CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zahirah Macwilson & Aiman Rai ‘Anniversary’ Ke-4, Bapa Dedah Insiden Tidak Diduga Pada Malam Anaknya Diijabkabulkan Dulu

23-2-2024 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19659| Komen: 83

Description: Baru-baru ini, pasangan selebriti hangat, Zahirah Macwilson dan suami, Aiman Hakim Ridza ada menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4 pada 20 Februari.


Baru-baru ini, pasangan selebriti hangat, Zahirah Macwilson dan suami, Aiman Hakim Ridza ada menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4 pada 20 Februari.

Momen-momen indah ketika perkahwinan mereka turut dikongsikan aktres Zahirah Macwilson untuk tatapan peminat di samping ucapan sayang buat suaminya itu.

Tulis Zahirah, dia akan tetap memilih Aiman sebagai suami dalam apa jua keadaan sekalipun.


Namun, apa yang mencuri perhatian adalah apabila bapa Zahirah, pelakon Zainol Macwilson ada berkongsi cerita mengenai apa yang terjadi pada malam anaknya itu diijabkabulkan empat tahun yang lalu.



"Pada malam kakak dan Aiman ‘diijabkabulkan’, papa nyaris nak ‘cemarkan’ majlis disebabkan kehadiran beberapa ‘individu toksik’.

"Tapi Alhamdulillah dengan sifat kesabaran dan terlalu sayangkan anak serta bakal menantu pada malam tu, papa ‘gadaikan maruah’ dalam bahasa Inggeris ‘swallow my pride’ demi kebahagiaan anak dan menantuku."

Zainol dalam pada itu turut memohon doa orang ramai terutamanya peminat agar pasangan selebriti yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama sahaja lagi itu dikurniakan kebahagiaan berpanjangan.

Sekadar info, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza selamat bergelar suami isteri pada 20 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Isaac Raees.

SUMBER : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blekkep 23-2-2024 10:18 AM
chuols yg toksik x sedor khen?
Quote HelgaPataki 23-2-2024 10:20 AM
Agak tiberrr ya statement pakcik
Quote tipah89 23-2-2024 10:33 AM
statement beliau sgtla mengundang. dia ni sejenis yg all about me ke camne??? anniversary anak pun nak jugek highlight segala sampah sarap pasal apa yg dia buat. toxicnya
Quote IzzahF 23-2-2024 10:33 AM
dah nape orang tua ni? nk limelite pun tayah la mcm ni tak pasal2 org pg korek apa jadi
Quote dewi_rina 23-2-2024 10:40 AM
Edited by dewi_rina at 23-2-2024 02:41 AM

Sorry nak cakap sikit, bapak dia kuat menceceh yek.. Apa2 mesti bapak dia jadi spokeperson.. Masa dgn bamjul dulu pun bapak dia jugak bagi sepatah dua kata..
Noh rokiah sekali baca caption bapak dia, panjang betul! Berapa jam menaip tu pakcik? Masa nikah baru tu senyap-senyap jek sampai org lain yg korek citer
Quote markonahlah 23-2-2024 11:35 AM
Dulu dia yg buat hal nikah lain..yg patut marah tu mak zahirah bukan dia..nasib zul dah lari dulu..mesti tak tahan dgn perangai pakcik tua ni
Quote pocongkiutss 23-2-2024 11:39 AM
Mengata diri sendiri ke pakcik?????
Quote aemon 23-2-2024 11:48 AM
eman jaga la ira baik2.budak baik ira ni.even bapak dia masalah tak nampak dia buruk2kan bapak dia.siap tanggung lagi.
Quote becir 23-2-2024 11:50 AM
sian zahirah..bapak toksik..ex gf laki double toksik..
Quote sweetfasha 23-2-2024 11:53 AM
toksik dengan siapa agaknyer ye..? kih kih kih
Quote LadyCarefree 23-2-2024 12:16 PM
Atok Zainol ni memang toxic gila. Kar posts dia pun ada kutuk dan blame mak Zahirah. Perli2 si Hairul pun lagi. Eeewwwww nasib baiklah Maslinda tu baik didik Zahirah tu elok sampai dia sanggup tanggung kau kan?
Quote apedehal 23-2-2024 12:18 PM
Ko ada peminat ke pacik..capub much..xperlu kut tulis kat situ..wish je kat wasap ank ye
Quote jijana 23-2-2024 12:24 PM
becir replied at 23-2-2024 03:50 AM
sian zahirah..bapak toksik..ex gf laki double toksik..

Ex gf laki ngan pak zm mmg sesuai jadik anak beranak..perangai sama..xabis abis dia hensem dia cantik..sedangkan itu tidak kekal..usia kertu kecut dan labuh jua pipi tu..
Lepas tu meroyan xabis x move on.
Zm pun xdelete apa pak dia merapu..menjaga hati sungguh..klu dpt kat aku mau dah blocked takpun delete je dari jadik highlight mcm ni kt portal
Quote missbigrockstar 23-2-2024 12:48 PM
Orang tua2 kalau main social media bahaya sungguh. Main taip, main post saja, tak proof read
Quote me12345 23-2-2024 01:11 PM
What haopened aiman oiii..ko buat apa kt org sampai gitu sangat..hutang kah..atau.....
Quote kucingitam 23-2-2024 01:13 PM
dari rakyat tak tau terus nak tau kisah lanjut..alang2 dah cerita tu, cerita la kasi habis, pakcik..
Quote siasia 23-2-2024 01:14 PM
Kesian anak2 dapat parents yg toksik mcm ni
Pastu bila tua duk rumah kebajikan mula buat cerita kesian x dipedulikan anak.
Quote Paiya 23-2-2024 01:15 PM
zm memang anak yang baik
mudah2an Aiman jaga dia baik-baik
Quote LaskarHijayu 23-2-2024 01:18 PM
missbigrockstar replied at 23-2-2024 12:48 PM
Orang tua2 kalau main social media bahaya sungguh. Main taip, main post saja, tak proof read :sweat3 ...

Belum campur lagi main langgar je. Dgn tanda baca semua hauk haha

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.572029 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top