CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Politik Thailand Bergolak Lagi

27-11-2013 10:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7913| Komen: 47

Description: Bangkok 25 Nov. - Thailand Sekali Lagi Berdepan Kemelut Politik Apabila Kira-Kira 27,000 Penunjuk Perasaan Antikerajaan Mengadakan Bantahan Besar-Besaran Di Sini, Hari Ini Bagi Menggulingkan Kerajaan ...
Politik Thailand bergolak lagi


Sebahagian penunjuk perasaan antikerajaan berarak sambil mengibarkan bendera kebangsaan dalam satu protes besar-besaran di Bangkok, Thailand, semalam. 


BANGKOK 25 Nov. - Thailand sekali lagi berdepan kemelut politik apabila kira-kira 27,000 penunjuk perasaan antikerajaan mengadakan bantahan besar-besaran di sini, hari ini bagi menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Perhimpunan kali ini merupakan yang terbesar diadakan dalam tempoh tiga tahun sejak konflik berdarah menyaksikan lebih 80 orang awam dan enam askar terbunuh ekoran keganasan yang tercetus antara kumpulan prokerajaan, Baju Merah yang juga penyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dengan kumpulan antikerajaan, Baju Kuning.

Di ibu negara hari ini, lebih 1,000 penunjuk perasaan antikerajaan menawan bangunan Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar serta mengepung bangunan Jabatan Perhubungan Awam Kerajaan ketika penganjur mengancam untuk menguasai lebih banyak lagi bangunan kerajaan.

Penunjuk perasaan meniup wisel, membawa bunga serta melaungkan slogan 'Berambus!' ketika berarak menuju ke 13 buah pejabat awam termasuk stesen televisyen milik kerajaan, ibu pejabat polis serta tentera dan Parlimen.

Kumpulan itu bagaimanapun dihalang oleh beribu-ribu anggota polis yang dikerah mengawal bangunan Parlimen, di mana sidang Kabinet berlangsung dalam sesi yang pantas.

Ketua kumpulan antikerajaan yang juga bekas Senator dari Parti Demokrat, Suthep Thaugsuban mengarahkan penunjuk perasaan mendesak pekerja awam berhenti bekerja sebagai tanda bantahan terhadap pentadbiran Yingluck.

Demonstrasi besar-besaran itu menyebabkan kesesakan jalan yang teruk di Bangkok selain berpuluh-puluh sekolah di sepanjang laluan tunjuk perasaan ditutup.

Yingluck dalam reaksinya bertegas tidak akan meletak jawatan atau membubarkan Parlimen walaupun didesak melalui demonstrasi jalanan.

Kenyataan itu disuarakan ketika beliau bakal berdepan undian usul tidak percaya yang dibangkitkan oleh anggota Parlimen dari Parti Demokrat terhadap kerajaan pimpinannya.

Perbahasan usul itu akan berlangsung selama dua hari bermula esok dan undian akan dilakukan pada Khamis ini.

Kumpulan penunjuk perasaan yang terdiri daripada parti-parti pembangkang termasuk Parti Demokrat, Gerakan Rakyat Mendesak Penggulingan Proksi Thaksin dan beberapa kumpulan lain mahu pentadbiran yang dipimpin oleh proksi Thaksin digulingkan.

Kumpulan terbabit mendakwa Yingluck cuba membawa pulang Thaksin ke tanah air dengan mengemukakan usul undang-undang pengampunan, namun draf terbabit ditolak oleh Dewan Senat awal bulan ini.

Kerajaan Yingluck turut mencetuskan kontroversi apabila cuba menggubal Perlembagaan yang dikhuatiri akan menggulingkan pemerintahan diraja seperti didakwa kumpulan pembangkang.

13

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putr@polo 26-11-2013 12:33 PM
Quote brownstone 26-11-2013 12:36 PM
menteri BN: rakyat sarawak sabah harus berterima kasih kerana hanya beberapa lubang aja utk jalan raya dibanding lebih 100km jalan yg cantik...

so utk utusan Meloya: reporter harus tahu yg bergolak hanya di bangkok...luar bangkok aman2 aja...krabi, phuket malah pattaya business as usual
Quote kasibiman 26-11-2013 01:41 PM
Undi, kalah. Pastu 2010 bakar shopping centre, rampas epot sesambil syok sendiri.

skang, Undi, kalah lagik. Demo lagik.

dah kalah Tu kalah la. Kimak tol.
Quote Bedah.Cun 26-11-2013 01:58 PM
Kat sini kalau kau nak buat demonstrasi tu tak payah lar weiii... Kau tanak kat party tu kau boikot je lar kerajaan dan perkhidmatan awam. Kau nampak je pegawai kerajaan takyah la deal dengan diorang
Quote scorpionkiki 26-11-2013 02:02 PM
Kalau jadi kat malaysia bagus jugak... biar gov sedar yg every action yg gv buat mmg rakyat malaysia akan scrutinise... Malaysian banyak educated lah weiiii
Quote namirulmukminin 26-11-2013 02:06 PM
Bedah.Cun posted on 26-11-2013 01:58 PM
Kat sini kalau kau nak buat demonstrasi tu tak payah lar weiii... Kau tanak kat party tu kau boikot  ...

Bedah... tak semua pegawai kerajaan tu sokom kerajaan "kurap" BN... ramai je yang menetang..
Quote Bedah.Cun 26-11-2013 02:08 PM
namirulmukminin posted on 25-11-2013 06:06 PM
Bedah... tak semua pegawai kerajaan tu sokom kerajaan "kurap" BN... ramai je yang menetang..
...

Dengan pegawai2 tu sekali kau boikot kalau die tak mogok same2 boikot perkhidmatan awam, biar je celake2 tue buat sume keje diorang sniri
Quote siti_kus 26-11-2013 02:09 PM
ni demo mcm bersih tu ke?
Quote namirulmukminin 26-11-2013 02:10 PM
Bedah.Cun posted on 26-11-2013 02:08 PM
Dengan pegawai2 tu sekali kau boikot kalau die tak mogok same2 boikot perkhidmatan awam, biar je c ...

Kalu depa mogok kang kena maki pulak dek mokcit2 pelda yang nak menagih khidmat gomen tu...
Quote Bedah.Cun 26-11-2013 02:12 PM
namirulmukminin posted on 25-11-2013 06:10 PM
Kalu depa mogok kang kena maki pulak dek mokcit2 pelda yang nak menagih khidmat gomen tu...

Boikot sekali dengan makcik2 tu, suh je makcik2 felda tu jadi kerani gamen pulak buat sume keje dalam pejabat gamen tu. Biar makcik2 felda lain pulak maki diorang baru diorang tau camne rase kena maki dengan makcik sefelda die
Quote namirulmukminin 26-11-2013 02:16 PM
Bedah.Cun posted on 26-11-2013 02:12 PM
Boikot sekali dengan makcik2 tu, suh je makcik2 felda tu jadi kerani gamen pulak buat sume keje da ...

Hahahaha.... makin lingkup la gomen dikerjakan dek mokcit2 pelda tu... nak2 kat jabatan kastam dgn LHDN... habih la depa rembat semua hasil tu... kalu dulu bapak jerung je yang tibai.... kali ni ikan bilis pon pakat duk pesta ramai2... jahanam...jahanam... takleh dibiarkan..
Quote Bedah.Cun 26-11-2013 02:23 PM
Interesting, uols yang taik2 politik boleh gak nengok ni untuk analyze politics Thailand gittew

[youtube]43mUbYDFezE[/youtube]


Quote Bedah.Cun 26-11-2013 02:26 PM
Nih yang muat naik 18 jam lepas

[youtube]P3S0svbPKtA[/youtube]

Quote revolusi_30 26-11-2013 02:38 PM
Thailand mempunyai landskap politik yg menarik ... Walaupun berpuluh2 kali tukar parti pemerintah dan beberapa kali kudeta ... Ekonomi tetap stabil. Terutama pelancongan .. How.
Quote ringcat 26-11-2013 02:51 PM
revolusi_30 posted on 26-11-2013 02:38 PM
Thailand mempunyai landskap politik yg menarik ... Walaupun berpuluh2 kali tukar parti pemerintah da ...

ye la stabil pelancongan, Organisasi World Tourism dah datangkan
amarah kerajaan Thailah kerana dedahkan bilangan pelacur di Bangkok
sahaja 50,000. Malahan Thai punya nisbah pelacur:pelanggan tertinggi
di dunia.
Quote revolusi_30 26-11-2013 02:52 PM
ringcat posted on 26-11-2013 02:51 PM
ye la stabil pelancongan, Organisasi World Tourism dah datangkan
amarah kerajaan Thailah kerana d ...

Kan pelacuran sebahagian dari program pelancongan thailand .. Kira tarikan la.
Quote cmf_blingblings 26-11-2013 02:55 PM
BERGOLAK ke bergolek ke , banjir besar ke pelancong tetap masuk Thailand
Quote putr@polo 26-11-2013 03:08 PM
Krisis 'Thaksin' berulang lagi

Susunan NURUL ANUAR KARI




Ketua perarakan, Suthep Thaugsuban (tengah) melambai tangan kepada penyokong ketika memasuki perkarangan Kementerian Kewangan Thailand di Bangkok semalam. - AFP


TIDAK mengejutkan apabila Bangkok sekali lagi berdepan dengan pergolakan besar dan sekali lagi ia berkisar tentang bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.

Perarakan raksasa menentang kerajaan kini dikatakan merangkumi 13 lokasi di Bangkok dalam usaha menggulingkan adik Thaksin yang kini menjadi Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Peserta protes mahu Yingluck meletak jawatan berikutan dakwaan kerajaan sebenarnya dikawal abangnya itu yang kini hidup dalam buangan sejak lima tahun lalu, tetapi 'mempengaruhi' polisi kerajaan dari pusat operasinya di Dubai.

Semuanya bermula apabila kerajaan Yingluck cuba memperkenalkan akta pengampunan yang didakwa pengkritik sebagai satu cubaan membolehkan Thaksin pulang, menamatkan tempoh keamanan singkat hampir dua tahun di bawah pimpinan Perdana Menteri baharu itu.

Walaupun Dewan Senat telah menolak akta tersebut awal bulan ini bagi menghentikan protes, tetapi momentum terkumpul perhimpunan itu terus meningkat tinggi dan kini para pemimpin yang menganjurkannya mahu menggunakan peluang tersebut ke arah sasaran menggulingkan 'rejim Thaksin'.

Perhimpunan semalam (Isnin, 25 November 2013) merupakan susulan kepada perarakan lebih 100,000 peserta pada hari sebelumnya, iaitu perhimpunan terbesar musuh-musuh Thaksin sejak beberapa tahun lalu.

Ketua perarakan, Suthep Thaugsuban berjanji protes akan berjalan dengan aman dan mengikut undang-undang tetapi pergerakan yang semakin kuat itu menimbulkan kebimbangan berulangnya siri keganasan dalam kitaran krisis politik Thailand yang berterusan berkait rapat dengan Thaksin sejak beliau digulingkan.

"Demonstrasi kita akan diteruskan sehingga kita dapat menyingkirkan rejim Thaksin. Kita akan beritahu pegawai kerajaan agar berhenti berkhidmat untuk rejim Thaksin, sebaliknya berdiri bersama rakyat," kata Suthep kepada peserta perhimpunan tersebut dan wakil media.

Lebih 20 sekolah sepanjang laluan perarakan tersebut terpaksa ditutup sementara polis mengetatkan kawalan keselamatan di destinasi-destinasi akhir perarakan termasuk ibu pejabat polis dan tentera serta lima stesen televisyen yang dikawal tentera ataupun pihak kerajaan.

Laporan risikan juga menunjukkan peserta protes akan bergerak untuk mengelilingi lokasi penting di Bangkok termasuk pejabat Perdana Menteri dan Parlimen.

Dengan jeritan 'keluar' yang berterusan, 30,000 peserta protes bergerak secara aman pada hari Isnin dengan meniup wisel dan memberi kuntuman bunga sambil diperhatikan pasukan polis anti rusuhan.

Yingluck bagaimanapun tetap menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan mahupun membubarkan Parlimen kerana Kabinetnya 'masih boleh berfungsi' walaupun menghadapi masalah tertentu.

Ramai yang bimbang pertempuran antara penentang dan penyokong Thaksin akan berulang lagi terutama sekali apabila kumpulan penyokong sudah menggerakkan perhimpunan mereka sendiri di stadium Bangkok.

Penyokong Thaksin bagaimanapun berjanji untuk tidak berganjak dari stadium tersebut sehingga perarakan pihak lawan dihentikan.

Perebutan kuasa di Thailand telah beberapa kali menyebabkan pertumpahan darah di jalan raya Bangkok dengan angka 90 orang terbunuh pada 2010 apabila tentera bertindak ke atas penyokong Thaksin (Baju Merah) yang menduduki sebahagian pusat bandar ketika Thailand dipimpin kumpulan yang kini menjadi pembangkang di Parlimen.

Penentang dan penyokong Thaksin berterusan bertempur untuk pemerintahan negara Gajah Putih itu sejak tentera menggulingkan beliau pada 2006 selepas protes jalanan besar-besaran yang menuduh beliau mengamalkan rasuah dan tidak menghormati Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej.

Walaupun Thaksin memenangi pilihan raya pada 2001 dan 2005 atas sokongan kuat golongan miskin, beliau tetap ditolak kelas pertengahan dan pentadbiran di Bangkok.

Dunia mungkin sudah tidak terkejut tetapi tetap akan memerhatikan sama ada sejarah akan berulang dengan tentera mengguling kerajaan dan pertempuran berdarah hasil siri terbaru krisis politik Thailand ini ataupun 'rejim Thaksin' akan terus kekal dalam pentadbiran.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -lagi#ixzz2ljWAnN9K
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote putr@polo 26-11-2013 09:46 PM
Pergolakan di Bangkok: Rakyat Malaysia selamat


KUALA LUMPUR 26 Nov. - Rakyat Malaysia yang berada di Thailand dilaporkan dalam keadaan selamat dan tidak terjejas ekoran pergolakan terbaharu bagi menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Pegawai Kaunselor, Kedutaan Malaysia di Thailand, Roszaini Che Pee berkata, walau bagaimanapun, pihak kedutaan telah mengeluarkan surat arahan supaya rakyat negara ini tidak mendekati kawasan-kawasan panas yang menjadi tumpuan penunjuk perasaan.

"Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak berada atau menghampiri beberapa kawasan tumpuan penunjuk perasaan seperti Victory Monument, Democracy Monument, Jalan Ratchadamnoen, pejabat kerajaan dan lokasi-lokasi berkaitan dengan kerajaan.

"Selain daripada itu, saya mahu maklumkan bahawa situasi rakyat Malaysia yang berada di sini (Thailand) adalah dalam keadaan selamat. Tiada dilaporkan terlibat dengan insiden penunjuk perasaan itu," katanya ketika dihubungi dari sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... lamat#ixzz2ll87TkVb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.061352 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top