CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jangan Percaya Abang Sangat..” – Selalu Minta Isteri ‘Check’ Telefon Bimbit, Hafiz Mahamad Bimbang Tercurang

22-2-2024 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10562| Komen: 65

Description: Sedia maklum, kes curang pada zaman ini semakin berleluasa dan sering kali kita dapat lihat tidak kira daripada kalangan netizen ataupun seseorang yang dikenali ramai.


Sedia maklum, kes curang pada zaman ini semakin berleluasa dan sering kali kita dapat lihat tidak kira daripada kalangan netizen ataupun seseorang yang dikenali ramai.

Bagi pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad, dia memberitahu dirinya sentiasa meminta isteri, Syafiqah Aina untuk memeriksa telefon bimbit agar tidak berlaku kes curang dalam rumah tangga.

Difahamkan dari laporan Gempak, Hafiz selalu memberitahu isteri mengenai ujian yang dilalui oleh golongan lelaki.


"Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya. Tapi saya usaha, kita tak tahu takdir Allah macam mana."

Dalam pada itu, usahawan tersebut turut meminta Aina untuk tidak terlalu meletakkan kepercayaan kepadanya dan sentiasa mengingatkan isteri untuk periksa telefon supaya ada perasaan takut.

"Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga… phone kena check’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita."

Sekadar info, sewaktu pempengaruh Aliff Teega ‘kantoi’ sudah berkahwin dua, netizen berharap agar Hafiz Mahamad tidak mengikut jejak langkah lelaki itu.

SUMBER : Gempak/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyWhistledown 22-2-2024 11:03 AM
dia ni artis ke?
Quote lilacomot 22-2-2024 11:07 AM
ntah...beramboss je la kt bos personaliti tu...semak btul

xde gosip hangat pun....bosan la ko tt...

yg jantan nk tunjuk terpaling setia..terpaling syg bini...poyo much
Quote Lulu_717 22-2-2024 11:08 AM
artis ke?
Quote prince_marhaen 22-2-2024 11:19 AM
rimasnya jantan jenis tulis banyak2 ni acah2 itu ini.... macam dunia ni dia main character....
Quote flipolivio 22-2-2024 11:24 AM
Kenapa mcm goyah statement heols ni?
Quote namieamuro 22-2-2024 11:24 AM
penyanyi? pelakon? ape gune cari porom ni upah kau tp bengap tak reti beza retis dgn influenza? bod tersedia ade tu kau nk buat ape?

sbb itu. education itu penting.
Quote Purplehaz 22-2-2024 11:27 AM
Jenis mudah tergodah latu
Quote Ayda89 22-2-2024 11:36 AM
Syesyuatu ye statement dia kahkah
Quote Lulu_717 22-2-2024 11:49 AM
ntah2 ada hphone tersembunyi khennn
Quote Thunderclouds 22-2-2024 12:05 PM
Babi lah stetmen.
Ko pn ntah sapa².
No such thing as 'ter' curang.
Curang tu pilihan.
Nk curang ke tak nak.
Bukan kna paksa mencurang.
Quote sofi_sofia 22-2-2024 12:37 PM
sesuatu nyer laki dia nih ... selalu lelaki nih mmg bukan jenis meluah perasaan, mendayu2, apalagi nak tulis panjang2, nak buat2 drama airmata lglah ... tp yg ini agak sesuatu sgt ... cam jantan bottom jerr ...
Quote fifie_olin 22-2-2024 12:54 PM
terpaling show off katanya
Quote abangadek 22-2-2024 01:19 PM
Dia obses betul dgn bini, hundret perseng aku yakin takkan curang, tp bini dia xtau la.. bosan jgk laki cmni tak challenging
Quote hyie 22-2-2024 01:21 PM
cam jijik je...eeeee
Quote red_velvet 22-2-2024 01:44 PM
Terpalinggg ....jangan rasa diri tu terpaling sangat.. esok lusa kalo tercidukkk mulalah buat content menangis2 ... Tu si larva kuning & ecah hijanah tu contoh terpaling yang dah terciduk .. ko ni tunggu masa je Allah nak bolak balikkan hqti ... So dok diam2 jangan over sangat
Quote Cyempaka 22-2-2024 01:49 PM
poyo siak mamat ni. dari muda smp tua maintain poyo ye.  masa muda sambut besday gf beria ria.. smp ke tua xberubah perangai terpaling tu
tgk yg dia bagi motivasi ke apa kat staff2 dia tu hari.. smp nangis2.
ewww
Quote KamikuP 22-2-2024 03:43 PM
Dr Say dgn dia ni suka NAU TULIS PJG2 KAT IG KOSER NAK BACA.. EKEKEKEK
Quote slyfynx 22-2-2024 05:34 PM
Bagi pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad, dia memberitahu dirinya sentiasa meminta isteri, Syafiqah Aina untuk memeriksa telefon bimbit agar tidak berlaku kes curang dalam rumah tangga.


Wahai @CARI-HBZ ... Terang2 tulis usahawan dan "pempengaruh". Jadahnye bukak thread kt sini?

And, org camni la sebenarnye yang lg banyak rahsia. Cerita cmni kt orang sbb nk elakkan tuduhan dari awal.
Org yang betul2 terbuka x penah rase mende tu perlu cerita pun
Quote anony-mous 22-2-2024 05:41 PM
Klau nk curang, cek phone pon boleh curang

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.135549 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top