CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Bukan Mualaf, Saya Belum Masuk Islam Lagi, Masih Mengenali Dan Belajar" – Kenji Sawahi

23-2-2024 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9299| Komen: 20

Description: Disangka mualaf, pelakon senior Kenji Sawahi mendedahkan dirinya masih dalam fasa mengenali dan mempeIajari agama Islam sejak lima tahun lalu.

Disangka mualaf, pelakon senior Kenji Sawahi mendedahkan dirinya masih dalam fasa mengenali dan mempeIajari agama Islam sejak lima tahun lalu.

Ujar aktor berusia 61 tahun itu, dia banyak bertanya berkenaan keindahan Islam dengan kawan rapatnya yang diperkenalkan sebagai Pak Haji.

“Saya bukan mualaf, ramai yang salah faham. Saya belum masuk Islam lagi, masih mengenali dan belajar. Sudah lima tahun saya dalam fasa ini.

“Saya banyak menuntut ilmu dengan kawan saya, Pak Haji. Apa yang saya tidak faham dan keliru, saya rujuk kepadanya,. Dia ada ilmu agama, selain terangkan kepada saya kebaikan Islam.

“Saya mahu cari jalan yang betul-betul membuka pintu hati saya untuk masuk Islam. Saya tidak mahu jika tidak benar-benar faham, saya keluar balik daripada Islam, tak eloklah kan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya tentang penerimaan keluarga andai suatu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam, pelakon filem Fanna itu memberitahu, mereka menerima dengan hati terbuka.


“Saya membesar di Kangar, Perlis yang dikelilingi orang Melayu dan masyarakat Siam. Saya belajar adat mereka sejak kecil lagi, begitu juga keluarga saya, mereka sangat faham antara satu sama lain.

“Andai kata saya masuk Islam suatu hari nanti, keluarga saya tentu terima dengan hati terbuka.

“Macam saya cakap, saya tidaklah menyentuh terlalu mendalam sampai boleh hafal surah. Saya sekarang sedang mencari jalan mengapa perlu masuk Islam dan selebihnya biar Tuhan tentukan,” ujarnya pada majlis tayangan siaran langsung episod akhir drama Layang Layang Perkahwinan, malam tadi.

Paling penting kata Kenji, biarlah dia melakukan sesuatu perkara itu dengan rasa ikhlas dan reda supaya apa yang dijunjung kelak diamalkan bukan pertukaran agama semata-mata. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 23-2-2024 10:46 AM
Dah tuo pakcik nih
Quote prince_marhaen 23-2-2024 11:02 AM
ciknek pokcik pun ah liat nak potong.... ehhh!
Quote lilacomot 23-2-2024 12:31 PM
prince_marhaen replied at 23-2-2024 11:02 AM
ciknek pokcik pun ah liat nak potong.... ehhh!


Quote dewi_rina 23-2-2024 12:35 PM
Eh taktahu pun nama dia kenji..
Quote apedehal 23-2-2024 12:36 PM
Produk penjajahan jepun dulu ke pacik ni?
Quote Paiya 23-2-2024 01:06 PM
prince_marhaen replied at 23-2-2024 11:02 AM
ciknek pokcik pun ah liat nak potong.... ehhh!

adoilah komen..
hahaha


Quote arffa 23-2-2024 01:09 PM
kawan dia Eddie Pak tu muslimkan
Quote Perils 23-2-2024 01:14 PM
Dedulu selalu confused dia dgn ts jefrey
Baru tahu nama dia ala2 jepun
Quote fido_dido 23-2-2024 01:22 PM
iols pernah minat pokcik ni zaman muda dia dulu
Quote Thunderclouds 23-2-2024 02:06 PM
Gosip heols nk peluk selam dh bzaman tokan dah ooiiitttt...
Warga emas dh pon.
Terima je la dia xdpt hidayah.
Hapo.
Quote ezacbee 23-2-2024 02:07 PM
Zaman drama kisah benar..

Quote hyie 23-2-2024 02:44 PM
ezacbee replied at 23-2-2024 02:07 PM
Zaman drama kisah benar..

kan noks, artis cina batch2 dia rasanya ramai je yang convert muslim, tak silap wendy wong, louisa chong, eh sapa entah lagi, tapi macam geng2 dia gitu la..geng Kisah Benar
Quote matjerk 23-2-2024 03:04 PM
Dulu2 ensem
Quote Pumpkinhead 23-2-2024 03:27 PM
wah artis zaman kisah benar
Quote gideoncross 23-2-2024 04:06 PM

Ni pun hensem juga
Quote kaedahnya 23-2-2024 04:41 PM
dia jepun ke cina
Quote brown_pupil 23-2-2024 04:47 PM
teringat masa zaman2 dvd buat dokumentari citer hantu dengan pakcik nih.. memang baik giler. Dia la tukang cabut pacat kat kaki iols
Quote babynina30 24-2-2024 01:13 AM
Tebayang lagu intro kesah benar
Quote akido_kido 24-2-2024 10:53 AM
jangan fikir lama2 uncle..ada niat dah cantik tu.umur makin lanjut dunia pun dah hujung2 ni

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.232366 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top