CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Isteri Pertama & Kedua Tak Bergaduh Tapi Tak Berbaik’ – Halim Yazid Nikahi Peminat Berusia 21 Tahun

22-2-2024 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26600| Komen: 154



Figura dan lagenda dikir barat Kelantan iaitu Halim Yazid memberitahu dia telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang wanita berusia 21 tahun.

Ketika ditemui OhBulan! di sidang media Konsert Zikir Dikir, Halim berkata meskipun dia dan isteri keduanya, Nurul Farhana Asyikin mempunyai jarak usia 43 tahun namun ia bukan penghalang buat mereka untuk mengecapi kebahagiaan. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang bayi perempuan yang kini berusia enam bulan.


"Dulu dia peminat saya, dia pun kenal saya sebab dia pernah mengasuh anak sepupu saya. Selepas itu, kami berkenalan di media sosial. Isteri kedua berasal dari Kelantan."


Tambah Halim lagi, kedua-dua isterinya tinggal di satu kawasan yang sama tetapi rumah yang berbeza. Malah mereka berdua kerap membantunya dalam perniagaan nasi lemak serta nasi berlauk di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

"Isteri pertama dengan kedua ni tak bergaduh tapi tidak berbaik, mereka ada berjumpa tapi memang tak bergaduh".

Dalam pada itu, Halim menafikan bahawa dakwaan dia berniaga kerana mengalami kesempitan wang sebaliknya menjelaskan perniagaan yang dilakukannya hanyalah untuk mengisi masa lapang.

"Daripada otak jadi tepu tak buat apa-apa di rumah, lebih baik saya lakukan sesuatu. Dapat juga tambah pendapatan. Lagipun, saya buka gerai sebab nak jumpa peminat, ada antara mereka datang semata-mata untuk bergambar dengan saya."

Sekadar info, Halim Yazid bersama Hafiz Hamidun akan bergabung menerusi Konsert Zikir Dikir yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, pada 3 Mei 2024.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 22-2-2024 05:53 PM
Dalam pada itu, Halim menafikan bahawa dakwaan dia berniaga kerana mengalami kesempitan wang sebaliknya menjelaskan perniagaan yang dilakukannya hanyalah untuk mengisi masa lapang.


propa la hai
Quote Carcosa 22-2-2024 06:26 PM
Sama ada aku yg terlampau berlagak, atau adik ni yg terlampau tak beragak.
KALAU AKU, AKU TAK HENGEN WEIIIII MUKA, UMUR, MCM NIIIIIIIIIII.
TAK MAOOOO, TAK MAOOOOO. Yihhhhhh!!
Quote Suchi 22-2-2024 06:30 PM
annehuda replied at 22-2-2024 05:53 PM
propa la hai

Dia dulu benti ke bersara? Kira tak dapat pencen ke?
Tak silap iols dia pensyarah kan sblm ni?
Btw iols agak terkejut dia kawen lagi, sblm ni tahun sudah perasan post dia selalu naik kat wall jenis suka menulis kat fb
Masa tu dia baru mula nk niaga sik lemok kt tepi jln tu sambil jual pendrive lagu dikir barat dia

Pelik tul tetiba plak kawen baru, dah tu ada anak kecik lak tu
Apa je la yg ada dlm pikiran rentua nih
Quote irvene 22-2-2024 06:31 PM
geli siakkk. duit pun takde. sanggup ko kwen dgn org tua. muntoh ija
Quote lightheaded67 22-2-2024 06:42 PM
gituler.pd pikiran aku, laki/bini ni sma ada betul2 setia, atau dah takde org lain nak kat deme. tu yg bila ade org lain mari tu laju je deme.tak toleh toleh dah. so pape jelah, tmbh bini tak tambah masalah takpeler. tmbh bini tmbh masalah renti ler. uwek
Quote tweetytweety 22-2-2024 06:50 PM
dia ni dulu Pegawai Kebudayaan kt Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.
masa tu arwah Zubir Ali jadi Pengarah Pusat Kebudayaan.

kecik ajer orang nyer.
Quote Thunderclouds 22-2-2024 06:51 PM
Sekolah xbrapa pandai kot.
MakPak pn susah gamaknye.
Tipikal mulayu lah kasi kawen ank ngn rentua jd bini muda.
Dh selesai tggungjwb gitohh..
Quote bottombikini 22-2-2024 06:53 PM
uley mudo ....

kata pokya
Quote katnissE 22-2-2024 06:53 PM

Seronoklah rangtua dapat pucuk bergetah
Quote KiddInc 22-2-2024 06:56 PM
wei...wei...

dik...ko x jumpe abg lagi dikk.....
Quote Anyaa29 22-2-2024 07:26 PM
Gelinya tua sangat tu dek
Quote pavlovachoc 22-2-2024 07:31 PM
Sayang nya masa muda ko dik ..dh mcm marissa
Quote MissYouSayang 22-2-2024 07:52 PM
Cinta itu buta...mungkin korg tgk laki tu mcm beruk salji tp bg pompuan tu laki tu dah mcm putera mateen
Quote awekjepun 22-2-2024 07:57 PM
Carcosa replied at 22-2-2024 06:26 PM
Sama ada aku yg terlampau berlagak, atau adik ni yg terlampau tak beragak.
KALAU AKU, AKU TAK HENGEN ...

Betul.. mulut gigi org tua..hahaha. dh tua patutnya layan cucu, ni kena hadap baby lg. Xbosan ke
Quote shida81 22-2-2024 08:04 PM
Pompuan ni lebam ke
Quote annehuda 22-2-2024 08:08 PM
Suchi replied at 22-2-2024 06:30 PM
Dia dulu benti ke bersara? Kira tak dapat pencen ke?
Tak silap iols dia pensyarah kan sblm ni?
Btw ...

Iols tgk muka bini baru ni mcm muka belah-belah pattani tu. Set tu mmg jenis biasa je kawen ngan org tua ni. Tak pun budak perempuan kurang kasih sayang bapak kot, tu yg gigih nak kawen ngan rengtua jugak
Quote caprisonne 22-2-2024 08:14 PM
Love is blind. In this case, I'm so sure of it.
Quote lilacomot 22-2-2024 08:17 PM
Aku yg comot ni pun x hingin rentua mcm ni... Xde taste la ko dik
Quote pichee 22-2-2024 08:25 PM
ala.. jamal abdillah pn kawin gadis muda kn dlu2..

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.064986 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top