CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Trend Penyewa Izinkan Teman Lelaki Tinggal Serumah" Mana Maruah Anak Gadis? ...

15-12-2015 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8342| Komen: 11

Description: Telah menjadi viral ketika ini apabila ada gadis yang tanpa segan silu ingin menyewa rumah
Oleh Izzah Abbasy

Gejala tinggal serumah dengan bukan mahram dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar IPTA, IPTS dan anak muda zaman ini.



Umum mengetahui, ramai pelajar atau anak-anak ini menyewa bilik atau rumah jika mereka tidak dapat tinggal di dalam kolej. Sekaligus, mereka tidak akan mengikut undang-undang kolej seperti pelajar lain dan keinginan tidur bersama teman lelaki tidak menjadi salah pada mereka.

Telah menjadi viral ketika ini apabila ada gadis yang tanpa segan silu ingin menyewa rumah dan menyatakan ingin teman lelaki tinggal sekali merupakan trend di Bangi.



Sedia maklum, penulis juga pernah jumpa iklan sebegini dahulu dan berasa pelik tetapi tidak pasti pula rupanya ia sudah berleluasa ke seluruh negeri.  

Perkongsian daripada Facebook Warga Prihatin ini betul-betul buka mata netizen dan orang ramai bagaimana anak gadis hari ini lemas dengan nafsu duniawi. Wallaualam. - CARI Infonet

SETERUK INI AKHLAK ANAK GADIS KITA?

Teks berikut ini adalah antara seorang gadis Islam yang ingin menyewa rumah. Antara syarat yang diinginkan ialah agar bebas membawa teman lelakinya masuk rumah.

Apabila dilarang, dengan bersahaja dia katakan syarat itu pelik dan sudah ketinggalan zaman. Trend sekarang ini semua penyewa di Bangi diizinkan bawa balik teman lelaki.

Jika dahulu lelaki bawa gadis balik kerumah untuk di'ratah'. Kini sudah terbalik. Perempuan pula yang mengundang lelaki balik ke rumahnya. Sebenarnya tabiat ini tidak hanya berlaku di Bangi, tetapi sudah menyeluruh.


Sebelum ini ada kami kongsikan aduan seorang ibu yang 'terduduk' dengan ungkapan anak gadisnya berusia 13 tahun yang ditegur kerana keluar malam dengan teman lelakinya. Anak itu yang baru pulang dari asrama tanpa rasa bersalah memberitahu, di asrama pelajar lelaki dan perempuan tidur sama pun orang tidak ada orang yang bising.

Perkara yang sama turut dikongsikan oleh seorang anak kami yang belajar di universiti. Beliau yang berkongsi sewa rumah dengan rakan pelajar perempuan lain mengadu rakan-rakannya sering membawa teman lelaki mereka ke bilik. Habit itu bermula sejak seawal bulan pertama pengajian mereka. Itu sudah menjadi kebiasaan rupanya.

Seorang yang berniaga di kedai bawah pangsapuri yang ramai disewa oleh pelajar sering memberitahu kami beliau sering menjumpai banyak kondom yang dibuang penyewa dari tingkat atas di kaki lima deretan kedai itu.


Perkongsian dengan ramai pensyarah Universiti, guru sekolah, doktor dan pegawai polis yang prihatin turut mengesahkan gejala sosial yang parah di kalangan ramai pelajar sekolah dan universiti hari ini. Banyak tangkapan, pengguguran haram bahkan kelahiran luar nikah yang tidak dilaporkan kerana menjaga aib institusi, pelaku dan keluarga yang terlibat.

Inilah cabaran ibubapa.dan warga pendidik hari ini. Berwaspadalah...
ALLAHUMMA SALAAMATAN FIDDIEN...

6

Bagus
12

Marah
27

Terkejut
23

Sedih
19

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote SelakLangsir 6-5-2016 01:24 PM
aku takot la nk besarkan anak2 aku mcm ni.
Quote iskans 16-12-2015 05:07 PM
ahaknya ni la geng budak kaki buang bayi....
Quote jelitaqasyah 16-12-2015 11:10 AM
aritu dah pernah terkena.. terus cancel nk sewa situ..kat bangi laa
Quote barfi 16-12-2015 10:45 AM
Sekarang ni seks bebas merata2. Tinggal diri kita sendiri samada nak jaga atau tidak
Quote akieys 16-12-2015 10:25 AM
rasenye mmg dah byk mcm ni...
Quote AshSiddiqa 16-12-2015 10:05 AM
rumah sebelah umah mertua aku pun sama. tp umah tu anak dia yg duduok.. bawak sekali kwn lelaki tggal situ..
dorng selamba jer kluar masuk..aku yg tengok nie pun malu. aku tnya MIL aku, ayah dia xtahu kot? MIL aku jawab.. hari tu ayah dia dh pesan anak dia bwk kwn dok  sekali kat situ. tp x sure diak mksd kan kwn lelaki ke perempuan..
Quote meklalala 16-12-2015 09:38 AM
sedih kalau keluarga dapat tahu perangai anak mereka macam ni..:(
Quote ffawwaz 16-12-2015 08:17 AM
irwansuhadi: bangi? unikl? kuis? ukm?
Banyak lgi kot bro..KPTM,MFI,GMI..kawasan sekitar Bangi ni mcm banyak IPTA/S kan?
fuhh..trend katanya..nak buat group assignment zaman student dulu, bkan main luas lagi pintu rumah kwan2 aku bukak bila terpaksa g rumah bdak perempuan..
Quote bedahcyber 15-12-2015 05:59 PM
Ini melibatkan semua pihak:
a) Ibu Bapa - bagi perhatian dan didikan agama secukupnya. Memang ada kes yang dah bagi didikan agama, tapi masih tersasar, tapi kes ni tak banyak (berdasarkan pengalaman, tiada statistik). Sumber rezeqi pun kena jaga. Jangan terlibat dengan benda haram, sebab kesannya adalah pada keluarga.
b) Diri sendiri - dah umur 18 tahun, fikir la. Baik lelaki mahupun perempuan. Tahu salah, tapi buat jugak. Sayang tak bertempat.
c) Masyarakat - ambil tahu persekiaran. Tegur ka ...
Quote irwansuhadi 15-12-2015 03:20 PM
bangi? unikl? kuis? ukm?
Quote tipuware 15-12-2015 01:52 PM
kawasan perumahan aku dulu, ada kes camni. last2 penduduk pakat kepung. tapi rupanya lelaki tu abg dia. tapi bukan lelaki yg selalu kuar masuk. nasib dia baik, tapi abg dia memang pandang dia ketat aje. siap berterima kasih kat penduduk pasal monitor. tup2 budak tu dah takde skran hahah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.039083 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top