CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tidak Dilahirkan Untuk Jadi Pelakon Tetapi Sebagai Penyanyi" – Anuar Zain

23-2-2024 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6642| Komen: 36

Description: SEDAR dirinya tidak berbakat dalam bidang lakonan, penyanyi terkenal Anuar Zain mengakui tidak pernah terfikir untuk kembali berlakon selepas kali terakhir muncul menerusi filem Bintang Hati pada 2004 ...


SEDAR dirinya tidak berbakat dalam bidang lakonan, penyanyi terkenal Anuar Zain mengakui tidak pernah terfikir untuk kembali berlakon selepas kali terakhir muncul menerusi filem Bintang Hati pada 2004 bersama Amy Mastura.

Anuar ketika ditemui semasa konsert AZ40 Up Close & Personal baru-baru ini berkata, dia sedikit pun tidak berasa rindu untuk kembali berlakon walaupun selepas 20 tahun kerana tidak yakin dengan kebolehannya dalam seni lakonan.

"Saya langsung tidak rindukan lakonan. Hidup ini sudah cukup sandiwara. Saya tidak pandai berlakon sebenarnya. Bila pengarah sebut ‘action’, saya akan jadi kaku walaupun sudah menghafal skrip,” kata Anuar kepada HibGlam.

Ujar pemilik nama lengkap Shahrul Anuar Zain, 53, itu lagi, dia dilahirkan bukan untuk menjadi pelakon, sebaliknya sebagai penyanyi.

Bahkan, adik kepada penyanyi terkenal Ziana Zain itu malu apabila hasil lakonannya pernah dipersenda orang ramai.


"Saya tidak dilahirkan untuk jadi pelakon tetapi sebagai penyanyi. Saya jadi malu bila orang ketawakan saya,” jelasnya.

Selepas muncul dalam filem Bintang Hati, Anuar mendedahkan ada menerima beberapa tawaran lain, namun menolaknya dengan baik.

“Tawaran itu tetap ada, tapi saya menolaknya sebab sedar diri, saya tidak berbakat dalam bidang lakonan.

Biarlah bidang ini (lakonan) dipelopori oleh mereka yang berbakat dalam bidang sepatutnya. Sebagai penyanyi, saya akan menyanyi sahaja,” katanya.


Dalam filem Bintang Hati, Anuar memegang watak utama, iaitu seorang wartawan hiburan bernama Izad yang jatuh cinta dengan pengurus artis bernama Tasya, lakonan Amy Mastura.

Selain Bintang Hati, Anuar pertama kali berlakon sebagai penampilan khas dalam filem Soal Hati pada tahun 2000 dengan memegang watak sebagai Roslan. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 23-2-2024 03:18 PM
Napa.lah ko tak kawen bang nuar ... Rugi.plak rasa
Quote Belibis 23-2-2024 03:55 PM
menjad: Napa.lah ko tak kawen bang nua ...

Sorang lagi nuar,ok jah kawin,beranak pinak walaupun macam2 edisi xxx keluar.[em:3:]
Quote akido_kido 23-2-2024 08:02 PM
53 da dia..tak rasa nak kahwin ke
Quote theotherfriend 23-2-2024 08:27 PM
Kawan iols minat sangat dia. haraplah berjodohan
Quote gerbera.memopad 23-2-2024 10:39 PM
Tapi Bang Nuar berlakon dalam Bintang Hati agak best sebenarnya. Jauh better dari lakonan beliau dalam movie Soal Hati.

Everytime tertengok interview beliau, selalu rasa betapa classynya dia. Seorang yang sangat sopan, proper & sangat menghargai fans. Patutlah sampai sekarang ramai peminat.
Quote sleepandream 24-2-2024 12:25 AM
agak terganggu dgn uban2 habang nuar...
baru 53 but look older...
Quote green~tea 24-2-2024 12:32 AM
Byk sgt cucuk.. rosak muka..

Biar je laa kedut bang nuar oii... pakai peptides serum tu... but i guess its too late now
Quote habisnamadahni 24-2-2024 01:29 AM
gerbera.memopad: Tapi Bang Nuar berlakon dalam  ...
kan..hensem betul dia dgn suara dia
Quote katakauu 24-2-2024 09:19 AM
lakonan dia dlm video klip dia pun best.
Quote hayrin86 24-2-2024 09:36 AM
Anuar Zain adalah contoh penyanyi yang juga bekas pelakon di samping Ernie Zakri, Misha Omar, Nurul Wahab dan Adam AF2.
Quote hashashes 24-2-2024 09:39 AM
Class of his own hidup ini sudah cukup sandiwara. Gitcheww
Quote hyie 24-2-2024 11:17 AM
hayrin86 replied at 24-2-2024 09:36 AM
Anuar Zain adalah contoh penyanyi yang juga bekas pelakon di samping Ernie Zakri, Misha Omar, Nurul  ...

chop2 kak mitch dengan ernie berlakon citer apa? macam ingat2 lupa yang kak mitch tu, maybe di zaman bunga2 chenta?
Quote ReginaGeorge 24-2-2024 11:21 AM
Awal juga dilahirkan sebagai lelaki, bukan pelangi.
Quote rosevelvet 24-2-2024 11:23 AM
green~tea replied at 24-2-2024 12:32 AM
Byk sgt cucuk.. rosak muka..

Biar je laa kedut bang nuar oii... pakai peptides serum tu... but i gu ...

Peptide serum mn yg bkesan. I tgh pa cosrx
Quote timah03 24-2-2024 11:27 AM
Suka tengok bang nuar dalam bintang hati...
Quote lady_bonia 24-2-2024 11:28 AM
Ok la tu bang nuar..lagu sedap2
Ni ada founder kosmetik sibuk nak nyanyi lah berlakon lah padahal suara macam katak tercekik cekodok basi..bencikkk..
Quote TomyamPuteh 24-2-2024 11:31 AM
Manakala Cik Nab pulak mmg merasakan yg dia dilahirkan sbg penyanyi.
Quote jihah_kudat 24-2-2024 11:42 AM
hyie replied at 24-2-2024 03:17 AM
chop2 kak mitch dengan ernie berlakon citer apa? macam ingat2 lupa yang kak mitch tu, maybe di zam ...

kak mitch dengan adam af main main cinta..ernie macam tak pernah pulak..rasa macam sekali ke muncul cameo dgn syamel cite raya ke apa entah under erma fatima..by the way bang nuar heloo okay dalam bintang hati
Quote addamnor 24-2-2024 11:52 AM
menjad replied at 23-2-2024 03:18 PM
Napa.lah ko tak kawen bang nuar ... Rugi.plak rasa

kau dah kenapa dek? satu industri sudah tahu how he is, better lah dia buat keputusan yang tepat untuk hidup solo dari beliau tak boleh menjadi suami kepada isterinya

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.075043 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top