CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Maut, Seorang Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Lebuhraya NKVE

29-11-2016 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6678| Komen: 31


Satu kemalangan jalanraya yang membabitkan empat maut, seorang cedera parah manakala seorang terselamat berlaku di kilometer 16.8 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran jalan susur masuk ke Tol Damansara kira-kira 1.50 awal pagi tadi.


Memetik laporan Bernama, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul memaklumkan, empat mangsa yang maut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian namun pemandu lori tidak dapat dikesan

Difahamkan ketika kejadian kesemua mangsa menaiki kenderaan jenis Toyota Innova dalam perjalanan menuju ke arah utara bertembung dengan lori 10 tan yang terbabas dari arah bertentangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din, siasatan awal mendapati pemandu lori itu hilang kawalan apabila cuba mengelak kenderaan di hadapannya yang mengalami tayar pancit sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar besi penghadang jalan serta kenderaan mangsa.

Mereka yang maut dikenali sebagai Kun Ell Yin, 32; Kum Hok Wan, 36; Hong Ching Guan, 49, dan pemandu lelaki berusia 52 tahun yang belum dikenal pasti identiti.

Mangsa yang cedera parah ialah Ho Lai Lai, 41 manakala identiti penumpang yang terselamat belum diperoleh.

Mangsa yang maut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tambah ACP Mohd Zani. - CARI

sumber foto: internet

4

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fishcracker 29-11-2016 05:57 PM
takziah...berhati2 di jalan raya uol
Quote Cintakapuri 29-11-2016 05:57 PM
Takziah
Ngerinyaaa
Quote emelia1509 29-11-2016 06:16 PM
Takziah..
Berhati-hati di jalan raya..
Quote insulin 29-11-2016 06:17 PM
Takziah kepada keluarga mangsa.
Quote famri7 29-11-2016 06:24 PM
inalillah semoga allah permudahkan segalanya.
Quote makneng 29-11-2016 06:45 PM
Takziah pd mangsa n keluarga mangsa.  Rip pd yg dah arwah.
Quote GincuPurple 29-11-2016 07:04 PM
CARI-LTS replied at 29-11-2016 09:39 AM
Satu kemalangan jalanraya yang membabitkan empat maut, seorang cedera parah manakala seorang terse ...

Satu kemalangan jalanraya yang menyebabkan empat maut, seorang cedera parah....

[Edisi ilmu bahasa]Cikgu fikir, perkataan menyebabkan lebih sesuai dari membabitkan.

Membabitkan lebih sesuai untuk menerangkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

Sekian, kelas penulisan kita untuk hari ini    
Quote MissNigga 29-11-2016 07:23 PM
ni mr. kentang punya team nie ......

condolences to mr. kuan @ mr. kentang ...
Quote Wal..Hal 29-11-2016 07:25 PM
MissNigga replied at 29-11-2016 07:23 PM
ni mr. kentang punya team nie ......

condolences to mr. kuan @ mr. kentang ...

Ko kenal ke nok, sape..jiran ke
Quote MissNigga 29-11-2016 07:31 PM
Wal..Hal replied at 29-11-2016 07:25 PM
Ko kenal ke nok, sape..jiran ke

Mr. Kuan Chee Hong ... activist cina yang rajin menolong community regardless of their race ... religion ... he is very kind .. very humane man ....



KETUA COMMUNITY POLICING SEGAMAT MAUT KEMALANGAN
Kuala Lumpur, 29 November 2016 - Ketua Community Policing (CP) Daerah Segamat, Hong Chin Guan, 47, maut dalam satu kemalangan jalan raya kira-kira jam dua pagi tadi di jalan yang menghala Damansara dari Subang, Selangor.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dinaiki mangsa bersama empat lagi penumpang dirempuh sebuah lori yang hilang kawalan dan terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan mangsa.
Mangsa bersama tiga penumpang lelaki lain meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang wanita yang turut bersama di dalam kenderaan tersebut mengalami cedera parah. Bagaimanapun pemandu lori hanya mengalami cedera ringan.
Mangsa merupakan seorang ahli CP yang aktif dan sentiasa membantu pihak polis dan masyarakat dalam menjaga keselamatan di kawasan setempat.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga tabah dengan dugaan yang dihadapi.







Quote MissNigga 29-11-2016 07:35 PM
those yang meninggal dalam accident tue ;










Quote cha-cha 29-11-2016 07:38 PM
MissNigga replied at 29-11-2016 11:35 AM
those yang meninggal dalam accident tue ;

Astaga.. Mr Kuan accident sekali?  
Quote nuralisa 29-11-2016 07:54 PM
cha-cha replied at 29-11-2016 07:38 PM
Astaga.. Mr Kuan accident sekali?

Bukan mr kuan.. team dia..
yg mcm muka melayu tu sapa?
Quote FARRAZOOL 29-11-2016 07:56 PM
Takziah......
Quote MissNigga 29-11-2016 07:58 PM
cha-cha replied at 29-11-2016 07:38 PM
Astaga.. Mr Kuan accident sekali?

bukan Mr kuan yang accident ... team dia ler uols ...
Quote Nenasketum 29-11-2016 08:12 PM
Takziah. Aku slalu heran bila kes macam ni yang punya lori dan pemandu lori slalu tak kena hukuman berat. At least la dua pihak tu kena sebat mengikut umur yang paling tua mati. Macam ni 47 sebatan biar patah riuk pinggang diorang. So pemilik dan pemandu lori yang lain akan berhati2.:
Quote FanTasyCreaTioN 29-11-2016 08:24 PM
MissNigga replied at 29-11-2016 07:31 PM
Mr. Kuan Chee Hong ... activist cina yang rajin menolong community regardless of their race ... re ...
Takziah ..
R.I.P

cuma ..
ada beza laporan berita
artikel atas
empat mangsa yang maut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian namun pemandu lori tidak dapat dikesan
kira macam melarikan diri kan .. ayat tu

tapi artikel ni
Bagaimanapun pemandu lori hanya mengalami cedera ringan.




Quote Wal..Hal 29-11-2016 09:02 PM
MissNigga replied at 29-11-2016 07:31 PM
Mr. Kuan Chee Hong ... activist cina yang rajin menolong community regardless of their race ... re ...

Org2 baik selalu cpat pergi..sedih sgt, harap mereka semua masuk surga, surga cine ke surga ape xkisah, kalu ikut lobai2 syumul masuk nerake jugak sbb depa ni kapir, akak percaya Allah swt Maha Adil ,Tuhan lebih mengetahui
Quote MissNigga 29-11-2016 09:20 PM
Wal..Hal replied at 29-11-2016 09:02 PM
Org2 baik selalu cpat pergi..sedih sgt, harap mereka semua masuk surga, surga cine ke surga ape xk ...

inshaAllah uols .... terpulang ler kepada Allah di mana Dia nak tempatkan mereka masing2 ...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.034906 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top