagik pun malas kerja gak. Harapkan anak yg kerja utk bg duit. Padahal anak dia pun baru la nak start kerja bayar mcm2. True story tentang bapak gf adik i. Mintak2 la tak jd kawen. Kesian adik i nnt. :
Quote mirandanicky1 13-10-2016 05:40 PM
Kasihannya. betapa sedang kita kesenangan org lain dlm kesusahan..
Quote Cyempaka 13-10-2016 05:52 PM
pnah baca kisah mirip2 crita ni jugak. pakcik tua temenung dpn ATM machine stesen minyak sebab anak dia janji nak xmasukkan duit tp xmasukkan pun.
kali ni ada tambahan watak anak pompuan, gas, beras blablabla supaya nampak lebih sedih berjujuran air mata

terbaru dok bertebaran kat socmed crita makcik xdak duit nak byr insuran renew roadtax.. akhirnya penulis tu tlg byrkan. ntah btl ke ntah x. kalo betul pun perlu ke ko nak cite amal jariah ko kat org? pastu gembira pulak bila org share

dasar batak like masing-masing.
Quote teha86 13-10-2016 05:56 PM
vee_zara replied at 13-10-2016 05:31 PM
Whatever lah. Skrg ni pun ramai je bapak yg masih sihat umur pun baru 40+ tak masuk 50 lagik pun mal ...

amboii...
mase ko kecik..sape yg bg makan ko...bg ko sekolah...
mak bapak ko kan....
sian mak bapak ko dapat anak yg xreti kenang budi...
bila ko da keje...time ni la ko balas balik jasa org tua ko...
ko da kwin ke??
kalo lom kawin...ko doa banyak2 supaya bila ko da tua...ko xmintak duit anak2 ko...

Quote Lagubestbest 13-10-2016 06:15 PM
Edited by Lagubestbest at 13-10-2016 06:17 PM

Kau tanya tak anak dia kerja apa kat KL? Jangan terkejut tukang angkut beg masuk pesawat kat airport pun gaji cuma RM900 sebulan. Yang paklong tu, kerja dia apa?
Quote Sayaaa 13-10-2016 10:06 PM
klu ya pun dia susah, jgn lah beri org tua tu harapan. betul atau tk betul tk de hal. yg penting kta ambil pengajaran.
Quote cmf_Kimmy 13-10-2016 10:57 PM
kalau tak ada duit, cakap kat bapak tu tak de duit.....kalau tengah nak pinjam duit, cakap jugak kat bapak tu tengah cari duit nak pinjam. Jangan bagi harapan dan buat bapak tertunggu2.

Tak kira berapa umur bapak nya, sihat atau sakit,  bagilah seberapa yg mampu. Jangan dikira baik atau jahatnya, itu urusan dia dengan Allah.  Tanpa bapa, tiada anak didunia ni.





Quote ronapink 13-10-2016 10:58 PM
selalunya disebut, kalau anak buat xbaik dengan bapa, bila dia jadi bapa nanti, anak akan buat begitu juga kat dia... jadi bermakna bapa ni dulu penah buat begitu ke bapa dia la..
Quote watie_na 14-10-2016 11:11 AM
ronapink replied at 13-10-2016 10:58 PM
selalunya disebut, kalau anak buat xbaik dengan bapa, bila dia jadi bapa nanti, anak akan buat begit ...

hahahaha  
ye...la...
org sesalu cakap mcm tu kan
Quote ~boolean 14-10-2016 11:15 AM
teha86 replied at 13-10-2016 05:56 PM
amboii...
mase ko kecik..sape yg bg makan ko...bg ko sekolah...
mak bapak ko kan....

Sebenarnya kan bukan kewajipan anak2 untuk bagi duit kat ibu bapa bila dah besar.. bukan aku yg cakap, dr fazilah kamsah dan sorang ustaz tu pun cakap benda sama..

Malah ibu bapa tak sepatutnya meminta2.
Konsepnya, bukan anak tu yang minta dilahirkan, ibu bapa tu yg nak lahirkan.. maka kenapa bebankan anak untuk bayar duit bila anak tu dah besar..
sekali lagi, bukan aku yang cakap

Cuma kalau hati anak tu baik, dia bayar lah..macam aku ni walaupun ciput saja umi aku dapat
Tapi kalau tak, bukannya salah pun tak masukkan duit..
Quote ~boolean 14-10-2016 11:16 AM
Ceritanya sangat kak hasanah,
Sambil up diri sendiri konon menderma.

,kalau kau ikhlas, buat baik tu diam2 saja lah.
Batak like
Quote teha86 14-10-2016 01:48 PM
~boolean replied at 14-10-2016 11:15 AM
Sebenarnya kan bukan kewajipan anak2 untuk bagi duit kat ibu bapa bila dah besar.. bukan aku yg ca ...

sebagai anak2 mcm mn kita nak balas budi mak ayah kita???senangkan mak ayah??
diorg pun kalo bole xnak mintak duit anak2...
tapi kita sebagai anak2 xbole pk ke...jasa ibu bapa besarkan kita..abih kan duit tok kita..
bila kita mampu..time ni la..kita byr balik jasa2 diorg...
bukan bila da ade keje bagus...kita tinggi diri...oowhh..bukan kewajipan anak2 nk bg org tua duit... sian mak bapak yg lahirkan anak yg mempunyai pendirian mcm ni...

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.059970 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top