Oleh : TS LOO Ekoran fenomena air pasang besar awal pagi semalam, sebanyak 13 kawasan di lima daerah di Selangor dilanda banjir akibat limpahan air laut. Bagaimana pun, setakat ini, menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, kejadian itu tidak memerlukan pemindahan mangsa dan tiada kemalangan jiwa. Tambah beliau, sejak tengah hari tadi keadaan banjir di semua kawasan yang terlibat telah kembali normal setelah air surut.
Kawasan yang terjejas akibat fenomena air pasang besar itu ialah Kampung Tok Muda, Kapar dengan paras ketinggian air 100 hingga 250 milimiter (mm); Taman Maznah, Klang (50 hingga 250 mm); Taman Selat Selatan, Klang (50 hingga 200 mm). Selain itu, kawasan Sementa, Klang turut dinaiki air dengan ketinggian 50 hingga 200 mm; Kampung Sungai Pinang, Klang (900mm); Kampung Tok Muda, Pulau Indah, Klang (900 mm); Jalan Klang-Banting, Pandamaran (900 mm); dan Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang (900 mm). Bagi daerah Kuala Selangor pula, kawasan yang dilimpahi air sungai akibat peningkatan paras air laut adalah pekan Bagan Pasir Penambang dengan paras air mencecah 100 hingga 200 mm manakala kawasan Pantai Remis pula mencapai ketinggian air sehingga 5.6 meter. Orang ramai terutamanya yang berdekatan dengan kawasan sungai atau laut diminta mengambil langkah berjaga-jaga, ini kerana jangkaan fenomena air pasang besar akan berlaku beberapa kali lagi pada hari ini, saranan Mohd Sani.- CARI sumber berita: www.sinarharian.com.my |
26
Bagus |
6
Marah |
30
Terkejut |
23
Sedih |
8
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kelapaparut replied at 19-9-2016 10:50 PM Kalu cash, ape dosa penduduk klang ye, nmpk baik2 belake
famri7 replied at 19-9-2016 07:03 PM
Cash ke sis?
ADVERTISEMENT