CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hina Pakaian Tradisional Iban, Ryzal Duriankimchi Didenda RM10,000

22-2-2024 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5993| Komen: 31

Description: Pempengaruh media sosial Ryzal Duriankimchi didenda sebanyak RM10,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Miri, Sarawak selepas mempersenda busana tradisional wanita Iban ‘ngepan indu’.


Pempengaruh media sosial  Ryzal Duriankimchi didenda sebanyak RM10,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Miri, Sarawak selepas mempersenda busana tradisional wanita Iban ‘ngepan indu’.

Memetik satu kenyataan, Hakim Azreena Aziz berkata hukuman tersebut dikenakan ke atas Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim setelah meneliti kesemua aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes serta mengambil kira kepentingan awam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Fillanny Siji dan dibantu TPR Ahmad Ihsan Jalalludin. Suami kepada pempengaruh juga pelakon Maryam  juga itu didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) (ii) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 (Akta 588).

Selain itu, peguam bela Firdaus Morshidi yang mewakili pemilik Ryzal, 31, memohon agar hukuman ke atas anak guamnya diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.


Namun, pihak pendakwa memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai peringatan atau pengajaran kepada masyarakat agar tidak melakukan kesalahan serupa.


Tindakan Ryzal yang tidak menghormati pakaian tradisional kaum Iban bukan sahaja memberi kesan kepada pengadu tetapi keseluruhan masyarakat Iban.

Sebelum ini, sebanyak 27 laporan polis yang dibuat terhadap Ryzal berhubung kejadian menghina telah dikemukakan pihak pendakwaan untuk diterima pakai sebagai bahan bukti mahkamah.


Pada 27 Mei 2021, seorang pengadu membuat laporan polis dengan mendakwa bapa kepada seorang anak itu mempersendakan pakaian tradisional kaum Iban menerusi laman Facebook.

Ryzal yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan didakwa menyamakan busana ‘ngepan indu’ seperti ‘sementing duit syiling’ yang sepatutnya disimpan dalam poket, ‘tango’ sebagai kain alas peti televisyen, ‘kain kebat atau kain karap’ sebagai kain buruk dan ‘ngepan Iban’ sebagai langsir. 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 22-2-2024 10:28 AM
ingatkan dah kawin dgn korean makin bijak. makin budus. ummah SSKJP.
Quote prettyuglybabe 22-2-2024 10:40 AM
dah ada la thread ni semalam..
Quote imanamsyar 22-2-2024 12:33 PM
pegi mamps la dia ni..bukan penting pun..xde nama dia dlm industri tanahair.. pakaian budaya negara sendiri pun xtau..xkan xpernah tengok dalam buku2 teks masa sekolah..bingai to the max..
Quote Noraniza_Iblis 22-2-2024 01:21 PM
bkn nk bekap si katik ni..
bile bnda gurau pn, nk di amek serius smpai report polis bagai...
yihhhh...
get ur life laa... terpalingggg budaya sgt..
pastu miskin plak tu..
gituu...iolss mencerca....
Quote hasniey 22-2-2024 01:25 PM
Padan muka.suka2 panggil baju tradisi org macam kain buruk.nk ckp gitu jgn post.ckp je in private.buruk ke huduh ke.ko post.semua org tengok jd punca la.yg menyokong mula la sama2 mengutuk mengeji.
Quote apech 22-2-2024 01:33 PM
nk gurau boleh tp buat sesama sundri sudah. bila ckp public mmg mendapat la tak kira apa2 isu pun
Quote KamikuP 22-2-2024 02:14 PM
adan uke
Quote kakikuDibibirmu 22-2-2024 02:25 PM
Bukan ke orang Sarawak tinggal atas pokok? kamek kitak kamek kitak, kamek nyambut madah tuan hulurkan, kitak nyambut madah kamek hulurkan, ini semua salah awak!

Quote cantthinkofany 22-2-2024 02:26 PM
padan muka.....
Quote She-Ra 22-2-2024 02:31 PM
nak bergurau tak salah tp biarla berpada
sama la dgn guna ayat sakai dan jakun.. suku kaum ni wujud okay
cuma sekarang dh jarang la org guna.. kalau ada pun takat bercakap bkn dlm bentuk penulisan di socmed.. gituuuuu
Quote black_handbag 22-2-2024 03:07 PM
padan muka. agaknya dia cuba nak viralkan diri sbb dah sendu tapi gagal

sampai skrg i nampak dia ni mcm pondan. mcm jenis lembut2 gitu dgn rambut dye dan kepuk2 dia tu
Quote awenda507 22-2-2024 03:48 PM
Tak memasal je terbang duit
Quote hayrin86 22-2-2024 04:28 PM
imanamsyar replied at 22-2-2024 12:33 PM
pegi mamps la dia ni..bukan penting pun..xde nama dia dlm industri tanahair.. pakaian budaya negara  ...

Kan.. Dia bukannya artis cuma orang medsos aje..

Quote tikusmontok 22-2-2024 06:09 PM
kakikuDibibirmu replied at 22-2-2024 02:25 PM
Bukan ke orang Sarawak tinggal atas pokok? kamek kitak kamek kitak, kamek nyambut madah tuan hulurka ...

Belon manok gambir seghawak
Quote Kitty_catz 22-2-2024 06:35 PM
katik set2 mande telanje

satu hapah pun takde pengisian
Quote LoveSungmin 23-2-2024 12:08 AM
muka buruksss
Quote cmf_jeangrey 23-2-2024 12:23 AM
Gigih pula iols google..hmm era social media ni makin bercambah pulak manusia bodoh dan x berakal berkeliaran buat content2 memalukan...kalau x body shaming, culture shaming...boleh tak jauhkan pandangan mata iols dr tertengok konten2 jahil sebegini..ibarat kata Tiberius - he is too stupid to talk, too ugly to eat



Quote FlexyFox 23-2-2024 01:34 AM
Agak2 kalau ada orang hina baju tradisi kaum bini dia nampak seperti kelambu cekap ayam berribbon dia marah tak?
Quote anony-mous 23-2-2024 04:05 AM
Noraniza_Iblis replied at 22-2-2024 01:21 PM
bkn nk bekap si katik ni..
bile bnda gurau pn, nk di amek serius smpai report polis bagai...
yihhhh. ...

Biasa la kaum negeri tu. MP sendiri sakau duit disalahkan malaya. Bila ckp masih duk atas pokok, dia marah, bkn literally tp pemikiran tu masih dkt zmn tu

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.059020 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top