CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Air Pasang 3.2 Meter Di JB Rabu Ini Akibat Fenomena 'Supermoon' Esok!

14-11-2016 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5571| Komen: 33

Description: Dijangka berlakunya air pasang setinggi 3.2 meter di pesisir pantai Johor Bahru selang dua hari kemudian berikutan fenomena ‘Supermoon’ atau bulan penuh Perigee yang dapat dilihat esok.

Dijangka Rabu ini akan berlaku air pasang setinggi 3.2 meter di pesisir pantai Johor Bahru berikutan fenomena ‘Supermoon’ atau bulan penuh Perigee yang dapat dilihat esok.


Memetik laporan Astro Awani, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Sabtu lalu, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat memaklumkan semua pihak termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah bersiap sedia menghadapi keadaan itu.

“Air pasang sekitar 3.2 meter ini dijangkakan berlaku pada 16 dan 17 November, namun paras air tidak setinggi pada 16 hingga 20 Oktober lalu yang mencecah 3.8 meter.”
 
Ayub menyeru kepada semua penduduk diminta agar tidak mendengar sebarang khabar angin yang disebarkan di laman sosial kerana maklumat mengenai keadaan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Fenomena ‘Supermoon’ berlaku apabila bulan berada di kedudukan paling hampir dengan bumi, membuatkan saiz bulan seolah-olah lebih besar daripada biasa.


Ia pernah berlaku pada 6 Mei 2012 diikuti pada 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan seterusnya pada 28 September 2015.- CARI

sumber foto: http://weneedfun.com/


17

Bagus
12

Marah
14

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 14-11-2016 10:24 AM
Tak sabau nak tengok supermoon. Yang tinggal berdekatan sungai jangan dok ralit perati supermoon tapi tak sedor air masuk rumah ye.
Quote sukacactus 14-11-2016 10:34 AM
Yg mana mental xberapa stabil tu, bakalan meroyan lebih la
Kat sebelah umah mak ada sorang camtu
Bila bulan mengambang je, mula la cari gaduh
Quote insulin 14-11-2016 10:38 AM
Malam ini, serigala dan anjing bakal melolong panjang.
Quote CiliPadiSedap 14-11-2016 10:47 AM
habislah goku jadi supersaiyan. jamal jadi superjamal
Quote honeybee1802 14-11-2016 10:56 AM
Ada jgk air pasang besor yek..baru aku terpikior td...
Quote Peaches113 14-11-2016 10:59 AM
sukacactus replied at 14-11-2016 10:34 AM
Yg mana mental xberapa stabil tu, bakalan meroyan lebih la
Kat sebelah umah mak ada sorang camtu
B ...

Meols pun rasa ada benarnya teori itu. Anak meols akn kurang behave 2-3 hari sblum full moon. Dari kecik lagi meols perasan. Orang kata waktu full moon cacing dlm perut tgh active. Kita akn craving benda manis
Quote ninnakarinna 14-11-2016 11:01 AM
Nenasketum replied at 14-11-2016 10:24 AM
Tak sabau nak tengok supermoon. Yang tinggal berdekatan sungai jangan dok ralit perati supermoon tap ...

Malam td aku tengok bulan pun da cantik da..nampak lebih besar n lebih cerah dr biasa.

Cantik sgt..ralit mendongak. Ajak ank2 n laki tengok skali.
Quote chazey 14-11-2016 11:02 AM
Pukul 4 pagi tadi,  cantik je bulan.
Quote ninnakarinna 14-11-2016 11:03 AM
Peaches113 replied at 14-11-2016 10:59 AM
Meols pun rasa ada benarnya teori itu. Anak meols akn kurang behave 2-3 hari sblum full moon. Dari ...

Ye ke..x prasan plak kat anak2 aku..sbb diorang mmg slalu aktif buas je ari2..nanti nak perati.
Quote sherry70 14-11-2016 11:18 AM
memang besar bulan nya pagi tadi sangat cantik  tapi tak sempat nak snap pic .
Quote Loxlaxman 14-11-2016 11:23 AM
Alaaaaaa...besar sikit jer...haaaa.

Quote Loxlaxman 14-11-2016 11:24 AM
Ade sesape yang datang bulan, elok jangan kluar rumah...beli pad banyak banyak.

Quote -electrifying- 14-11-2016 11:25 AM
damn it... diharap aku tak nmpk supermoon mlm ni... tkut jdi super saiyan plak.. em
Quote oppol 14-11-2016 11:38 AM
Patutlah forum CI penuh dengan sampah,ramai yang datang bulan...
     

        
Quote sukacactus 14-11-2016 11:51 AM
Peaches113 replied at 14-11-2016 10:59 AM
Meols pun rasa ada benarnya teori itu. Anak meols akn kurang behave 2-3 hari sblum full moon. Dari ...

Ooo...ye ke
Patut aku pun tgh craving ni, padahal tarikh 'tu' lambat lg
Quote azie5zoe 14-11-2016 04:03 PM
insulin replied at 14-11-2016 10:38 AM
Malam ini, serigala dan anjing bakal melolong panjang.

Hakak pun baru nak up ayat tu..mesti werewolf pun akan menjelma..hahahaha
Quote cmf_blingblings 14-11-2016 04:13 PM
malam ni jgn lupa ambik teropong dan camera canggih hangpa semua, pacak depan rumah
Quote insulin 14-11-2016 04:26 PM
chazey replied at 14-11-2016 11:02 AM
Pukul 4 pagi tadi,  cantik je bulan.

Baik kak chazey berjaga-jaga. Dikhuatiri binatang dalam avatar akak muncul di depan rumah malam ini.
Quote insulin 14-11-2016 04:27 PM
azie5zoe replied at 14-11-2016 04:03 PM
Hakak pun baru nak up ayat tu..mesti werewolf pun akan menjelma..hahahaha

Kan..... Hahaha..

Pengaruh filem barat "terngiang2" dalam kepala.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.208063 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top