CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jurugambar Palsu "Pancing" Awek Di Facebook Ajak Berzina

15-12-2015 07:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 38523| Komen: 69

Description: Jijik sungguh perbuatan ini, namun ini bukanlah cerita yang dibuat-buat. Satu perkongsian dari seorang wanita...........

Oleh : Dean BZ


Jijik sungguh perbuatan ini, namun ini bukanlah cerita yang dibuat-buat. Satu perkongsian dari seorang wanita berniqab kepada Oh! Media mendedahkan sikap buruk seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang jurugambar.


Lelaki bertopeng syaitan terbabit dikatakan mencari wanita terutamanya yang bertudung dan berniqab sebagai mangsa. Dia turut menawarkan bayaran kepada mangsa untuk menjadi model bagi portfolio beliau dengan syarat mangsa perlu beraksi ghairah. Gambar-gambar ghairah wanita yang terjerat juga turut dijadikan modal onani beliau.

Ini merupakan laporan wanita berniqab yang diajak berzina oleh jurugambar palsu itu, dipetik dari Oh! Media :

Assalamualaikum kepada team Oh! Media... Mohon siarkan cerita tentang Lelaki Gatal yang menyamar sebagai fotografer ini.

Nama yang digunakan adalah Azmn Shrfdn:
FB Beliau : https://www.facebook.com/azmn.shrfdn

Saya mendapat banyak laporan mengenai beliau melalui model2 dalam group fotografi saya.

Dah ramai gadis muda termasuk isteri orang telah cuba diganggu beliau. Modus operandinya adalah dengan mengajak mereka untuk mengambil gambar sebagai model dengan menawarkan sejumlah wang sebagai imbuhan.

Beliau akan minta mereka isi borang dan kemudiannya memujuk supaya mereka memberikan gambar2 lucah melalui mesej facebook. Akhir2 ini beliau mula mensasarkan wanita bertudung dengan memujuk mereka mengambil gambar selfie tanpa tudung dan tanpa pakaian dengan alasan nak tengok bentuk badan mereka sesuai atau tidak untuk jadi model.

Kali ini, beliau cuba mengumpan wanita yang berniqab pula. Malah lebih buruk kerana beliau sudah berani mengajak berzina pula. Mohon desak Polis membuat siasatan thadap pemilik akaun ini, kerana sudah ada beberapa laporan dibuat tapi dia masih bebas.

Sekian. terima Kasih.

Turut disertakan sekali screenshot mesej antara mangsa dan lelaki miang itu.






Meskipun jika difikirkan secara logik, mustahil pelaku berani menggunakan gambar sebenar untuk tujuan jahat ini, namun apa pun kaum wanita haruslah berhati-hati dengan manusia seperti ini. Tidak mustahil terdapat ramai lagi manusia "pervert" di laman sosial yang sentiasa mencari mangsa untuk tujuan kepuasan nafsu dan modal onani. Jaga-jaga ya, jangan sampai terjerat! - CARI Infonet.





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.




15

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kenarikelabu 15-12-2015 07:25 PM
Mak aiii....gila punya pervert. Tak malu betul....iskkk!!
Quote MamaMima711 15-12-2015 07:29 PM
Kalau aku dh block..x larat nk layan pervert cmni
Quote kemaruk 15-12-2015 07:43 PM
@bangcak

jangan camni tau
Quote ChildrenOfBodom 15-12-2015 07:49 PM
jantan tu dh tnjuk gila sex betina berniqab tu bleh dok melayan meleret2 lg.
Quote saladin780 15-12-2015 07:55 PM
gila sangap..

patut la malaysia masuk ranking top 10 paling horny dalam dunia
Quote bangcak 15-12-2015 08:11 PM
kemaruk replied at 15-12-2015 07:43 PM
@bangcak

jangan camni tau

takminat layan tred gini.
next time kalu bangkem nak calling pliss cari tred yg berkualiti sket ye.
Quote mommymonster82 15-12-2015 08:21 PM
Lain kali jgn layan terus dik...bagi alasan tunang xbagilah aperlah....tapi layan jugak..patutnya blok terus nombor tu...
Quote HannahMontana 15-12-2015 08:24 PM
mulut manis tp hati bak bangkai
Quote spiderman80 15-12-2015 08:25 PM
Lelaki baik di Malaysia semakin pupus.
Quote dubuk 15-12-2015 08:34 PM
kalau tak berminat, awal awal terus block

Quote ellejo 15-12-2015 08:41 PM
kenapa nak meleret2??? aku slalu je dapat. aku seen udah. jgn hrp aku nak reply.
ajak ngesek ada, siap nak main korek2 lg.

Quote caprut 15-12-2015 08:44 PM
minah ni 1st time gune fb ke ape?
Quote redz85 15-12-2015 08:47 PM
page not found pulak ..

Sorry, this page isn't available

The link you followed may be broken, or the page may have been removed

Quote ultra78 15-12-2015 08:56 PM
Gersangnya......




Nanti keluarlah alasan fb kena hack

Quote krustykrab 15-12-2015 08:58 PM
Yg pi layan byk2 buat pe....dh ckp x berminat stop la sembang
Quote axl_bach 15-12-2015 08:59 PM
ChildrenOfBodom replied at 15-12-2015 07:49 PM
jantan tu dh tnjuk gila sex betina berniqab tu bleh dok melayan meleret2 lg.

Dia pun sama melayan......
Quote AHMADVW 15-12-2015 09:07 PM
dlm cari forum, ade kes forumer minta nombor tipon pelacur. cam kimk je perangai
Quote DaisyD 15-12-2015 09:25 PM
amboiiii suka pula nak provoke orang
Quote mokcikKSKB 15-12-2015 09:27 PM
Yg gigih balas tu dah kenapa?

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.109655 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top