Oleh : Dean BZ
Seorang pelanggan telah memuat naik gambar satu resit yang menunjukkan harga tidak munasabah telah dikenakan oleh sebuah restoran terapung di Langkawi.
Gambar resit itu mula viral dilaman sosial dan mendapat perhatian nitizen. Perkara itu juga mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli yang terus tampil mengulas mengenai perkara tersebut. Harga ikan kerapu harimau segar memang mahal di Langkawi, namun pemilik restoran boleh mengenakan harga yang munasabah, lapor Bernama. Foto : kerapuharimaulangkawi.blogspot.com Pihaknya peka dengan rungutan kos barangan dan perkhidmatan tinggi di pulau ini akan memastikan pengunjung mendapat perkhidmatan setimpal dengan bayaran yang mereka keluarkan. Namun katanya lagi, pengunjung juga perlu memahami kos yang terpaksa ditanggung oleh penyedia perkhidmatan. Menurut pelanggan yang merupakan pengunjung dari Perak, beliau memberitahu dikenakan caj sehingga RM1,131 untuk makanan yang antara lain berupa empat kilogram ikan kerapu harimau, udang dan sotong bersama 18 anggota keluarganya. Ekoran penjelasan itu, ramai nitizen dan juga forumer forum Cari memberikan pendapat bahawa harga yang dikenakan adalah munasabah. Pengajaran disini, baik periksa harga terlebih dahulu sebelum memesan makanan lebih-lebih lagi di restoran makanan laut. Lebih selamat dan puas hati. - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
25
Bagus |
18
Marah |
21
Terkejut |
24
Sedih |
17
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
TuntungReturn replied at 14-12-2015 08:41 AM
sepatotnye restoran bgktaw dulu harga sekian2, bru la betul. ade peniaga seafood yg jujur bgktaw awa ...
dodolgemok replied at 14-12-2015 08:47 AM
Utk 19 org ko expect rm10 ke?? Lagipon makan kerapu harimau, sapa suruh xtanya dulu berapa harga sek ...
ADVERTISEMENT