CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Keris Sakti Yang Kini Hanya Menjadi Kisah Lagenda Di Indonesia

20-4-2016 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18673| Komen: 9


Oleh : Dean BZ


Keris merupakan senjata utama rumpun Melayu dalam perperangan yang telah digunakan sejak 600 tahun dahulu. 

Senjata ini boleh didapati di kawasan Kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan juga Selatan Thailand. Keris kini digunakan sebagai alat kebesaran diraja dan juga dalam ilmu persilatan.

Tapi tahukah, ada beberapa keris yang dipercayai mempunyai sakti dan telah menjadi lagenda di Indonesia? Bagi peminat keris sudah tentu arif dan tahu akan kisah disebalik keris-keris ini. Berikut 5 diantaranya :


1. Keris Mpu Gandring
Keris Mpu Gandring adalah senjata pusaka yang terkenal dalam riwayat berdirinya Kerajaan Singhasari di daerah Malang, Jawa Timur sekarang. Keris ini terkenal kerana sumpahannya yang memakan korban dari kalangan elit Singasari termasuk pendiri dan pemakainya, ken Arok. Keris ini dibuat oleh seorang pakar besi yang dikenali sangat sakti yang bernama Mpu Gandring, atas pesanan Ken Arok. Setelah selesai menjadi keris dengan bentuk dan wujud yang sempurna bahkan memiliki kemampuan luarbiasa yang kononnya dikatakan melebihi keris pusaka masa itu. Kemudian Ken Arok menguji Keris tersebut dengan menusuk pada Mpu Gandring yang konon menurutnya tidak menepati janji. Dalam keadaan nazak, Mpu Gandring mengeluarkan sumpahan bahawa Keris tersebut akan meminta korban nyawa tujuh keturunan dari Ken Arok. 




2. Keris Kyai Setan Kober

Keris Kyai Setan Kober adalah nama keris milik Adipati Jipang, Arya Penangsang. Keris ini digunakan pada waktu perang melawan Sutawijaya. Mempunyai kisah tersendiri ketika pertempuran hebat hingga terkeluar usus perut.



3. Keris Pusaka Nagasasra dan Sabuk Inten
Keris Pusaka Nagasasra dan Sabuk Inten adalah dua barang pusaka peninggalan Raja Majapahit. Nagasasra adalah nama salah satu dapur keris luk tiga belas dan ada pula yang luk-nya berjumlah sembilan dan sebelas, sehingga penyebutan nama dapur ini harus disertai dengan menyatakan jumlah luk-nya.Bahagian gandik keris ini diukir dengan bentuk kepala naga, sedangkan badannya digambarkan dengan sisik yang halus mengikuti luk pada tengah bilah sampai ke ujung keris. Salah satu pembuat keris dengan dapur Nagasasra terbaik, adalah karya empu Ki Nom, merupakan seorang empu yang terkenal, dan hidup pada akhir zaman kerajaan Majapahit sampai pada zaman pemerintahan Sri Sultan Agung Anyokrokusumo di Mataram. Dapur Sabuk Inten, seperti juga dapur Nagasasra mempunyai luk tiga belas dengan ciri-ciri yang berbeza iaitu mempunyai sogokan, kembang kacang, lambe gajah dan greneng.



4. Condong Campur

Condong Campur adalah salah satu keris pusaka milik Kerajaan Majapahit yang banyak disebut dalam kisah legenda. Keris ini dikenal dengan nama Kanjeng Kyai Condong Campur. Konon keris pusaka ini dibuat beramai-ramai oleh seratus orang tukang keris. Bahan untuk membuat keris ini diambil dari berbagai tempat. Dan akhirnya keris ini menjadi keris pusaka yang sangat ampuh tetapi memiliki watak yang jahat.


5. Keris Taming Sari

Di ceritakan pemilik asal keris ini adalah merupakan pendekar atau hulu balang kerajaan Majapahit yang bernama Taming Sari. Keris ini kemudianya bertukar tangan kepada hulubalang Melaka yang telah berjaya membunuh Taming Sari bernama Hang Tuah. Perpindahan milik ini terjadi dalam suatu pertempuran menggunakan keris yang sangat luar biasa antara Taming Sari dan Hang Tuah, yang akhirnya dimenangi oleh Hang Tuah. 



Banyak lagi kisah-kisah keris yang belum dirungkai termasuk yang digunakan dalam mengubat pesakit gangguan makhluk halus. Ada yang percaya keris mempunyai "penunggu" yang membuatkan keris itu berhantu inginkan darah. Setiap malam Jumaat, kebiasaannya mereka yang percaya pada ilmu seperti ini akan melakukan upacara "perasap keris" bagi menakbahkan kesaktian keris itu. 

Namun ada yang menyangkal dakwaan itu dan mendakwa upacara perasap keris adalah hanya bertujuan untuk mewangikan keris dan bukan tujuan memuja semangat. - CARI Infonet.




Sumber - palingseru.com
10

Bagus
11

Marah
13

Terkejut
4

Sedih
18

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabar_sabariah 20-4-2016 12:28 PM
O.. itukah keris taming sari?
hulunya macam ekor merak
Quote bioessence 20-4-2016 12:34 PM
Taming sari keluar bila ada Pertabalan Sultan Perak
Quote taji2906 20-4-2016 12:49 PM
betul la tu... taming sari asal dari kerajaan majapahit... hang tuah menang beradu tenaga kan...
Quote jiwarasa 20-4-2016 12:52 PM
bioessence replied at 20-4-2016 12:34 PM
Taming sari keluar bila ada Pertabalan Sultan Perak


memang taming sari  sultan perak pegang ke.. aku ingatkan mitos je

Quote jiwarasa 20-4-2016 12:53 PM
taji2906 replied at 20-4-2016 12:49 PM
betul la tu... taming sari asal dari kerajaan majapahit... hang tuah menang beradu tenaga kan...


bukan ke keris ni hilang ke.. kata tercampak dalam tasik.
aku x ingat kisah dia.dulu pernah bca

Quote taji2906 20-4-2016 12:59 PM
jiwarasa replied at 20-4-2016 12:53 PM
bukan ke keris ni hilang ke.. kata tercampak dalam tasik.
aku x ingat kisah dia.dulu pernah bc ...

setahu aku la, ikut citer, keris ni milik pendekar kerajaan majapahit.. dulu majapahhit ni kerajaan besar..
pastu melaka dtg lawatan sambil kerja la kot klu ikut istilah zaman sekarang... raja ajak tunjuk hebat dgn beradu tenaga antara pendekar terbaik masing2..
hang tuah lawan dgn pendekar majapahit.. hang tuah menang,  majapahit hadiahkan taming sari kat tuah...
sejak tu taming sari tukar milik ada kat tuah...
mcm dalam citer sebelum tuah hilangkan diri, dibuangnya taming sari ni kat dalam sungai... tu tak tau ke mana taming sari n tuah skali hilang...
Quote saladin780 20-4-2016 02:31 PM
ganas sial nama..kyai setan
Quote syue86 20-4-2016 02:49 PM
menarik Keris Kyai Setan Kober
jadi pcetus kenapa diorg kawen
ade pkai bunga kt pinggang

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.035450 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top