Oleh : TS LOO
Maklumat yang ditunjukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO bahawa kadar kematian akibat kemalangan jalanraya di Thailand kedudukannya hanya di belakang Syria aiatu di tempat kedua dalam dunia, dan kebanyakannya berpunca daripada mabuk alkohol ketika memandu. Jabatan kerajaan Thailand pernah mengambil pebagai langkah untuk mengurangkan keadaan memandu secara mabuk alkohol, tetapi tidak mendatangkan kesan yang sewajarnya. Sehubungan itu, kerajaan Thailang mengambil keputusan guna langkah yang lebih keras untuk menangani masalah ini, iaitu dengan membawa pemandu yang ditahan akibat mabuk ke bilik mayat untuk merenung di depan mayat kemalangan, menerusi tindakan merenung wajah mayat mangsa kemalangan, agar dapat memberi kesan takut buat pemandu mabuk yang degil.
Projek Menghayati di bilik mayat telah diperkenalkan pada bulan April tahun ini ketika sambutan tahun baru Thailand iaitu, Songkan yang juga disebut sebagai Tujuh Hari yang bahaya. Pada masa itu juga ramai orang Thailand akan balik ke kampung halaman mereka di Thailand untuk berjumpa dan bersama-sama dengan saudara mara dan sahabat handai, jadi keadaan minum alkohol turut dikatakan amat biasa. Berdasarkan anggaran, dalam tempoh 7 hari ini, terdapat 2.3 orang mati setiap jam dan 160 orang akan mengalami keceederaan.- CARI sumber berita: http://www.chiangraitimes.com/
|
17
Bagus |
25
Marah |
23
Terkejut |
18
Sedih |
17
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CrowneGlory replied at 23-6-2016 11:38 AM
rakyat msia bila pulak...aku suggest selain bawak tgk mayat kemalangan boleh juga buat tugu sebelah2 ...
ADVERTISEMENT